Nuffnang Ads

the sibs (;


Wednesday, August 24, 2011

Photoshoot di Shah Alam

Bismillah,






yaaahhh! Comel tk? Itu kawan aku :P Gambar yang paling aku suka ialah:
 *
*
*
*
*

isha and nani :)

ni la fevret gmba yang paling aku sukaaaaaaaaaaa!!

Okay, dah dah. No more pictures :P Aku nak buat assignments, apa-apa pun, selamat sahur :P


Ainina Moxie semakin Berubah.

Bismillah,

selamat petang para pembaca bloggie :) Hanya senyuman tanpa berkata apa-apa. Hembusan sedikit mengganggu pemikiran. Pernafasan sedikit tidak tenang. Cuba untuk menyambung untuk bercerita. Hari-hari seperti biasa, dan tidak berubah. Semakin hari, semakin berubah. Baik dari segi fizikal dan mental. Posts kali ni, mungkin akan menjadi posts yang terakhir ataupun tentang diri si penulis ini. Aku sudah penat untuk menghadapi segalanya. Masalah datang bagaikan air yang mengalir laju. Deras. Mengapa kah semua nya jadi macam ini? Hari Lebaran semakin tiba, dan dekat. Hampir sangat. Tapi ke mana gembira nya itu? Ke mana suka nya untuk menyambut hari tersebut. Tiada rasa sedikit untuk menegur sesiapa. Baik keluarga atau kawan. Mengapa Ainina jadi begini? Mana dia yang dulu? Tidak endah apa orang kata tentang dia. Kini, terasa pedih jika kata-kata yang keluar dari mulut orang itu amat menyakitkan hati aku. Kenapa semua nya jadi macam ni? Malas yang teramat. Malas untuk bercakap dengan sesiapa pun, malas untuk membuat segala nya. Ya allah. Hanya Allah yang tahu. Tak apa lah, serah pada Allah je. Tapi kenapa Ainina dah tak macam dulu? :( Aku nak diri aku balik! Aku benci keadaan macam ini! Mana semua kebahagiaan tu? Kenapa asyik air mata, kenapa asyik kepedihan yang aku harungi? Kenapa asyik duka yang aku jalani untuk kehidupan seharian ku? Mengapaa!

Jika terjadi apa-apa, anggap saja ia telah berlalu. Jika terjadi apa-apa pada diri ku, anggap saja diri ku ini tidak wujud, jika terjadi apa-apa, anggap saja, aku pernah memaafkan segala dosa-dosa semua orang, dan jika terjadi apa-apa, diminta untuk semua kawan-kawan doa kan yang terbaik untuk ku di sana. Moga Kebahagiaan milik kawan-kawan ku semua. Tiada sedikit pun kesedihan apabila suatu hari nanti ku, pergi membawa kenangan-kenangan yang pernah berada di sisi ku, mahupun di hati :( Tiada siapa tahu tentang apa yang aku alami sekarang. Hanya perkataan 'Trauma' dengan kehidupan saja aku boleh beri. Aku takut untuk mendekati semua orang, takut kehilangan mereka. Segala Kesengsaraan hanya lah sementara, dan bahagia juga adalah sementara. Jangan bersuka-suka sangat kerana kelak dia akan merasa duka. Ya, itu adalah satu fakta, yang selalu dikatakan oleh orang-orang kita. Terima padahnya, jika kita lalai dengan dunia. Allahu akbar! Bangkit nina, jangan lemah.

Tepuk dada, tanya di mana semangat di mana? Itu saja nina oi!

Bangkit lah dari dunia kelemahan itu, jangan terpedaya dengan kata-kata dari mulut orang yang tidak memberi semangat untuk kawannnya yang sedang susah ini. Kuatkan semangat. Kau boleh nina, hanya sedikit lagi sahaja untuk mencari kemenangan. Sabar dan tabah. Minta doa dalam hati supaya Allah permudahkan segalanya, insyaAllah, ameen.

Chaiyok!!!