Nuffnang Ads

the sibs (;


Tuesday, March 01, 2011

Let me out from this sadness world !

Bismillah :

wahhhhh! Tolong lah, aku cuma boleh kata yang aku memang tengah dalam mood sedih dan serabut. Semua benda yang aku buat, semua salah. Apa aku buat, semua tak kena. Makan tak kena, nak call orang takda mood, nak keluar lagi lah! Ape tah lagi nak suruh aku berjumpa dengan orang. Ish, aku rasa sekarang ni, aku ada sorang-sorang kat tengah laut. Dah takda siapa nak tolong selamatkan aku lagi. Lemas dengan tangisan sepanjang hari. Lemas dengan tipu dunia. Lemas dengan benda-benda yang tak sepatutnya datang dalam hidup aku. Setiap kali aku online, aku menangis. Menangis sebab rindu kan semua orang. Tapi dalam hati aku menangis hanya untuk dia sahaja. Rindu kan dia. Kenapa aku dah lain ni? Aku bukan Nina yang dulu lagi. Tolongg! Aku nak cari balik kemanisan Iman tu, aku nak cari kebahagian tu balik. Aku nak cari segalanya. Untuk aku terus berjuang demi perempuan dan maruah. Tak lupa jugak untuk agama islam! Jihad fi sabilillah. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Aku tak nak hanyut lagi. Aku tak nak lemah lagi. Tolong lah! Semua orang ada masalah tersendiri. Semua orang nak cari jalan keluarkan? Tapi aku? Gelap. Ya Allah, berikan lah hamba mu ini pertunjuk ke jalan yang benar, ameen. Aku bukan perempuan yang sempurna pada Allah, hamba Nya yang dah banyak buat dosa, setiap kali lepas solat, mesti aku nangis. Sesal dengan benda yang dah aku buat selama ni, aduhai~ Moga Allah ampunkan dosa hamba-hamba Nya.

Bila anak itik itu nak belajar berjalan, mesti dia cuba dan cuba dan terus cuba. Lepas dia dah pandai, dia berjalan dengan bersungguh. Dia sabar bila dia asyik jatuh. Bila dia jatuh, dia bangun untuk berjuang demi diri dia. Dia bangkit dari kegagalan. Dan akhirnya binatang itu berjaya. Aku nak jadi macam tu. Bangkit dari kegagalan. Kegagalan itu berpuluh-puluh kali, tak bermakna semuanya hancur bila gagal itu sekali, kan? Kita cuba banyak-banyak kali biar kita belajar dari kesilapan. Tak lupa jugak, pengalaman itu mengajar kita erti kedewasaan dan kematangan pada fikiran dan jiwa. Pengalaman itu jugak sebuah kenangan yang sukar kita lupakan kerana di mana ada suka, di situ ada duka. Langit kejap ada mendung, kejap ada cerah. Bila pagi, cerah. Bila petang, gelap. Manusia! Memang sifat manusia ada sedih ada gembira. Bila sedih semua hancur. Bila gembira, kita lalai. Astagfirullah! Semua kena berubah! ni dah 2011! Maut makin dekat. Antara sahabat paling dekat dengan kita ialah MAUT. Maut memanggil kita, tapi sebelum berjumpa dengan Allah, mesti bawa bekalan kan? Ya Allah! sedih bila nak ingat balik semua kejahatan yang kita pernah buat. Baik kecik atau besar, semua akan dipertimbangkan. Allah saja yang akan bantu hamba Nya kalau hamba Nya berusaha.

D - DOA
U - USAHA
I -ISTIQOMAH
T - TAWAKAL

itu lah perkataan yang paling orang suka bila bagi nasihat pada orang lain. Dengan 'Doa', mungkin Allah akan memakbulkan doa kita. Dengan 'Usaha', kita bertambah semangat untuk berjuang habis-habisan. Dengan 'Istiqomah' kita cuba jadi yang terbaik dalam sesuatu kerja. Dan 'Tawakal' pada Allah, kita berserah segalanya dengan Yakin :)

Pelangi itu indah.


Semua orang nak hidup dia macam pelangi kan? Indah je. Semua orang nak mimpi dia jadi kenyataan. Semua orang nak hidup dalam kemewahan. Takda siapa pun nak hidup dalam kemiskinan. Tapi kena ingat sebab rezeki semua datang dari Allah. Tak kisah lah, anak raja ke, apa ke, but still you have to be more 'humilition', kahkah! apa lah. Em, aku cuma nak kongsi je rasa je macam mana hebatnya hati tu bila ada pelangi yang datang teman. Pada remaja, diorang anggap pelangi tu macam temapt diorang share everything dengan orang yang dia sayang. Macam aku kata kat entry post sebelum ni. Bila pagi, matahari datang teman kalau orang yang kita sayang busy. So, dia tak dapat teman kita. Bila Hujan, tanda dia rindu kita, dan lepas tu, keluar lah pelangi yang indah untuk jadi teman baik kita, wahh~ Lagi-lagi bila dating :P (berangan sekejap)..hehe, jangan marah, nanti kening roboh. Hahaha~ apalah! Tapi memang betul pun, mesti bestkan bila ada orang teman kita waktu suka dan duka. Mana kita pergi, dia sentiasa ada. Bila kita titiskan air mata untuk dia, dia kata 'sapu air mata tu', whoa! Very gentlemen tau.  Takpe, aku tahu semua perempuan impikan dream wedding yang macam ala-ala kayangan kan? :P Lelaki akan datang pada perempuan dan cium tangan perempuan sambil tu, dia ajak menari, ceh ceh :) romantic gitu! hihihi.


