Nuffnang Ads

the sibs (;


Saturday, September 17, 2011

Rezeki itu sentiasa ada.

Bismillah,

Alhamdulillah, Allah memberi peluang pada aku untuk mencoretkan sedikit tentang cerita hari ini. Awan gelap semakin berarakan di sekitar Shah Alam. Kilat dan guruh semakin aku lihat. Gelap nya. Moga dilindungi daripada kilat, ameen. Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab hari ini adalah entry yang paling best, hehe. Nak tahu kah? Jeng jeng jeng. Cuba tengok tajuk tu? Rezeki itu sentiasa ada :) Cuba teka? Tentang apa? :P Nak tahu juga ya? Malas lah tu nak teka, hehe.

kejap. Tengah loading...

*
*
*
*
kenduri untuk rumah pertama.

Whoaa, sedap! :) hehe, meh lah jemput juga, hehe. Nnati kalau aku dah nak kahwin, aku jemput semua warga malaysia. Okay? hehe, insyaAllah. Akan ku jemput. Calon nya pulak takde. Hehe.

Okay, first kenduri ni, adalah kenduri ustaz ilham :) Ustaz yang mengajar aku tentang Khat Nasakh. Sangat baik ustaz ni. Anak dia kahwin, kami pun pergi. Kenduri di Sekolah Agama kat sekitar shah alam. Pergi pukul 12:00 tengahari, masuk je kat dalam dewan tu, terus ambil tempat duduk, tak senonoh kan? hehehe. Lapar sangat dah ni, hehe. Alhamdulillah, sedap. Kawan-kawan pun semua happy je. Minum air sirap pun sampir dua kali isi jug, hehe. Teruk sangat kelaparan ni. Bukan kelaparan, tapi kebuluran, hehe. Jahat tak? Takpe, dah lama tak merasa nasi minyak, tu yang lapar sangat tu. Okay, makan-makan, lepas tu, dah habis, bangun. Berjalan, keluar dari dewan. Semua dah selesai, jumpa isteri ustaz, bersalam-salaman, hehe. Whoaa! Dapat la satu botol kaca, tanda terima kasih dari pihak keluarga pengantin sebab kita makan :P

cantik kan? comel je.

cun tak? hidung mancung tu :P

izaty yang pening kepala sebab kekenyangan.

ainul dan aisyah, mencari tempat duduk. Rumah kenduri yang kedua, masa ni di rumah izaty, nak masuk ke rumah beliau, untuk makang*

Okay, dah kenyang. Now nak ke kenduri lagi satu pula. hehe, alhamdulillah, semua dah kenyang. Berjalan dan jalan, pergi pula ke rumah orang kahwin di Quarters Masjid Seksyen 10 Shah Alam, tema yang berwarna Hijau. Tapi tak sempat nak tangkap gambar :( Maaf. Aduhai, maaf ya. hehe, Mula-mula rasa macam tak nak masuk ke khemah kenduri kahwin tu, tapi bila ada seorang makcik tu jemput makan, jadi terpaksa lah masuk, ambil lauk. Dan cari lah tempat. Malang nya tak ada tempat duduk :( Tahu tak, lepas tu kami geram sangat tak ada tempat duduk, kami naik ke rumah, untuk makan dalam rumah. Heheh, angkut semua barang-barang sewa :P Pinggan sewa dengan cawan sewa itu untuk makan di dalam rumah. Lagi selesa. Hehe, jangan tiru :P hahah! Alhamdulillah, kenyang sungguh. Nak tengok kah lauk? Tadi dah makan banyak, jadi kali ni, nasi nampak sikit, apa macam? Boleh kah kurus kalau macam ni gaya? 

sedap sangat, sampai dah habis makan baru nak snap :P maaf!

