Nuffnang Ads

the sibs (;


Monday, December 26, 2011

Dari Kuala Lumpur ke Perak :)












Haha, what a happy day yesterday :P So, catch me on Facebook and Twitter. Thanks to Shu pang, Ain Danisha, and Nurul Nadiah Azizan for making my life perfect. To all my dearest Batch 1993's group, we will meet one day. Or on my special day, soon. InsyaAllah :) Have fun!

Friday, December 23, 2011

NEW EVENT.


Announcement!

Kepada sesiapa yang ingin membuat Free Photoshoot Modelling pada Hari Khamis, 29/12/2011 ini sila inbox saya di facebook secepat mungkin :') Photographer juga diperlukan, tolong bagitahu kawan-kawan lain ya. Lagi ramai photographer, Lagi Ramai Models boleh bergemira <3

Photographer: 2 orang (Setakat ini)
Model: Lelaki dan perempuan, terbuka.
Location: Taman Tasik Shah Alam
Time: Tengahari (akan diberitahu)
Theme: Colourful.

 

Flowery style: Ainina:)

Bissmillah,




Follow me on Twitter :)
@Rainbowny_11211, thank you dearest! :*

Expression of feelings

Bissmillah,





Follow me on Twitter :)
@Rainbowny_11211

Her style :')

Bissmillah,

IMG_1444




cantik kan? Haha. Kalah datin :P Dia lagu cun! Haja tajima too. And yunaa! <3

Saya gila kan 'Dian Pelangi's Style'

Bissmillah,

Kenal tak siapa ni? 

Hahaa, kalau nak tahu, dia ni lah kakak kesayangan saya yang hebat dalam dunia fashion macam Hana Tajima. Homaaiiiigod. Sukaaaa segala tentang dia! Okay, gambar ni, masa dia pergi Melbourne. So, kalau nak tahu, beliau ni baru 19 tahun. Next year 20 tahun. Cantik gila dia! Kak dian. You're gorgeous! Stay with your style no matter what! Dunia fashion akan tetap berkembang! Yeeehaaa.

Nama beliau, 

Cik Dian Pelangi

Berasal dari;
Jakarta

Whoa! Big house, Big Money! Hahaha, well, too much of fashion-designers and only one of them, i do interested in. Dian Pelangi. Okay, why i choose her because?
*
*
*
Style dia semua aku suka! Semua kena dengan karakter aku. Sebab for your information, i am an abstract girl. Gadis yang suka benda-benda serabut. Painting on a canvas, that's my style. Campakkan warna-warna, dan didalam canvas tersebut mempunyai sejuta makna :) I just love her style. And one more thing, I love her, because She's born on January! Kita sama kakak dian <3 And you're adorable!


Sooo kewwwwl xD Seriously, dia cantik! :)
Congratulation sis <3

Tuesday, December 20, 2011

Jangan menangis.

Bissmillah,

Selamat petang kawan-kawan! Harap korang sentiasa ceria dan gembira. Sihat wal'afiat. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati hari kawan-kawan ku. Yang susah, akan ku doa. Yang senang juga, akan ku doa. InsyaAllah. Hm, Petang yang sangat tenang cuaca nya. Matahari mula menjelma setelah hujan turun pada semalam dan semalamnya. Sangat sedih.

Mesti semua orang pernah bersedihkan? Tapi nak buat macam mana? Hati dan perasaan mengawal segala tubuh badan kita. Entry untuk hari ini, JANGAN BERSEDIH. Oleh kerana hati aku ni asyik meraung 24 jam. Entah apa yang dia mahu, aku pun tidak faham. Post ini juga, aku berpesan pada diri sendiri. Okay, hati wanita ini sangat-sangat mudah tersentuh jika seseorang atau diri kita sendiri tidak tahu nak menjaga nya. Aku selalu berpesan pada diri ku, Jaga lah hati kita sebelum menjaga hati orang lain. Ya, memang benar! Jaga hati kita sebelum menjaga hati orang lain sebabnya, kalau dah jaga hati kita, kita tahu apa yang hati selalu mahukan, mesti kita tahu apa yang orang lain mahu kan juga. Kata orang, Lain hati, Lain sikapnya. Lain orang, Lain ragam nya. Betul kan? Jadi. Tujuan untuk menulis tentang entry ini, untuk memberi sokongan pada kawan-kawan dan diri sendiri, termasuk yang tersayang.

