Bismillah .
5Dec2010 .
Bangun tidur 9.00pagi kerana terlalu penat sangat. Tiba-tiba dapat call dari abg..Diangkat dan manjawab. Astagfirullah .. Betulkah apa yang aku dengar ? 'Adik , abg ad dah meninggal !' ..Ya Allah !
Air mata mula bergenang , dan akhirnya jatuh ke pipi. Sedih ! Dia pergi dulu dari kami . Allah lebih sayangkan abg ad . Bila di tanya semua orang , kenapa ? apa jadi ? siapa buat ? Hanya Allah saja yang tahu . Aku tidak mampu melawan Takdir . Menerima Qada' dan Qadar dengan hati yang terbuka . Mencari-cari nombor mama , nombor kakak ita . Menangis2 .. Tiada lagi tempat aku meluahkan isi hati ,tiada lagi tempat aku melepaskan rindu kepada seorang abg yang selalu memahami isi hati adik nya . Rindu suara abg ad , rindu gelak-tawa dia .Rindu segalanya yang ada pada dia . Dia abg yang sangat penyayang .. Tapi apa kan daya , Allah mencabut nyawa dia sebelum kami pergi . Kesian sangat ..Hati ni terasa sangat berat nak meneruskan cerita ni .Ya Allah ! Kau kuatkan diri ku ini ..
Pagi tu , 10 pagi . Aku terpaksa bergegas ke Karak. Sedih ! Macam mana wajah abg ad ? macam mana dia akan lalui perjalanan alam barzah , macam mana dia akan tempuhi ? Ya Allah ? Engkau Maha Berkuasa .
Uhibbullah . Tapi apa-apa pun Hidup Mesti Di Teruskan . Jihad Fi Sabilillah . Mesej-mesej dari kawan aku , aku tidak sempat untuk membalas dalam keadaan sedemikian . Apatah lagi , kehilangan abg yang tersayang .
Mempelajari segalanya dari dia . Merindui dia setiap masa , detik , sepanjangnya .
Sampai saja di Hospital Bentong , aku bergegas ke mama .. Peluk dengan erat . 17 tahun tidak pernah berjumpa , Mama yang terlalu sedih .. kakak2 pun sama . Kak ngah , jangan nangis ye ? Kita sabar je .
Kakde , kesian akak .. Nina faham semua tu . Tapi malangnya , Nina perlu sedikit masa untuk kenal korang semua . Abg yut , jangan sedih . Ingat pesan adik k ? Yang hidup pasti mati . Ada hikmah semua ni berlaku .
Biarkan abg ad pergi dengan tenang . Kita sedekahkan Al-Fatihah untuk dia ramai-ramai . Jangan diingat lagi bagaimana kejadian itu berlaku . Cukup la orang-orang yang ada di hospital itu tahu . Cukuplah keluarga kita tahu .. Tidak perlu untuk menceritakan dekat siapa-siapa pun .
Masuk saja di Bilik Mayat . Aku terkejut , tetapi aku dapat rasa roh nya terlalu seksa . Kesian .. Aku tahan air mata . Mama minta imam itu yang uruskan . Mandi , Kapan , dan solat jenazah ..Tawakal saja pada Allah supaya Dosa-dosa nya di ampunkan . Amin .. Abg ad yang selalu saja menemani aku ketika aku sedih ..
Sudi mendengar semua masalah . Ahh ! Dia tidak ada lagi . Nina kena terima ...
Teringat pula kata-kata dari dia sebelum SPM .
"Adik , buat exam betul-betul , biar dapat A+ . Nanti abg belanja kalau lulus SPM .."
Ya Allah ! Sedih nya bila teringat . Sayang sangat dengan Abg ad . Bila orang yang kita sayang pergi dari kita, mesti ada sebab kenapa Allah buat macam tu kan ? Redha saja . Semoga Dia aman dia sana .
Buat kawan-kawan yang baca , minta sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah . Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kamu semua , amin .