Hari ni hari Jumaat, penghulu segala Hari kan? Memandangkan aku kat Rumah Nenek aku, semua orang lelaki pergi solat jumaat dan aku pun mula kan cerita aku yang serba-serbi cool ni. Ehem, Hari ni semua orang ada. Pak long, mak long, pak ngah, mak ngah, pak lang, mak lang, mak andak, mak uda, pak uda, mak uteh, pak uteh, mak usu, ucu. Cucu-cucu nenek dengan atuk pun ada semua. Amboi~ semua dah besar-besar, dah tinggi-tinggi,dah lawa-lawa. Lagi-lagi Ainina Moxie, cucu kesayangan dia yang comel plus manja ni. Hari-hari kena cium dengan atuk sebab manja sangat. Haha, jangan jealous, anda mampu mengubah segalanya menjadi positif. Okay, pagi-pagi aku dah kena bangun awal, tidur punya lah lambat. Pukul 1.26pagi tidur, bangun pukul 8.30pagi. Nasib baik mata ni larat nak bukak, kalau tak kena marah kena bangun lambat. Anak dara tak elok bangun lambat, nanti lelaki kawin ramai. So, baik aku bangun awal :P Bangun je, aku mandi , siap-siap nak balik Kuang, sg.buloh. Tak sempat den nak makan pagi. 30 minit je mak aku bawak kereta, laju kan? Em, sampai je Kuang, aku terus salam my uncles and aunties.Lepas tu terus pergi dapur untuk carik makanan.. Laparr~ tak senonoh betul perangai aku ni. Hahaha~ takpe lah , belum nak kawin lagi :P Okay , lepas makan, aku lepak dengan cousins pulak, Tup tap tup tap, mak aku panggil kuat-kuat:
TOLONG NENEK KAT DAPUR CEPAT, SEMUA ANAK DARA KENA BUAT KERJA.
aku pun dengan keadaan terpaksa, bangun lah dengan buat mulut muncung. hehee, comel je muka aku masa tu. Aduh, kena lap pinggan, kena sapu lantai, kena buat macam-macam. Tapi malangnya , aku dapat kerja yang paling senang :P hahaha~ sapu lantai dan terus keluar bersama Najidah untuk teman dia main buayan kat luar. Best! Kawasan atas bukit pulak tu.
Yeah! Teman dia main buayan kat luar. Buayan tu buat sendiri je, Kami tak mampu nak beli pun , Haih. Duduk kampung lagi best sebab semua nya Natural. Haa~ Lepas main buayan , semua kena masuk. Masa untuk makan besar bersama Family di Kuang ramai-ramai. Semua balik. Makanan pun sedap. Ada gulai nangka, ayam masak merah, sambal belacan, Tempe, ikan goreng, Sup sayur, dan air sirap oren yang mak long aku buat, Fulamak! sedap, Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni :)
Makan besar Raya Cina Bersama Keluarga CINAYU*
cinayu yang telah diberi nama oleh kakak sepupu aku, Siti Norhidayah.
Em , tujuan MAKAN BESAR ni untuk menyambut ketibaan Hari Pertunangan Abg sepupu aku yang Amat Berhormat Intan Payung Umbrella Purple Abg aleh yang akan kawin dengan Puteri Lilin yang sangat putih molek cumil iaitu Kakak Salmia, kak mia aku. Wah! Tak lama lagi, aku dah ada kakak ipar sepupu. Mengarut betul aku dengan kak dayah aku ni. Hahaha~ Dah lepas makan, semua orang mengantuk. Aku pun tak tahu lah Kaum Adam yang lepas makan tadi tu, tertidur kat masjid dengan pak imam sekali akibat makan ayam masak merah tadi. Wallahualam.'