Nuffnang Ads

the sibs (;


Wednesday, October 20, 2010

saya mahuuu berdikari :(


Bismillah .



'Saya mahu berdikari ' . i needto be more matured on what i have to do on it . Bila kita dah dewasa , mesti lah hati dan perasaan juga berubah , bukan ? Genap pula 18 tahun pada 2011 , saya akan cuba memberitahu kepada ibu bapa yang sedang bekerja keras di tempat kerja bahawa saya juga perlukan tenaga untuk membalas jasa mereka . Saya juga perlu mencari duit dan menimba ilmu untuk menjadi lebih matang . Hal ini , bukanlah senang untuk di bincangkan . Mungkin pada awalnya , mereka tidak dapat menerima .
Tetapi , mereka perlu menerima sesuatu kenyataan . Mungkin juga mereka takut diri ini tidak dapat berdikari seorang dir .
Mana tak nya , jika dulu aku seorang yang negatif . Dan sekarang aku sudahpun berubah untuk menjadi yang terbaik.
Kadang-kadang bila difikirkan memang memakan masa yang lama untuk berubah . fuh , jari-jemari ini sudahpun lenguh . Tapi , demi untuk berkongsi pendapat , apa salahnya :)

Semua orang mahukan yang terbaik untuk hidup mereka . Dan kita pun boleh jadi sempurna walaupun kita tidak seberapa sempurna . Allah itu Maha mengasihi . Menjadikan Hambanya sebaik-baik kejadian . Berbalik pada berdikari pula.

kenapa perlu berdikari ?
kita sebagai seorang manusia , perlu belajar cara-cara untuk menghidupkan diri ini di dalam gelap walau di mana jua kita berada . Saya rasa , itu adalah yang terbaik .

Jika nak di bandingkan dengan keluarga yang tidak sempurna, kesian sangat kehidupan mereka . Dengan keperluan yang tidak mencukupi , dan sebagainya . Lihatlah Nik Nur Madihah, beliau tidaklah seberapa baik , tetapi beliau mampu untuk mengubah cara hidup beliau dengan belajar berdikari kan diri dengan cara Kesabaran dan Keikhlasan . Sangat bangga :)

Jadi , berdikari ini bukan lah sesuatu yang sukar . Kalau kita mahukan untuk menjadi seorang yang baik , kita mampu buatnya dengan Usaha dan Tawakal . Allah sayang akan Hambanya yang selalu bersabar . Tidakkah Islam itu mudah .

samapi sini saja cerita tentang berdikari ni . Tangan pun perlu rehat untuk menaip perkara lain pula .

No comments:

Post a Comment