Syukur pada Allah, sebab beri kami merasa untuk makan nasi minyak. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kenyang sangat. Lepas balik, semua macam dah penat sangat, dan terus menuju ke tempat yang sangat tidak sanggup untuk melepaskan, iaitu KATIL :D Hehe, tidurrr. zzzz, okay lah, see you in my next posts. Terima kasih sebab sudi baca, sayang korang semua.

Biarkan aku pergi.

Bismillah,

Alhamdulillah, dari hari ke hari, aku mula meng-update belog ini. Menambah dan meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. Yang sakit di dalam hati, Yang sakit di kepala, semua akan aku coretkan di sini, insyaAllah. Tetapi yang penting, aku yakin Allah sentiasa ada bersama. Mesti kawan-kawan yang rapat dengan aku, pelik dengan kawan mu ini? Maaf. Aku berubah secara mendadak. Aku tidak lagi seperti dahulu, yang suka berkawan dengan gelak tawa, tetapi aku menjadi seorang yang lebih tegas dalam apa jua keadaan. Berubah menjadi yang terbaik. Aku cuba, kata hati aku cuba dan terus dan juga tetap mencuba jika Allah memberi yang terbaik, aku terima seadanya, dan ikhlas :) Tidak akan ku merungut. Baru aku faham dan tahu tentang dunia ini, Mungkin pada umur yang rendah, aku tidak faham, dan mengerti apa sebenarnya itu kehidupan di dunia. Tetapi, Alhamdulillah, Allah membuka kan hati dan minda aku, untuk aku melihat apa yang dimaksudkan dengan duniawi ini. Syukur, Allah masih mengingati ku kerana hati dan jiwa ku hanya untuk Allah, tidak lagi untuk perkara-perkara yang terdapat di dunia. Dalam masa yang sama juga, aku bersyukur kerna aku masih diberi peluang untuk meneguhkan iman ini, dengan melihat dunia yang penuh dengan bintik-bintik atau tompok-tompok hitam.

Dalam pagi yang tenang ini, aku melihat manusia yang sedang menjemur kain di ampaian, dan kemudian, saat mentari naik untuk memancarkan cahaya nya, aku mula melihat manusia mencari rezeki yang halal, pergi ke kerja dengan pelbagai ragam. Ada yang merungut, ada yang gembira apabila Allah memberi kan dia rezeki yang baik. Alhamdulillah, bersyukur lah dengan apa yang kamu ada. Dan bersyukur lah pada Allah dengan apa yang Allah beri.

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah Al-Hadid; 21)


Biarkan aku pergi dari semua orang, aku ingin bersendirian. Aku ingin bersama Allah. Aku mahu cinta yang datang dari Allah. Aku mahu kasih sayang dari Allah. Aku mahu merindui Allah sahaja. Aku mahu segala-gala nya dengan Allah. Aku tak mahu ada orang yang menyakiti hati dan jiwa ini kerana orang tidak mengasihi Allah, biarkan aku pergi. Pemergiaan ini untuk kali terakhir, aku sudah penat dengan kesemua tipu-daya. Sudah terlalu banyak aku laluinya, tetapi semua nya tetap sama. Aku takut diri ini hanyut bersama orang yang lalai. Sudahpun hati dan jiwa ku sentiasa lemah dalam apa jua keadaan, lebih baik aku bersendirian, berkomunikasi antara hati dan Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui dan Memahami. 


