Hehe, Hari ni Allah beri aku peluang untuk aku update belog ni. Untuk memenuhkan entries baru. Macam yang bawah-bawah tu, semua baru je aku update. Termasuklah yang ni. Hehe, tak tahu kenapa 'eksaited' sangat nak update banyak benda malam ni. Dah lah sejuk. Mood pun okay saja, sambil mendengar lagu Snoop Dogg, yeah! Aku seorang yang berjiwa hip-hop. Cool dan tak suka benda yang serabut. Sangat Pengemas! :) Hohoh! Okay, back to this topic, Shoot lagi? Sekarang ni, aku adalah seorang photographer. Jangan pandang aku sebelah mata ye? Tolong -.- Tak percaya, nak tengok tak aku tangkap gambar seorang model ni.
Cantik kan? Nama ku adalah 'Si Gaddis', yeah. Nama belog ku :) Memang aku seorang gadis pun. Huu, jangan dengki ye wahai manusia sayang ku, sebab Allah dah beri kelebihan yang tersembunyi pada diri-diri masing-masing. Cuba cari apakah kelebihan dan kelemahan kamu itu? Kemudian cuba perbaiki perlahan-lahan tanpa mendengar kata-kata negatif dari mulut manusia yang tak suka nak berhentikan mulut dia tu ha. Okay? :) Relax dan Cool. Macam gue? ekeke.
Apa macam? Terbaik kan? Biar lah nak pakai camera apa pun, janji dalam gambar ni, aku selitkan makna yang mendalam. Walaupun dalam gambar ni, terdapat seorang rupawan yang memakai baju yang berwarna hijau, tetapi, dedaun itu adakala mampu membuat hati kita tersenyum lebar kerana kehijauan dan ketenangan ia. Yeah! Maklumlah, aku kan orang seni, bermain dengan kata-kata pujangga itu adalah diri aku dan aku tak pernah nak menipu dalam sebuah kata-kata :) Jangan pernah mengenali diri ku, jika anda tidak mampu untuk mengenali. Itu saja. Kalau tak, anda akan menyesal. Okay, sebenarnya banyak lagi gambar nak aku upload, tapi rasa macam tangan ni suruh click untuk 2 gambar saja, hehe. Lepas je Shoot dekat Taman Reaksi Shah Alam, aku balik rumah kejap, untuk ambik duit and tukar baju supaya nampak lebih sempoi. Kikiki, okay, masa untuk tukarrr bajuuu :P
cool tk? hahaha
Okay, dah sampai kat Plaza Masalam, terus ke Giant. Beli Mamee untuk makan kat rumah sewa ni ha. Makanan dah habis. Nanti aku kurus, susah dunia aku. Hahah! Berebut pulak kang. Agaga, em. Dah cari Mamee, beli pulak sosej, ekeke. Lepas tu ke Smart pulak beli pisau nak bunuh orang, hahah! Joking! Untuk asah Khandam. Beli pembaris untuk melukis. Dah siap2 semua, turun bawah. Opps!! Ternampak 1 gerai yang paling saya sukaaa! iaitu COOL BLOG.
Yeahhh! Aku suka Coklat campur Mocha! Dalam gadis yang berkulit coklat ni, ada keganasan, dan dalam hati yang berwarna MOCHA ni, ada kelembutan. Aku nilaikan dari segi warna :) hehe, okay. Dah alang-alang minum, kena lengkapkan dengan makanan pulak. heheh. Aku order lah Waffle Coklat. Whoaa! Semua coklat, mana tak gemuk. Takpe, dalam kegemukan ada kecomelan. Hahaha!
Sedapp seh :P nak ke? Meh lah, jumpa Aku, nanti aku belanja :) Hehe, ouh. Aku bersama Isya, hehe. Nak tengok dia tak?
Hehe, ok tak? :P Best! Hari yang paling Best untuk aku dengan kawan aku tu :P Sebab lepas balik je kelas, kitaorang pergi shoot, lepas tu ke Plaza Masalam. Gila penat! Adess. Em, Tangan aku pun dah nak koyak tulis belog ni, sehari 3 topik aku masukkan, muahahaha! :P Bosan-bosan, aku update lah. Heheh, Okay, lepas je kitaorang balik rumah. Balik je rumah, paip pulak bocor, aduii. Basah 1 rumah, so, kitaorang pun duduk dalam bilik je lah, buat Khat Kufi tu ha, hehe. Okay lah, papaiii.