Hah! Kek yang berwarna putih. Gown yang berwarna putih. Dan semua lah kalau boleh nak warna putih. Wah wah! Kalau jadi kenyataankan bagus. Alhamdulillah, dan soon anak pun macam orang putih. heheheh~
Aku sekarang ni, nak fikir pasal kahwin, masih mentah lagi. Tunggu 20 tahun, aku kahwin, kalau ada jodoh dan rezeki. InsyaAllah, doa kan aku tau, sayang-sayang aku semua yang tengah baca blog aku ni. Aku pun doa kan korang semua supaya dapat jodoh yang baik, insyaAllah :)

ORANG KATA: kalau kita berangan, mungkin akan jadi kenyataan.

Kahkah! Okay, mesti semua perempuan suka bila cakap pasal baju pengantin, tempat pengantin akan memulakan makan beradap, dan sesi bergambar bersama.


PINKKKKKKKK!
aku suka gila.

Gahgahgah! apa-apa pun, doa sama-sama moga mimpi kita jadi kenyataan, ameen <3


Ukiran Cinta

Bismillah ,

Ukiran Cinta, tajuk yang akan aku publish pada orang ramai, tajuk novel pertama aku. Terima kasih si Dia. Moga tenang dan mendapat hidayah dan pertunjuk. Ukiran Cinta sebagaimana cinta itu diukir dengan kata-kata manis bila sesebuah pasangan itu saling mencintai antara satu sama lain. Kan? Dalam kehidupan kena banyak sangat bersabar, terutama untuk berpasangan. Ahh! Allah uji macam-macam sebelum menjadikan kita yang hidup dalam keredhaanNya. Mencari Cinta Allah, dan Allah letakkan kita keseorangan hingga dia temukan kita dengan orang yang betul-betul jadi pilihan kita sampai syurga. Sunyi sangat bila takda siapa yang teman hati dan jiwa kita, kan? selain Allah, manusia perlu mencari cinta sesama sendiri. Allah uji untuk ketabahan, kesabaran,kesetiaan, keimanan seseorang itu. Ya Allah! Bantu lah kami mencari kebahagian di dunia dan di akhirat.

Bila perempuan itu mencintai lelaki itu, dia cuba untuk rasa kebahagian dari lelaki itu. Dan bila lelaki itu melepaskan perempuan itu, perempuan itu akan kecewa dengan seribu tanda soal. Ahh, sedihnya rasa. Sayu rasanya, sebak dada. Itu tandanya Allah uji kesabaran seorang wanita apabila dia sedang dilamun cinta. Orang kata bila hati sudah sayang, cantumkan supaya menjadi hati yang bersatu. Dan bila perasaan seperti mana semua orang ada itu lahir, maka Cinta itu akan tiba. Dan saat mereka saling memerlukan, akan ada ombak yang akan melanda pada mereka. Ombak itu ibarat Dugaan yang datang dari Nya, dan semua akan digantikan dengan yang baru. Hadiah yang baru dari Allah. Subhanallah. Bila sesebuah pasangan itu sedang melalui saat duka, mereka hanya mampu untuk mengeluarkan air mata dan menitis di pipi. Yang hanya mereka mampu lakukan hanya dengan memutuskan ikatan yang belum sah. Saat itu juga, masing-masing akan membuat keputusan sendiri. Dan apabila cinta itu berhenti dipersimpangan, maka mereka akan memilih sama ada untuk putus selamanya atau sementara. Jodoh ditangan tuhan. Dan apabila kita mencitai seseorang, kita lepaskan dia pergi. Biar dia pergi jauh. Jauh mana pun, tapi kalau sudah ditakdirkan dengan orang yang dia suka, dia akan kembali pada orang yang dia suka. Susah kah nak cari cinta? Cinta itu berat tanggungjawab nya kan? dalam cinta kena bersabarkan? Untuk kaum hawa, sabar ya~ kalau nangis,nanti hati sakit. Jangan sedih ya. Lelaki memang diciptakan oleh Allah dengan hati yang terlalu keras. Ciptaan Allah itu sempurna. Sebab itu Allah hadiahkan Hawa pada Adam untuk mengetahui hati hawa, betapa lembutnya seperti kain sutera yang sangat halus.

Okay, entry post kali ni agak 'sad' sebab jiwa aku sendiri telah ditenggelami oleh ombak yang sangat besar. Hanyut pada perasaan sendiri. Hanyut dengan fikiran negative, tapi semua ni ajar aku untuk jadi lebih tabah dan sabar bila ada cabaran hidup. Kalau takda cabaran, mesti sunyi. Face the challenges with smile and strong! semua orang mesti boleh tabahkan? :)

Pelangi itu indah, Hujan itu nikmat.
Pengalaman itu duka, kenangan itu indah,
Suka itu sihat, Duka itu sakit.
Dan dalam suka ada duka,
Dalam bahagia ada keperitan.

Harap semua boleh senyum :)