Facebook akan ku tutup. Hanya blog sahaja aku buka, untuk ku mencoretkan kisah hati di sini, supaya tidak terlalu berat. Fikiran ini sentiasa berserabut kalau tak diluahkan kepada sesiapa. Allah masih ada. Ya, aku bersyukur kerna mendapat dua orang sahabat yang Allah beri, Terima kasih pada Kak Dhuha, dan Abang Bunya. Mereka itu adalah Hamba Allah yang sangat Allah sayangi. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk meminjam telinga-telinga pada aku. Terima kasih dan sangat Bersyukur. Sayang pada Allah :( Mengapa aku berubah sebegini? Kerna dalam hati ku, masih ada semangat yang orang lain tidak tahu. Semangat yang ingin menjadi positif sentiasa. Tetapi sifat negatif itu sentiasa ada, kadang-kadang kita cuba untuk tolak ke tepi, tapi tak mengapa, cuba dan terus mencuba. Moga kesakitan yang aku alami ini akan ada yang lebih bermakna dan bahagia selepas aku bersama Allah. Allah yang aku cinta, yang aku kasih, dan rindu untuk sujud. Sujud pada Allah, itu adalah yang aku suka. Menangis pada Nya, menangis dan meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati. Apabila dua tangan di tadah dan meminta untuk menunjukkan jalan yang benar dan tenangkan hati, air mata mula basah di pipi. Tidak tahu mengapa aku menangis apabila hati aku memanggil nama Allah. Mungkin aku terlalu rindu pada Allah, rindu untuk menjadi yang sebelumnya. Rindu sangat-sangat.


Haih, Dia menciptakan kita dengan menghidupkan roh, kemudian jasad mula bergerak. Tanda kita adalah yang paling berharga pada Ilahi. Kita adalah yang teristimewa. Sehingga syaitan cemburu apabila Allah menyuruh tunduk pada Nabi Adam S.A. Tidak kah kesombongan itu sifat yang ada pada syaitan. Dan sifat merendah diri itu adalah sifat nabi dan rasul? Em, lihatlah pada dunia. Daripada aku terus bergaul dengan kawan-kawan, lebih baik lah mencari ketenangan. Dunia ini hanya pinjaman. Semakin hari, semakin ramai orang yang baik, dan soleh/solehah meninggalkan dunia. Kita bila lagi? Bila mahu mengumpul pahala sebanyak nya? Fikir lah baik-baik, jalan yang sempit atau luas, itu ada pada diri anda. Aku akan cuba untuk terus bersemangat untuk memilih jalan yang luas, demi Allah, akan ku buktikan bahawa aku bukan hamba Nya yang lemah apabila diuji, insyaAllah! :)


picture from google*

Cerita di dalam kalbu.

Bismillah,

Selamat pagi. 9:41 pagi. Aku bangun, pada pukul 8:30 pagi, dan bergerak terus mengambil netbook untuk membuka Iluvislam.com. Tiba-tiba terasa mahu membaca artikel-artikel yang menarik. Saja untuk membaca. Sambil membaca, moga iman ini meningkat untuk terus maju ke hadapan. Baca dan terus mencari ilmu. Ilmu itu tidak datang bergolek, tetapi kita mencari. Mencari sehingga kita hidup. Ingat lah Allah ada untuk orang-orang yang sentiasa sabar dan tabah apabila diuji dengan cabaran yang berat mahupun ringan. Kunci untuk segala nya ialah Redha dan Serah pada Allah. Tetapi, hendaklah diadunkan dengan Usaha. Ya, akan Pasti Berjaya!

Aku membuka artikel tentang Cabaran Kehidupan. Sangat bermakna bagi ku untuk aku membaca nya. Segala kisah-kisah tersebut mempunyai persamaan dengan diri ku. Allah hanya memberi ujian itu pada Hamba Nya yang di kasihi dan sentiasa mengingati Dia dalam apa jua keadaan.*Sambil menulis, aku mendengar lagu daripada Ammar, Cebisan Kenangan. Supaya hati dan fikiran ku tenang untuk menulis segala-gala nya. Allah sentiasa ada dengan ku, jadi aku tak perlu risau. Perjalanan yang akan ku tempuh dengan pelbagai cabaran akan dilaluinya juga :)

Kuat untuk hadapi hari hidup, dan mencari pahala untuk Hari Akhirat. Itu yang sangat-sangat terbaik.



Lihatlah apa yang ingin disampai kan pada hati ke jiwa, dan terus ke perasaan. Dari perasaan akan terus ke gerak-geri, moga kita mendapat yang terbaik dari Allah.