Bismillah,
Selamat pagi korang! Ngee. Hari kedua puasa. Pagi-pagi bangun awal. Sebab kelas seperti biasa, pukul 9 pagi. Aku siap-siap, pergi pukul 9:30pagi. Ainul dah pergi dulu, tinggal aku dengan aisyah je kat rumah. So, aku pergi lepas ainul. Hari kedua puasa, sahur tadi aku makan roti gardenia coklat 2 ketul dengan minum milo secawan. Lepas tu, biskut marrie 4 keping. Alhamdulillah. Cukup lah dengan makanan tu, aku bersahur. Tak apa, suka dan itu lah rezeki aku untuk aku sahur kat rumah sewa tanpa mak dengan ayah dengan adik kat rumah damansara. Redha :( okay, lepas je sahur dengan diorang, seperti biasa, ainul, kak aisyah dan kak nik, aku diam, dan terus naik ke atas. Sampai je kat bilik, tidur sekejap. Sementara tunggu azan subuh :) Solat. Okay, lepas tu tidur balik. hihi~ Terukkan?
Dari Ibn Qaiyim :
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."
Heheh, okay. Tarbiyyah untuk diri sendiri, jangan tidur wahai puteri Ainina Moxie. Nanti bila dah tidur subuh, anda jadi malas untuk buat kerja~ So, buat lah apa-apa yang patut, okay? :) hihi. Dah bangun, siap-siap. Datang kolej. Terus masuk kelas, bukak lappy, Online sekejap. Hahah! Check notifications dan emails. Alls. Tup tup tup..
kak wan (seorang lecturer kami yang sangat lemah-lembut). dia kata kelas pukul 10 baru mula sebab nak tunggu kawan-kawan yang lain. Em, boleh tahan. Sementara tu, aku online la facebook page dan update blog, kikiki.
Memandangkan jam dah pukul 10 pagi. Kelas pun dah mula. Apa lagi, kitaorang pergi ke Library untuk buat kerja masing-masing. Tugasan yang kak wan bagi kena siapkan. hahah! Belajar tentang MICROSOFT EXCEL 2007. Tapi aku punya M.E 2010 :) HEHE, bangga seh. Nak tengok tak gambar buku tu? hihi.
macam mengong je muka aku :P muka orang puasa memang macam gini, hihi. comel kan? kan? kan? Okay, dah settle buat assignment kak wan, aku pun pasanglah broadband maxis aku ni ha, dan update blog aku ni ha :D hihih. Selamat membaca, jangan ikut perangai aku tau, ada kelas, sempat lagi nak update, hahah! Gengster :P hihihi
Nuffnang Ads
the sibs (;
Tuesday, August 02, 2011
Raihan Vs Pelajar Kolej Restu
Bismillah,
famous tak kami? Lol. Hihih.
*
*
*
*
cop-cop. Ada dua org hilang, aisyah dan kak su! Mana mereka? HEHE. Tak apa lah, yang penting, kami dapat bersama raihan! Kikiki :P
Terima Ujian Allah dengan Redha
Bismillah,
Sekali lagi hembusan dari paru-paru terus ke mulut. Membuka Blog ini untuk mencoretkan sesuatu yang sangat perit, yang tersimpan di dalam hati mahupun fikiran. Ahh! Ujian dan Ujian. Allah maha Adil. Ingat Nina! Ramadhan ini, terasa sangat-sangat sayu. Entah mengapa? Sayu dengan tangisan yang terbuku di dada. Menjalar-jalar masalah tanpa memotong tali untuk memberhentikan masalah itu. Buntu. Allah itu Maha Berkuasa. Dia memberi ujian tanda sayang. Ramadhan ini, solat terawihku, ibadah puasaku. Rindu seperti tahun-tahun yang lalu. Ke mana kemanisan itu semua? Hilang? Tak bersemangat? Atau Malas? Ya Allah, kuatkan diri ku untuk menghadapi segala Dugaan yang Engkau beri pada ku.
Antara Ujian-Nya yang aku hadapi masa puasa ni, masalah bersama 'sidia', masalah kewangan, masalah hati dan jiwa, dan kehidupan :) Tak apa lah, terima je, tetap boleh senyum. Hihi, Berdoa selalu pada Allah, tak kira lah lepas solat ataupun tengah duduk sorang-sorang, moga dimakbulkan doa anda, kan? kan?

Teruskan perjuangan wahai Ainina
Okay, insyaAllah. Katakan pada diri sendiri. Jangan katakan saja ainina moxie, tapi lakukan nya. Allah sentiasa ada bersama :) selamat berjuang untuk menjadi umat islam yang disayangi oleh Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)