Nuffnang Ads

the sibs (;


Monday, April 25, 2011

TAK boleh tidur

Bismillah,

halu-halu, selamat pagi kawan-kawan oi! Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Assignment aku, aku tolak tepi untuk seketika. And aku nak tulis blog. Dan lama tak tulis blog ni. Dah berhabuk dah pun :P Aku rasa penat sangat hari ni. Dari hari sabtu, aku beraktiviti sendiri, macam-macam benda aku pendam, aku simpan dalam hati. Ya-ya, semua bising suruh aku luahkan semua nya, Tapi biarlah rahsia :D Aku lebih selesa untuk bagitahu cik abg sayang tu semua masalah aku, sebab dia sorang je boleh faham aku. Okay, aktiviti aku dari hari sabtu, aku cuci tangga hostel dengan kakak aku tu. Kak fiza! <3 sampai nak patah tulang belakang~ adui, ponek den tahu tak! Dari petang sampai maghrib, dengan kak diyana sekali, hihih! Aku sebagai adik, jadi orang tengah, angkut baldi dari dalam rumah, bawak turun bawah, sangat perit tulang belakang aku, hahaha! nak patah je. Tapi takpe, atleast aku ikhlas, ceh ceh, hehe! Lepas makan dengan kak fiza, and kak diyana, dah bergossip sana-sini, kita orang pun pergi kedai makan, kat cafe merah.

 
alaa! gambar kak diyana tak sempat nak upload lagi :P

kak diyana :)


 Sedap gila air bandung cincau tu, yummy! Nasi ayam. Fulamak! sodap. :P hihihi~ okay-okay. Itu jadual aku untuk hari sabtu, untuk hari ahad, iaitu hari ni, 25/4/2011, yang lagi penat plus letih. Aduhai~ Lagi lah, pagi-pagi dah kena bangun. Kemas rumah, nak bangun pun tak larat. Mak bapak aku ajak balik, tapi aku tak nak, sebab aku kesiankan effa, tinggal sorang kat hostel nanti. haha, aku adalah seorang kawan yang sanggup buat apa demi kawan, lagi-lagi kalau susah. Fuh, aku memang tak suka tengok kawan aku susah. Hohoh! Em, pagi sampai petang kita orang lepak dalam bilik je, buat assignment dengan kak fiza, kak huda, and effa sama-sama. Gelak senyap, gelak senyap, hahaha, itu lah kami. Tak boleh blaa lahh! Jangan ikut perangai kami okay? :) hihih~

Em, hari ahad, aku lepak dalam bilik je. Tah apa yang penat, aku pun tak tahu :P hahah. Lepas je siap assignment aku yang susah-susah tu, aku pun siap-siap pergi mandi and alls. Kakak-kakak comel ni cadang nak pergi giant shah alam :P so, semua siap-siap, masing-masing ada personaliti masing-masing. Hahah! Yang lawak nya, sampai je Giant, terus cari kedai makan, MCD lah, apa lagi. Wah wah, sampai sakit perut aku makan. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni, wah wah, konyang den makan ayam spicy dua ketul,air sprite, kenyang tau, Kalau nak, beli sendiri :P wakaka. Okay. Lepas makan, kita orang 4 orang jalan-jalan, masuk giant. Aku beli kotak, untuk simpan baju-baju dalam almari, yang lain cuci mata je, jalan-jalan. yuhuu~ Sampai je kat bahagian khemah-khemah, skateboard, dengan bola basketball, kita orang campak-campak bola tu, bising-bising kat situ, macam kingkong masuk bandor, tak tahu apa benda, kuno! hahahahahah~ aku pun tak paham :P pastu, bila jumpa cermin, kita orang pun tangkap gambar :P hihihi, nak tengok tak?

nina, kak fiza, kak huda and effa!

Yeah-yeah, mereka terhebat :)

cantik tak diorang? hahah! model. Phiwitt. Okay, memandangkan semua dah penat, semua balik :) Cari teksi, haha, Dah lah hujan, lepas tu teksi pulak lombab. Nyampah! MEMANG DUGAAN untuk kami. Dan sampai kolej, kita orang pun snap gambor. nak tengok tak? :D

lawa kan? kan? kan? :P

hahaha! Kalau cun, add lah aku kat facebook, hahah~ :P lalala. Err, lepas petang keluar, malam pulak keluar, lepak kat burger king dengan effa, akmal, nazim and danny :) hihih! terbaek. Tak lupa jugak untuk hafiz casablanca? LOL! nak tengok muka diorang? nanti aku tangkap gambor dengan diorang ok? :D malu aii~ hahah, apa lah.

Malam ni, aku lepak bersama bantal di atas katil dua tingkat ni, penat den nak panjat. Dah macam tarzen wanita dah, adoi. Hahah! Lawak. Weh, cop! Aku nangis lah hari ahad ni, aku nangis aku rindu cik abg tu. Rindu dia sangat~ Alamak! ok-ok. Dah pagi ni, baik aku tidur :D esok kerja banyak, err, selamat pagi buta kawan-kawan, para bloggie, orang-orang yang tersayang, dan kakak-kakak hostel, hihihihi~ mimpi indah!

P:S// RINDU AKIMI SHAMIN!