Aku sebagai wanita. Sebagai pelajar. Sebagai anak. Sebagai hamba Allah. Aku tidak sempurna! Tetapi aku cuba untuk jadi yang sempurna. Mungkin kita tidak sempurna pada pandangan kita sendiri. Tetapi Allah kata kita sudah cukup sempurna. Sempurna dengan deria-deria. Yang boleh mendengar, yang boleh melihat, menghidu, menyentuh dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan hati? Adakah cukup sempurna? Adakah kita berzikir 24 jam? Ya Allah. Rasa sebak pula apabila bercerita tentang agama ini. Sedih. Teringat pula tentang dosa-dosa yang lalu. Tapi tak mengapa. Dia memberi ujian tanda sayang. Tanda mahu kita bercerita pada-Nya. Sempurna kan diri anda dahulu sebelum menyempurnakan hidup orang lain. Itu sangat-sangat baik! :)

Ingatlah, bahawa jika hati bersedih itu, bukan tanda dia keseorangan, tetapi ada yang bersama nya. Iaitu Allah. Manusia itu hanya ujian sahaja. Datang dan pergi. Apabila kita memerlukan seseorang itu tika dihari susah, mereka akan melepaskan diri. Apabila kita menghadapi hari yang seronok, gembira, senang, mereka akan kembali bersama. Itu lah perangai dan lumrah manusia. Tiada siapa boleh tolong untuk mengubati kesedihan selainNya. Ya Allah, rindu pada mu. Apabila aku sujud, aku berdoa di dalam hati, semoga Dia saja yang mempermudahkan urusan dan hubungan ku bersama dia. Ketika aku sujud, aku merelakan air mata itu jatuh ke tikar sembahyang. Ketika aku sujud, hati ku tidak berhenti berdebar, menahan rasa sakit yang bersungguh-sungguh apabila berdoa. Masya'Allah. Dia maha Mengetahui. Dia tahu aku kuat! Dia tahu aku tidak peduli pada cacian dan maki daripada mulut orang lain. Dia tahu aku tabah untuk hadapi. Kerana aku diuji, kerana DIA SUDAH TAHU bahawa aku mampu kehadapan. Tahu kah? Ujian-ujian Allah itu indah. Mempunyai hadiah yang paling istimewa yang boleh membuat seseorang itu tidak tahu untuk berkata apa, apabila Allah memberi jalan untuk dia tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sungguh! Sangat menakjubkan. Betapa hebatnya cinta Allah pada Hamba Nya. Sayang sungguh Allah pada makhlukNya. Terima kasih ya Allah.

Mulai dari hari ini, aku tidak akan bersedih kerana ujian mu. Aku tidak akan bersedih kerana keluhan ku sendiri. Aku mampu untuk maju kehadapan. Syukran ya Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalaNya. Doa ku untuk kawan-kawan ku agar kuat, tabah dan sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun. Pahit atau tidak, telan saja. Jangan muntah, jika muntah, tanda kamu gagal! Apabila sudah dapat yang manis, dihisap lalu bersyukur lah pada Nya agar Dia permudahkan hari mu, tanda kamu lulus! Pray for you guys, amin ya rabbal'alamin.

Saturday, December 17, 2011

Satu perasaan yang sering menjadi teman dikala sedih.

Bissmillah,

Hm, selamat pagi korang. Harap ada yang dah bangun. Blogwalking, Hey there! Cuba nak share kan sikit tentang perasaan yang boleh membuatkan korang semua sedih. Iaitu, menangis. Urghh! Siapa yang tak pernah menangis tu, tak tahu nak kata apa kan? Okay. Dinafikan bahawa semua orang pernah menangis. Pernah berkawan dengan air mata. Tapi ingat, tika kita sedih, disitulah Allah menemani kita. Tahu kan macam mana rasa nya bila sedih itu datang. Hati kita bagai dihiris-hiris. Hiris yang paling hebat. Ditoreh. Sedih. Pedih sangat bila menangis. Ada orang kata menangis itu bagus untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Ada orang kata tak bagus sebab nanti bertambah pedih. Hm, pandangan orang kan. Lain orang, Lain pandangan nya. Okay, apa yang aku nak share ni. Perasaan sedih ini ibarat hujan, yang turun bagi meringankan awan. Faham kan? Bila kita menangis, ibaratkan segala kesakitan dalam hati itu hilang. Atau semakin berkurangan. Allah sentiasa ada bersama dengan orang-orang yang sabar apabila diuji. Dia sentiasa ada dengan hambaNya yang memerlukan Dia. Dia adalah Tuhan yang paling istimewa dalam hidup. Dan Tidak ada tuhan lain selain dia, Allah.

