Nuffnang Ads

the sibs (;


Monday, February 28, 2011

Perkataan itu .

Bismillah ;

Setiap malam, aku ditemani Bintang yang bersinar. Cantiknya. Walaupun dia busy dengan kerja dia, tetapi hati aku Allah temankan. Bila rindu datang, ya Allah, sakitnya rasa. Pedih kan? Tapi kita pendam saja. Bila dia text kita, baru kita lepaskan pada dia. Rindu sangat bila dia ada dengan kita. Bila dia teman kita setiap hari. Bila dia teman kita masa suka duka. Sayang sangat dekat dia. Dah 3 bulan, kami lalui suka duka. Cinta itu buta. Tak boleh dilihat, tetapi cinta itu indah. Rindu pada dia. Kami Hubungan Long distance, jadi perlu kan masa untuk berjumpa. Bila dia kata pelangi itu indah, aku nangis. Ibarat saja sebagaimana pelangi itu teman setia kita. Kalau pagi, dia busy, matahari temankan hidup ku. Kalau malam, bintang temankan. Walaupun makin jarang text, tapi hati aku tetap sayang dia. Perkataan SAYANG itu hanya untuk awk. Nina sayang awk. Rindu bila dia kata dia rindu aku sangat. Hati sudah menjadi satu. kenangan Lama aku, aku buang jauh. Aku nak hidup bahagia dengan cik abg aku tu. Aku sayang sangat kat dia ni. Cari Cinta Allah, sebelum cari cinta hamba Nya, ha'ah. Memang itu yang aku selalu dengar. Lepas dapat saja cinta Allah, kita kekal kan cinta itu, dan baru lah  minta Allah kekalkan cinta hubungan dengan hamba Nya.


 Sebenarnya begini, penyempurna agama setelah bertaqwa kepada Allah swt adalah kurniaan pasangan ( jodoh ) buat kita selaku hamba-Nya yang lemah dalam segala-galanya ini. Dalam hadis riwayat al-Baihaqi ra, daripada Rasulullah saw juga ada sebutkan tentang "separuh" nih.

"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi..."

Cerita pasal jodoh, kita serah pada Allah segalanya, dalam sesuatu hubungan kena banyak bersabar. Allah uji tanda sayang, Allah uji tanda nak bagitahu kepada lelaki dan perempuan untuk jaga batasan. Allah uji tanda cinta dan rindu pada Hamba nya. Banyakkan bersabar untuk pasangan-pasangan kat luar tu :) Nina doa kan yang terbaik, dan moga diijab kabulkan. InsyaAllah, jangan putus asa kalau ada masalah yang datang seperti ombak. Tabah seperti Aishah R.A dan Rasulullah SAW. Niat yang ikhlas dan hati yang suci, insyaAllah akan termakbul doa nya.
 
 

Waiting for the request

Bismillah ;

Kali ni Entry blog post aku agak EMO sikit. Tak tahu lah kenapa kan? Aku bertambah stress, adoi! Tolonggg~ Aku stress, macam-macam aku fikir. Camera Nikon D60, wah wah! On the way to get it. Hope so, insyaAllah. Aku tunggu Akym Shamy, kenapa lah dia makin lain. Kenapa kawan-kawan aku semua jadi tak seceria dulu. Mana Happiness semua orang ni? Aku yang sadness sekarang ni. Aku nak tunggu semua orang Happy macam dulu. Jangan lah sedih wahai kawan-kawan aku :( Nanti aku sedih tau. Aku rasa kan 80% perempuan tengah dalm mood stress, betul tak? Makin dah 18 tahun, tanggungjawab besar betul. Takpe lah, serah pada Allah saja semua nya. Tapi yang penting, tolong jangan sedih tau, kalau boleh semua kawan-kawan yang aku kenal atau tak kenal ke, semua sama saja, jangan sedih. Nanti aku sedih lah :( Sorry lah kalau aku ada sakitkan hati korang semua :(

SPM SPM SPM

Bismillah ,

okay, memandangkan semua tengah tunggu results SPM untuk 2010, Aku sebagai wakil dari calon SPM 2010 ingin mengumumkan Tarikh sebenar Spm akan dilepaskan pada semua calon-calon :P Ramai yang kata 28/2/2011 , 3/3/2011, 7/3/2011, 11/3/2011, haha! Korang tahu tak semua itu Tarikh khabar angin saja, LOL. Budak-budak PLKN tak balik lagi, macam mana slip tu nak lepas, kita kena lah tunggu wira-wira kita jugak kan? kan? Sorry untuk yang tak pergi PLKN :P aku kena lah sokong dua-dua, nanti kalau tak sokong dua-dua, merajuk pulak dah. Bukan sikit manusia yang ambik SPM ni, terlalu ramai gila kot~ weee, apa-apa pun, the best date is on 14/3/2011 iaitu hari ISNIN :) sebab nya, aku adalah jumpa sorang budak ni (lelaki), nama dia pun aku tak tanya, ahah! tahu lah kan , aku ni kan kuat pokpek, sampai masa je, aku diam lah. Tapi bila budak tu kata dia tengah tunggu results, aku pun tanya lah macam-macam. As usual, aku tanya ambik berapa subject, and dia jawab, 10 saja. Budak account lah kata kan :p SORRY, aku tak minat bab account ni, debit lah, credit lah, merepek-repek account aku nanti. Yang aku tahu, ACCOUNT BANK, wakakaka! Em, so aku tanya lah dia, bila SPM keluar? Dia jawab:

Mungkin 14 march 2011 , sebabnya PLKN punya peserta balik 13/3/2011, so, kena lah balance. Kalau results keluar cepat, nanti PLKN punya peserta marah lah. Tak mungkin 23/3/2011, sebab tahun lepas SPM 2009 keluar tarikh yang berangka belas-belas, mana ada puluh-puluh. Ish-ish korang ni. hehe, apa-apa pun, kita tunggu saja lah pengumuman dari pihak media massa, KAN? :) Doa yang terbaik, ada masa lagi untuk buat solat hajat weh, jangan tinggal solat tau.

P/s: SEMUA CALON SPM 2010, semoga hidung anda bertambah kembang bila dapat results GEMPAK. hahaha~ yang dapat LULUS tu,  masih ada peluang untuk berjaya dalam bidang lain, jangan putus asa, kita GEMPAK kan hidup kita dengan belajar kemahiran (: YUHUU.