Bismillah dan Alhamdulillah .
Gembira bila masuk tahun baru. Semua Kenangan pahit & manis telah tersimpan di dalam dada ni.Cewah! hehe , bila tahun baru masuk , semua nya mesti lah kena baru :) Azam baru , matlamat yang berkesan dan jiwa yang mantap daripada negatif berubah menjadi positif, kan? 2010 ,apa yang saya ingat? Em. Let me share about me to you.
School :
Aha, sekolah? cerita pasal sekolah , masing-masing ada kenangan sendiri kan? Cikgu-cikgu, kawan-kawan.Oh, tak lupa juga pak cik guard sekolah. Wah! rindu pula bila cerita pasal sekolah ni. Nak tahu ke apa yang menarik? Haih. Macam biasa lah, waktu mula-mula masuk zaman remaja, form1, mesti lah kita rasa pelik. Sudah pula baru keluar dari zaman budak-budak dan terpaksa untuk meneruskan hidup ke zaman remaja .Huih, memang banyak cabaran nya. Kalau dulu, masa sekolah rendah, semua matapelajaran kita telan.Dapat jadi Anugerah Pelajar Terbaik , Dapat 100% bila ujian , Dapat hadiah best-best. Haha..Sekarang? Sekolah Menengah? Fulamak! Berat nya rasa nak belajar sungguh-sungguh sebab terlalu ramai kawan-kawan dari sekolah yang pandai-pandai. Mak kata, kita jangan takut dengan dia orang, tapi kita saing habis-habisan dalam kelas. Bukan nak suruh gaduh, tapi belajar dengan bersungguh-sungguh biar orang tak pijak kita :) Okay lah tu, cerita sikit-sikit je . Hehehe, Jom tengok cerita lain pulak .
Sick of it :
Lol!Cikgu jerit sampai habis air liur :P Mintak maaf ya cikgu-cikgu saya. Jerit tanda sayang kan?Tapi kami tak pernah nak ikut cakap cikgu bila kat sekolah. Asyik nak melawan saja. Cikgu kata sepatah, kita lawan balik sampai 10000 patah. Dah patah dah gusi ni ha sebab lawan cikgu. Haih,tak baik betul budak-budak sekarang. Mana belajar nak berkat. Kalau dulu, cikgu ajar, kita keluar ikut pintu belakang. Hahaha..sangat degil, degil dan degil. Bila cikgu disiplin panggil, mula lah main kejar-kejar. Cikgu tu dekat block A, kita berlari ke Block B, sampai berpeluh-peluh kejar-mengejar sesama murid :P GURU VS MURID. Memang patut keluar berita pun, hihi. Tapi bila kenang balik, rindu sangat. Tapi nak buat macam mana? Waktu persekolahan dah habis, kita bagi lah peluang untuk adik-adik kita pulak kan? Cerita pasal masalah, masa sekolah dulu, mak hantar ikut pintu depan , kita keluar ikut pintu belakang,ish-ish, teruk nya. Haha. Semua nya pahit dan manis,seronok. Kesian cikgu tu kena cari sampai dapat.Takpa lah cikgu, saya doa moga anak-anak murid 2011 ni tak nakal macam kakak dan abang-abang senior 2010.
Em, hehe, lucu nya 2010 ni. Harap-harap 2011 ni dapat sesuaikan diri ni dengan zaman dewasa pula.Dan tak lupa juga,semakin hari semakin tua,maut pula yang semakin tiba.18/1/2011,Oh,genap lah saya 18 tahun. Nak buat apa ya? Azam baru?Oh. Nak tahu jugak? Ish-ish, tak malu betul, okay lah , saya cerita.
1) Nak kuruskan badan
2) Nak jaga kulit muka
3) Nak calon suami untuk khawin cepat
4) Nak get ready untuk tolong Family*
5) Nak pakai purple bila keluar outing mana-mana
Hehe, cukup lah tu, 5 saja.Buat apa tulis bnyak-bnyak :P thanks tau sebab baca, jangan lupa Wish Happy Birthday untuk budak comel ni <3