Sedih ni perasaan yang korang akan lalui bila Allah uji sikit. Dia uji tanda kita diingati. Bukan dipinggarkan, atau dibenci. Dalam sebuah perjalanan, akan ada liku-liku yang berbeza bagi setiap orang. Dalam liku-liku akan ada cabaran yang berbeza. Lain sangat. Tidak sama seperti orang lain. Sekuat-kuat mana korang cuba untuk lepaskan diri daripada ujian, kesedihan itu pasti ada. Jangan lari dari masalah sebab itu bukan jalan penyelesaian. Kesedihan itu lumrah manusia. Hidup ini seperti roda. Kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira. Tapi tak selamanya kita sedih. Tak selamanya kita gembira. Cabaran itu sentiasa ada :) Harap korang kuat, tabah untuk hadapi perjalanan hidup korang. Berdoa lah. Supaya Allah beri pertunjuk pada korang supaya dipermudahkan jalan-jalan itu.

''Allah sentiasa bersama orang yang sabar, tabah dan sentiasa berdoa''

Jadi, jangan bersedih. Nanti hati kamu pedih. Bergembiralah pada dunia. Kelak orang-orang yang berada disisi mu juga akan bersama gembira dengan kamu. Ya? :) Kuatkan hati, semangatkan diri. Chaiyok! Fighting! Yay.

Friday, December 16, 2011

Tabahlah wahai Hati

Bissmillah,

Selamat tengahari kengkawan. Apa macam? Hm, ada yang sedih tak hari ni? Ada yang happy gegila tak? Okay, pape pun aku doa kan kawan-kawan aku semua sentiasa bahagia dan gembira. Okay, post untuk kali ni agak 'emotional' sikit. Well, i don't what happen to me since he get far from my life. Tabahlah wahai hati? Ya, aku berdoa setiap hari. Siang dan malam, tanpa henti. Hm, aku tak tahu nak mula kan sesuatu topik tu macam mana sebab aku rasa macam air mata ni dah bergenang nak tulis. Tabah Tabah Tabah! Stop thinking negative. Itu yang lebih baik, kan? Hm, tinggalkan segala yang pahit, gantikan dengan yang manis. Dalam pahit itu, mesti ada pelbagai rasa. Ya Allah, moga engkau kuatkan hati kami berdua. Hanya engkau yang dapat menyatukan kami. Hanya pada-Mu aku berserah kerana Engkau adalah Tuhan ku yang Maha Esa dan paling aku sayangi. Sayang Allah dan Rindu kan Mu. Kadang-kadang kita cuba untuk kuatkan hati, kuatkan diri, kuatkan semangat. Sambil itu kita menangis kan? Tapi tak bermakna menangis tanda kita lemah. Cuma kita tak kuat sikit untuk lalui macam-macam cabaran. Takpe,. Harap-harap kita kuat untuk bersemangat lalui hidup ini. Dah faham kan? Hm, jom kita muhasabah diri sama-sama supaya kita kuat untuk hadapi rintangan yang lebih mencabar :)

Thursday, December 15, 2011

‎16 CIRI PEREMPUAN MURAHAN =)


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

14. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

15. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

16. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

Monday, December 12, 2011

Bercinta & Jodoh

Bissmillah,

Hmm, selamat malam korang! :) Semoga kawan-kawan sy sihat. Alhamdulillah, hari ni mood ada sikit untuk update blog ni. Kesian pulak bila tengok blog tak digunakan. Menangis nanti 'dia'. Okay, aku rasa malam ni aku nak masukkan cerita tentang percintaan, jodoh dan rindukan seseorang. Tak kira lah siapa-siapa pun. Tapi kalau nak cakap tentang rindu ibu bapa, tak ramai yang rindu. Kebanyakan diorang ni suka rindu orang yang tersayang je. Jarang aku tengok anak-anak rindu mak dengan ayah. Paling kurang pun, bayi sampai budak 6 tahun. Hahaha. Betul tak? Yang dewasa ada. Tapi kerinduan dia lambat sikit :P

