Hmm, selamat malam korang! :) Semoga kawan-kawan sy sihat. Alhamdulillah, hari ni mood ada sikit untuk update blog ni. Kesian pulak bila tengok blog tak digunakan. Menangis nanti 'dia'. Okay, aku rasa malam ni aku nak masukkan cerita tentang percintaan, jodoh dan rindukan seseorang. Tak kira lah siapa-siapa pun. Tapi kalau nak cakap tentang rindu ibu bapa, tak ramai yang rindu. Kebanyakan diorang ni suka rindu orang yang tersayang je. Jarang aku tengok anak-anak rindu mak dengan ayah. Paling kurang pun, bayi sampai budak 6 tahun. Hahaha. Betul tak? Yang dewasa ada. Tapi kerinduan dia lambat sikit :P
Okay, meh duk dekat-dekat sini. Nak cerita ni. Okay, sekarang ni ramai orang tengah hangat bercinta. Ada yang bercinta saja-saja, ada yang bercinta hingga nak bernikah dah. Hmm, aku harap aku akan bernikah dengan dia, amin. InsyaAllah. Niat baik, semua Allah akan bagi. Yang penting, jangan langgar peraturan Dia. Paham tak? Hihi. Sambung balik, ada orang bercinta sebab sayang kerana Allah. Hmm, bercinta ni ada dua jarak tau. Meh aku bagitahu sikit jarak yang cam ner? :P And aku nak kongsi sikit pengalaman kat kawan-kawan aku ni tentang bercinta:
Close-relationship:-
- Maksudnya, hubungan jarak jauh lah. Faham kan? Selalunya, pasangan mestilah nak hubungan jarak dekat kan? Apa dia buat, semua kita tahu. Bila kita perlu kan seseorang, mestilah dia nak pasangan dia dekat dengan dia, bagi sokongan kan? Semua orang nak hubungan jarak dekat sebab mereka nak satukan sekeping hati itu :) Tapi ingat, jangan fikir hubungan jarak dekat tak ada cabaran tau. Lagi dekat, lagi banyak cabaran. Cuma setiap manusia, cabaran nya lain-lain. Cabaran itu akan kuatkan ikatan korang kalau nak tahu, so kuatkan semangat. Apa macam pulak Hubungan Jarak Jauh?
Long-distance relationship:-
- Hubungan jarak jauh? Pernah dengar tak? Pernah rasa tak macam mana? Pernah cuba? Kalau nak tahu macam mana, meh aku habaq mai. Okay? Hubungan jarak jauh ni kalau korang nak tahu, sangat-sangat lah sakit, pedih, merana. Tapi semua ni, bukan kehendak kita. Kan? Allah dah aturkan segalanya. So, kita nak tak nak, Wajib jugak tempuhi. Ingat! Allah jauhkan ada sebab, Dia nak uji tahap kesabaran. Lama ke tak sampai 3, 4 , 5, 6 tahun, kalau ada jodoh, tetap ada! :) Yang penting, sabar dan kepercayaan itu adalah kunci untuk tegakkan hubungan korang. Okay, hubungan jarak jauh macam ini, biasa nya, Allah akan bagi dia deria keenam. Bukan Lagu sixth sense eh :P Tapi, deria keenam ni lah, hati kita, akan berkata dari jauh kepada hati sidia. Faham?
- Contoh: Meena rindu Amirul setiap hari. Bila kita rindu kan seseorang, hati kita kita akan berdebar kan? Kalahkan kereta F1, haha. Okay, bila berdebar tu, sebenarnya si pasangan tengah fikirkan kita, sebab tu hati kita berdebar. Sama ada dia sedang fikirkan kita, ataupun dia tengah merindui kita sama macam mana kita rindu dia. Moga Allah jauhkan zina hati <3 Amin ya rabbal'alamin.
Hmm, okay. Sekarang dah tahu kan? Kalau nak tahu lagi, korang boleh post je kat Page aku :) Apa-apa aku terima je. Aku dah tak kisah pun apa orang nak cakap, sebab aku tetap berdiri teguh! So, i don't care about what people say. Pesanan aku untuk orang yang sedang bercinta atau dah tunang ke apa ke. Korang kena berani hadapi cabaran-cabaran yang bakal akan diberi oleh Allah, okay? Jangan lemah. Jangan kuat menangis. Aku tahu, bercinta tu, orang kata senang apa semua. Kata itu hanya pada mulut, kalau suruh buat, aku rasa orang yang berkata tu pun tak boleh nak hadapi. So, kalau rasa-rasa tak mampu, jangan buat. Kalau nak diuji, berani buat berani tanggung. Okay? Kunci untuk teguhkan tiang pohon cinta ni senang je.
