Nuffnang Ads

the sibs (;


Sunday, October 02, 2011

Menjadi seorang yang Tabah!

Bismillah,

Alhamdulillah, Allah memberi aku peluang untuk menulis belog lagi sekali. 3:01pm, 2/10/2011. Baiklah, bulan 10 dah pun menjadi pengganti bagi bulan 9. Yeah, Mood pada petang ini, ada sedikit kelam-kabut dan tenang. Hehe, katong-katong! Heheh, sound effect. Dah lama tak update blog. Last update pun 21/9/2011, lama kan? Haih, makin lama makin banyak masalah. Bukan masalah kecil-kecil, tapi gadang-gadang! Hahah! ok, tak apa lah. Tak nak bukak cerita pun pasal masalah-masalah tersebut. Topik aku hari ni, 'Menjadi seorang yang Tabah!'.

Tak boleh nak larilah kalau cerita tentang masalah masing-masingkan? Perasan tak, biasanya perempuan yang akan harungi pelbagai masalah. Kan? Kan? Fitnah la, kutuk mengutuk lah, benci-membenci lah, semua lah. Apa-apa je lah semua tu. Ok, bagi aku, baik buat tak tahu je semua mulut-mulut puaka tu. Tak ke mana pun yang mana kutuk mengutuk tu. Sebab kita hidup ni, kejap dekat atas, kejap kat bawah. Aku tengok, sejak kebelakangan ni, status-status kat Facebook semua cerita pasal fitnah? :/ Kenapa korang perlu nak cerita kat situ? Tahu tak? Orang yang terkena fitnah ni, doa dia dimakbulkan. Baik korang diamkan dalam hati, dan menangis pada Allah. kan? Nak bagitahu org pun, bukan dia boleh cari orang yang hantar fitnah tu, nak belasah ke? haha. Baik korang diam je. Lagi baguss! Tabah tak bermaksud korang menangis sambil dah tak mati akal nak buat apa dengan hidup! TAKKK! jangan fikir negatif okay?

Tolong faham maksud Tabah! Aku yakin, setiap orang, maksud dia mesti lain-lain kan? Bagi aku, tabah aku ni, bila ada orang buruk-burukkan nama aku, atau diri aku, aku akan buat tak tahu je, dan menyanyi macam ni. LALALALA~ hahah! ok tak? Kalau yang paling teruk, bila ada org sebar fitnah, aku akan nangis, doa kat Allah, sambil nangis, aku bangkit, dengan kekuatan yang Allah beri untuk terus berjuang. Yeah! Itu adalah aku. Buat apa nak fikir pasal mulut orang? Nasihat aku lah kan,

Lebih baik diam, daripada berkata-kata, 
             Berkata-kata bila perlu.

Okay, faham kan? :) Senang je. So, lepas ni. Korang kena tabah, sambil korang menangis dalam hati, hadirkan sedikit tawa. Bila kita senyum dan tawa bila kita ada masalah, tu tandanya, dia adalah seorang yang sangat tabah. Dan orang akan respect kita sebagai Seorang Muslimah yang lebih bagus daripada orang lainn!(: Fighting ^.^