Nuffnang Ads

the sibs (;


Wednesday, April 06, 2011

buat si 'dia'

Bismillah,

entah tiba-tiba dia makin sedih dengan masalah yang datang tanpa di undang. Dia menangis setiap hari tanpa henti. Dia meraung bagaikan dalam penjara yang gelap gelita tanpa cahaya. Dia duduk di sudut dinding dan hanya memeluk tubuhnya sendiri. Air mata berjurai-jurai jatuh ke pipi. Dia teringat kembali peristiwa yang berlalu. Dia teringat segala detik suka dan duka yang di lalui bersama. Terasa sedih. Hanyut dengan ombak. Ombak yang memakan hati dia. Dia terlalu kecewa dengan semua. Pedih bagai di asah dengan pisau yang tajam. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana di hiris hingga halus dan mudah terguris jika ada orang yang menyakitinya. Dia cuba memanggil semua orang, tetapi tiada satu sahutan pun membalas. Gelap gelita. Sunyi dan sepi. Menangis itu sudah menjadi rutin hidup nya sempena tahun 2011 ini. Berjalan mencari Nur Illahi. Mampu kah tanpa orang yang tersayang? Allah maha mengetahui. Mencari cahaya untuk berjalan dengan baik. Baik dari sebelum nya. Hati dia pedih. Mencari ubat dengan berzikir menyebut nama Allah. Nama-nama yang suci. Dia menangis. Berjalan dan terus berjalan. Hingga dia terbuka hati untuk solat. Menghadap Allah.

Selesai sudah solat asar, dia sujud. Menangis. Bertambah sayu hati nya. Memohon agar dugaan Nya di ringankan. Apakah itu sebenarnya? Itu adalah erti orang yang benar-benar ikhlas. Ikhlas pada solat. Kemanisan iman yang sangat tinggi. Sayu bila menyebut nama Allah. Seluruh getaran pada badan nya terlihat. Tangan yang di tadah bergetar. Menyahut sambil menangis. Berdoa dan terus berdoa. Meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hati. Hati yang penuh dengan luka, kecewa dan sedih dengan segala nya. Dia hanya meminta kepada Nya. Hati nya bergetar, teringat segala rintihan, segala kenangan, segala dosa. Itu yang dia hanya mampu, berdoa dan terus berdoa. Moga dia kuat tabah menghadapi segala dugaan Allah yang lebih berat sebelum dia di tempatkan dengan golongan-golongan mukmin. Insya-Allah.