Okay, meh duk dekat-dekat sini. Nak cerita ni. Okay, sekarang ni ramai orang tengah hangat bercinta. Ada yang bercinta saja-saja, ada yang bercinta hingga nak bernikah dah. Hmm, aku harap aku akan bernikah dengan dia, amin. InsyaAllah. Niat baik, semua Allah akan bagi. Yang penting, jangan langgar peraturan Dia. Paham tak? Hihi. Sambung balik, ada orang bercinta sebab sayang kerana Allah. Hmm, bercinta ni ada dua jarak tau. Meh aku bagitahu sikit jarak yang cam ner? :P And aku nak kongsi sikit pengalaman kat kawan-kawan aku ni tentang bercinta:

Close-relationship:-

  • Maksudnya, hubungan jarak jauh lah. Faham kan? Selalunya, pasangan mestilah nak hubungan jarak dekat kan? Apa dia buat, semua kita tahu. Bila kita perlu kan seseorang, mestilah dia nak pasangan dia dekat dengan dia, bagi sokongan kan? Semua orang nak hubungan jarak dekat sebab mereka nak satukan sekeping hati itu :) Tapi ingat, jangan fikir hubungan jarak dekat tak ada cabaran tau. Lagi dekat, lagi banyak cabaran. Cuma setiap manusia, cabaran nya lain-lain. Cabaran itu akan kuatkan ikatan korang kalau nak tahu, so kuatkan semangat. Apa macam pulak Hubungan Jarak Jauh?
Long-distance relationship:-
  • Hubungan jarak jauh? Pernah dengar tak? Pernah rasa tak macam mana? Pernah cuba? Kalau nak tahu macam mana, meh aku habaq mai. Okay? Hubungan jarak jauh ni kalau korang nak tahu, sangat-sangat lah sakit, pedih, merana. Tapi semua ni, bukan kehendak kita. Kan? Allah dah aturkan segalanya. So, kita nak tak nak, Wajib jugak tempuhi. Ingat! Allah jauhkan ada sebab, Dia nak uji tahap kesabaran. Lama ke tak sampai 3, 4 , 5, 6 tahun, kalau ada jodoh, tetap ada! :) Yang penting, sabar dan kepercayaan itu adalah kunci untuk tegakkan hubungan korang. Okay, hubungan jarak jauh macam ini, biasa nya, Allah akan bagi dia deria keenam. Bukan Lagu sixth sense eh :P Tapi, deria keenam ni lah, hati kita, akan berkata dari jauh kepada hati sidia. Faham? 
  • Contoh: Meena rindu Amirul setiap hari. Bila kita rindu kan seseorang, hati kita kita akan berdebar kan? Kalahkan kereta F1, haha. Okay, bila berdebar tu, sebenarnya si pasangan tengah fikirkan kita, sebab tu hati kita berdebar. Sama ada dia sedang fikirkan kita, ataupun dia tengah merindui kita sama macam mana kita rindu dia. Moga Allah jauhkan zina hati <3 Amin ya rabbal'alamin.
Hmm, okay. Sekarang dah tahu kan? Kalau nak tahu lagi, korang boleh post je kat Page aku :) Apa-apa aku terima je. Aku dah tak kisah pun apa orang nak cakap, sebab aku tetap berdiri teguh! So, i don't care about what people say. Pesanan aku untuk orang yang sedang bercinta atau dah tunang ke apa ke. Korang kena berani hadapi cabaran-cabaran yang bakal akan diberi oleh Allah, okay? Jangan lemah. Jangan kuat menangis. Aku tahu, bercinta tu, orang kata senang apa semua. Kata itu hanya pada mulut, kalau suruh buat, aku rasa orang yang berkata tu pun tak boleh nak hadapi. So, kalau rasa-rasa tak mampu, jangan buat. Kalau nak diuji, berani buat berani tanggung. Okay? Kunci untuk teguhkan tiang pohon cinta ni senang je.

Kepercayaan
Kesetiaan
Kejujuran
Kesabaran
Terima seadanya.