Kepercayaan
Kesetiaan
Kejujuran
Kesabaran
Terima seadanya.
Itu je yang korang kena ingat. Kalau rasa-rasa tak sampai ke tahap ni, cepat-cepat ubah tau? Aku doa kan korang bahagia sentiasa :) Sentiasa! Chaiyok. Khalifah dimuka bumi masih boleh berdiri tegak! Jihad kerana cinta kan Allah. Yeah. Jom aku cerita pasal jodoh pulak. Mesti tak sabar kan nak aku cerita? Haha. Hmm, jom jom jom.
Jodoh? Selalu orang update blog pasal ni kan? Bila aku check kat google, apa tanda-tanda jodoh? Diorang akan post dalam bentuk yang sikit je. Maksudnya, pecahan tak banyak. Meh aku cerita berdasarkan pengalaman aku. Aku ni suka kutip pengalaman sebab kutip pengalaman boleh ajar diri ni semakin berdikari. Boleh ajar diri ni semakin matang. Bijak berfikir. Lagi satu aku ni orang yang suka berfikiran panjang. Aku akan berfikir apa yang akan berlaku dulu. Haha, kalau siapa tak kenal aku tu, maaf lah. I am an official girl, without any specialize of anything. Haha, hanya insan biasa. Tiada apa yang menarik pun.
Okay, jodoh ni adalah perkara yang sudah ditentukan oleh Allah. Dengan siapa kita akan bertemu atau bersatu, Ciri-ciri yang bagaimana? kacak atau cantik? Pandai atau kurang pandai? Bekerjaya atau tidak? dan sebagainya. Semua dah tertulis di Luh Mahfuz. Tahu kan apa tu? Buku Allah tentang kehidupan manusia. Allah sudah aturkan hidup manusia dan dicatatkan dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Luh Mahfiuz. Meh nak cerita sikit lagi ni. Alolo, bunyi macam nak habis kan? Hihi. Bereh.
Kalau nak tahu dia jodoh kita kan? Korang ada rasa tak macam apa yang aku cakap ni? Yang aku nak bagitahu ni? Contoh: Bila korang cakap tentang dia, tak kisah cakap dalam hati atau cerita pasal dia kat kawan-kawan korang, atau pada diari ke, bila korang rasa sebak, haa, itu adalah salah satu tanda dia betul-betul jodoh korang. Bila korang rasa rindu yang sangat-sangat, sampai menangis-nangis, itu pun tanda-tanda jodoh. Lepas tu, bila korang duduk diam-diam, tak kisah lah kat mana-mana, sorang-sorang, tiba-tiba terasa macam dia dekat dalam hati kita, itu antara tanda-tanda paling dekat, yang boleh kita rasa. Siapa kata rindu seseorang tu tak sakit? Sakit tau. Menangis-nangis bila kita rindu seseorang. Lagi satu, ni aku nak cakap sikit, Tak payah nak cerita-cerita kisah percintaan korang kat orang yang tak pernah bercinta ni. Diorang tak tahu apa-apa. Kalau nak cerita sangat, pergi duduk diam-diam. Minta Allah sampaikan rasa rindu tu pada si pasangan. Okay? Hehe. Okay lah, itu je yang boleh aku share, nanti aku cerita lagi :) Selamat malam!
Tq ..
ReplyDeletesa tak macam apa yang aku cakap ni? Yang aku nak bagitahu ni? Contoh: Bila korang cakap tentang dia, tak kisah cakap dalam hati atau cerita pasal dia kat kawan-kawan korang, atau pada diari ke, bila korang rasa sebak, haa, itu adalah salah satu tanda dia betul-betul jodoh korang. Bila korang rasa rindu yang sangat-sangat, sampai menangis-nangis, itu pun tanda-tanda jodoh...
ReplyDeleteHaii ada2 je tipu ahhh😅
Tak tipu awak..
DeleteJodih pertemuan namanya..
Jodoh tuk berkasih sayang..diizinkan olehNya..
Just my 2csnts😊🤭