Bismillah,
The mosque in Shah Alam.
Hello manusia sekalian, sihat kah kamu semua? :) Selamat Hari Raya Aidiladha. Makan lembu/kambing/unta fresh tak? hihi. How was your holiday? Hope everything fine. Kan? Okay, Entry untuk hari ni, tentang Shah Alam. Seperti mana yang nina post status kat situ. 'Selamat Tinggal Shah Alam'. Sebenarnya, nina dah pindah dari shah alam. Nina cadang untuk duduk rumah mak di Kota Damansara. Lebih selamat. Lagipun, nina dapat kerja dekat Mutiara Damansara. Jadi, lebih senang kan? Kalau ada jalan yang lebih mudah, nina nak. Siapa tak nak. Hehe.
Okay, bila dah kerja dekat Damansara nanti, Nina ada kerja di Ikano Power Centre. Kalau dulu Krispy Kreme Doughnuts, sekarang nina kerja restoren. Nak merasa jadi waiter pula. Nandos :D Yeehaa! Masa mula-mula start minta kerja, memang nina tak berani langsung nak jadi 'waiter'. Sebab jadi waiter ni risiko nya tinggi. Pertama kena order makanan, ulang balik apa yang 'customer' order, lepas tu kena bawa air, kalau teko-teko tu tak kesah lah, ni yang Designer Drink, gelas yang tinggi-tinggi tu. Ya Allah. Seram pula! :/ Tapi bila dah lama-lama jadi 'waiter', rasa seronok. Sebab boleh tahu ragam pelanggan. Boleh tahu macam mana nak jadi pelayan yang terbaik. Walaupun nina ni tak sepandai mereka-mereka, tak mempunyai sijil-sijil yang berkelayakan tinggi, nina lebih suka cari pengalaman bekerja. Dari pengalaman, boleh berdirinya sebuah syarikat kecil-kecilan, dan sehingga lah besar-besaran. Kan? Life is perfect if we know how to manage our time. Kan?
Jadi, kepada sesiapa yang rasa-rasa diri nya tu tak seberapa pandai dalam akademik, jangan risau, korang MESTI ada kelebihan yang lebih bagus dari nina. Nina doa kan! :) Fighting!