Itu je yang korang kena ingat. Kalau rasa-rasa tak sampai ke tahap ni, cepat-cepat ubah tau? Aku doa kan korang bahagia sentiasa :) Sentiasa! Chaiyok. Khalifah dimuka bumi masih boleh berdiri tegak! Jihad kerana cinta kan Allah. Yeah. Jom aku cerita pasal jodoh pulak. Mesti tak sabar kan nak aku cerita? Haha. Hmm, jom jom jom.

Jodoh? Selalu orang update blog pasal ni kan? Bila aku check kat google, apa tanda-tanda jodoh? Diorang akan post dalam bentuk yang sikit je. Maksudnya, pecahan tak banyak. Meh aku cerita berdasarkan pengalaman aku. Aku ni suka kutip pengalaman sebab kutip pengalaman boleh ajar diri ni semakin berdikari. Boleh ajar diri ni semakin matang. Bijak berfikir. Lagi satu aku ni orang yang suka berfikiran panjang. Aku akan berfikir apa yang akan berlaku dulu. Haha, kalau siapa tak kenal aku tu, maaf lah. I am an official girl, without any specialize of anything. Haha, hanya insan biasa. Tiada apa yang menarik pun.

Okay, jodoh ni adalah perkara yang sudah ditentukan oleh Allah. Dengan siapa kita akan bertemu atau bersatu, Ciri-ciri yang bagaimana? kacak atau cantik? Pandai atau kurang pandai? Bekerjaya atau tidak? dan sebagainya. Semua dah tertulis di Luh Mahfuz. Tahu kan apa tu? Buku Allah tentang kehidupan manusia. Allah sudah aturkan hidup manusia dan dicatatkan dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Luh Mahfiuz. Meh nak cerita sikit lagi ni. Alolo, bunyi macam nak habis kan? Hihi. Bereh.

Kalau nak tahu dia jodoh kita kan? Korang ada rasa tak macam apa yang aku cakap ni? Yang aku nak bagitahu ni? Contoh: Bila korang cakap tentang dia, tak kisah cakap dalam hati atau cerita pasal dia kat kawan-kawan korang, atau pada diari ke, bila korang rasa sebak, haa, itu adalah salah satu tanda dia betul-betul jodoh korang. Bila korang rasa rindu yang sangat-sangat, sampai menangis-nangis, itu pun tanda-tanda jodoh. Lepas tu, bila korang duduk diam-diam, tak kisah lah kat mana-mana, sorang-sorang, tiba-tiba terasa macam dia dekat dalam hati kita, itu antara tanda-tanda paling dekat, yang boleh kita rasa. Siapa kata rindu seseorang tu tak sakit? Sakit tau. Menangis-nangis bila kita rindu seseorang. Lagi satu, ni aku nak cakap sikit, Tak payah nak cerita-cerita kisah percintaan korang kat orang yang tak pernah bercinta ni. Diorang tak tahu apa-apa. Kalau nak cerita sangat, pergi duduk diam-diam. Minta Allah sampaikan rasa rindu tu pada si pasangan. Okay? Hehe. Okay lah, itu je yang boleh aku share, nanti aku cerita lagi :) Selamat malam!
 

Sunday, December 11, 2011

Dari Damansara ke Kuantan









and more on facebook :P

Friday, December 09, 2011

Miss him!

It's been late night right now. It's like 3:32AM, and i can't even close my eyes. What's wrong with it? Urghh.

I need to tell the truth that i miss you right now. I miss you!!

Thursday, December 08, 2011

Netty Bluwee

Bissmillah,

Huargh! Letih letih. Ha, selamat malam kawan-kawan. Okay, i'm here right now. Tak pergi ke mana. Korang rindu eh? hehe. So, apa khabar? Sihat kah? Rindu nak tulis belog ni. Dulu masa Spm, aku selalu tulis macam-macam kat belog ni. Well, it's apart of my life. I love this blog, and I love this public diary. Alhamdulillah. Everythings fine. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Ameen.

*This is my netty bluwee*

Mesti korang pelik kan. Haha, kalau manusia ada nama. Benda-benda yang kita sayang pun mesti nak letak nama jugak. Contoh, kucing aku. Cleo, Ivory, K-todd, Neo, Fluffy. Hahaha~ Cute je diorang tu semua. Semua jantan! Aku takde kucing betina pun. Yang betina pun Cleo je. Dia kucing paling lama hidup dengan aku. 19 tahun dia hidup. Haih. Back to my topic. Nak cerita tentang laptop aku ni. 'Netty Bluwee' nama yang aku bagi pada beliau. Lol! Aku sayang netbook ni. Walaupun ia kecik, aku tetap sayang dia. Harga dia aku beli rm1800. Mahal kan? Masa tu latest version punya. Aku minta warna hitam, but hitam habis. Pink pulak takde. Hampeh. Sadis hidup aku. Dah tu, aku pun pilih lah yang warna Cyan ni. Nampak macam handsome je. So, aku pun guna. Lepas satu-satu aku upgrade. Mula-mula beli screen protector, lepas tu keyboard punya lapik, supaya tak rosak. Lepas tu kulit netbook yang bewarna Pink purple. Haha, lastly aku tanggalkan sebab macam tak kena langsung~ Cyan + Pink + Purple = :/ pelik pelik pelik! Okay, aku bukak. Lepas tu, aku beli Headphone. Haha! Macam-macam! Dekat rm500 aku habiskan. Adui, bermanja-manja dengan netbook ku. Yelah, selalu dengan Iphone je aku manja. Mesti lah netbook aku jealous. Haih! 

Korang tahu tak, bila kita beli benda-benda apa-apa. Contoh, jam ke. Kereta ke. Sebenarnya, benda tu bernyawa tahu tak. Haha, sebab tu bila korang tengok kereta tu, kena rajin diisikan minyak. Minyak tu makanan dia. Mandikan dia di workshop. Haha, okay? Operate2 di bengkel kereta. Check kesihatan dia. Well, netty bluwee ni adalah sebahagian dari hidup aku. Whoaa! Di sini lah aku simpan segala kesedihan, kegembiraan aku. Aku luahkan segala nya dalam netty bluwee ni. Hua hua hua, bermadah-madah pulak dah aku, ecehh. Gedik bebenau ye kome ni. Hmm, pape pun, terima kasih netbook <3

Wednesday, December 07, 2011

Special Note for Him.

I just wanna say that;

                I miss you and loving you all the time </3
                 Ke'am suu'way, chan rak khun.

Miracles.


Bissmillah,

I'm back. Yay! Alhamdulillah. Maaf kalau dah lama tak muncul. Terasa bersalah pulak yang menunggu untuk baca belog Ainina Moxie ni. Maaf! And now i'm back. Wait, sebelum tu. Tolong follow saya di Twitter, Facebook, Tagged, Blogger. Okay? :) Em, meh nak cerita sikit ni. Sepanjang aku tak update, aku banyak update status kat facebook and twitter je. Now dah datang balik, so aku akan anggap belog ni sebagai diari aku. Hihi.

1 year, aku dan dia. Tahu kah siapa dia? Yay. Siapa lagi kalau bukan Akim! :P My thailand lover. Sukanya sukanya. Menakjubkan. Selama 1 tahun, macam-macam dugaan datang, sampai lah sekarang. Dan kami pula masih cuba berdiri teguh dan selamatkan hubungan ni dari hanyut bersama Ombak. Bukan Ombak Rindu ye :P hihi. Berjaga setiap malam. Menunggu dia online. Berfikir, fikir tentang dia. Whoa! Dan tak lama lagi, 26.12.2011 ni, hari jadi dia. Aku akan jadi orang yang paling istimewa untuk dia nanti <3 sayang dia sangat. Wait, korang mesti conpius kan. Hari tu aku kata aku dengan orang aussie? kan? kan? Okay, aku broke up dengan dia, sebab... Tetiba jer aku ingat si Akim ni. Huarghh! Allah nak kami bersama, jangan tinggalkan satu sama lain. Sebab tu aku tinggalkan that guy from Ozzy tu. Haih, takpe lah. Korang! Doa kan aku dengan akim ni bersama, insyaAllah ada rezeki, aku jemput 1 malaysia :) Bersedekah! Kan? hehe.

Oh, aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dengan dia ni. Dia ni macam cahaya untuk aku tahu tak. Adui, bermadah berhelah pulak daa. Okay-okay. Nak tahu aku post apa, rajin-rajin lah bukan twitter. Hihihi :P Apa-apa pun. 1 year with you is like i always with you whenever you are. I love you! :D

p/s: Yang jealous tu, shut-up and pray for you that you will get the best person in your life! ameen.