Nuffnang Ads

the sibs (;


Sunday, February 27, 2011

Pengetahuan untuk cinta hati saya.

Bismillah ,

INI BLOGGIE SAYA, SUKA HATI SAYA NAK TULIS APA.

Okay, semua orang dah tahu siapa kekasih hati aku, kan? kan? kan?
aduh, malu nya aku~ Menyesal pergi promote kat facebook tu ha. ahaha.
Akym shamy atau Akimi Shamin. 
Anda memang yang terbaik untuk saya.

*sorry untuk penggunaan Bahasa Merepek*

Sayang dia untuk sepenuh jiwa raga ku. Anda sangat terbaik untuk saya.
cewah! berjiwang-jiwang pulak dah kita ni ha. aiseyy!
 aku suka dia , aku cinta kan dia. 

Ya Allah, terima kasih pada Mu.
Hanya engkau aku berserah. Dia menguji keimanan aku.
Dia ingin aku mencari kemanisan iman itu dalam solat.

Wahai Akimi Shamin ;

Maafkan Nina kalau Nina buat salah pada awk.
Nina sayang Akym sangat, no matter what!
You are my first and my last, insyaAllah.

Memories from 11/2010 .

Setiap malam awk teman kita tidur, menghiasi mood kita. Awk Buah Hati saya, awk ada bintang kan?
Bintang itu adalah saya, awk putera saya. Rindu dia sangat. Cewah!

Hanya untuk 18 tahun dan ke atas sahaja ya* :P

Em, pape pun sayang dia sangat walaupun jauh pada tempat dan dekat dihati <3


hanya untuk dia saja :)
sayang dia saja :)
<------ ------->

Ainina Moxie :) <3 Akym Shamy

Princess of the crazy girl
 +
Prince of the crazy boy
=
KING AND QUEEN OF THE MEREPEK 24 HOURS .

Merentasi Ombak sebelum ke tebing.



Okay, gambar aku masa kat cameron. Untuk tenangkan hati aku :)

topik 'Merentasi Ombak sebelum pulang ke tebing'
aduhai! semua nak kena bagi semangat untuk lawan negatif tu kan? but it's okay, semua orang belajar dari kesilapan masing-masing. Jangan takut untuk lalui benda negatif sebab itu akan jadi pengalaman hidup kita dan pengalaman itu akan ajar kita untuk jadi lebih matang dan lebih rasional. kan? kan? Aku doa kan untuk semua umat islam yang baik-baik saja. Okay, mengenai topik ni, aku sebagai manusia biasa yang ada buat dosa, cuba untuk jadi yang terbaik. So, step pertama untuk maju dan berubah, mula kan hidup ini dengan satu keberanian untuk tempuh segala cabaran.

 seperti mana dalam gambar kat bawah ni, berani untuk pandu kereta sebelum di uji dengan JPJ.

okay, keberanian? apa benda tu ha?
Berani untuk buat apa saja, bukan buat benda merepek ye, tolong jangan buat kerja bukan-bukan wahai orang melayu. Kita tempuh semua sebelum ke arah bahagia dan ceria. Biasa lah, kalau kita hidup tanpa cabaran, tak best lah kan? kena lah ada cabaran sikit, biar kita tahu yang tak semestinya dalam game pun ada obstacles :P aku pun nak kena berubah jugak, semua orang nak berubah jugak. Tapi bukan boleh berubah sekelip mata je, kena lah berperingkat-peringkat, kan? kalau nak ubah diri tu secara drastik memang tak menjadi lah. Yang penting kena sabar, jangan gopoh. Oh, lagi 1 aku nak bgitahu kat semua orang ni.

JANGAN CUBA JADI ORANG LAIN!

hah, faham kan? makna nya jadi lah diri sendiri, tak payah jadi orang lain. Buat penat badan je. Apa guna jadi orang lain? Bukan dapat apa pun, nanti diri sendiri yang penat, wakaka~ aku tolong ketawa saja. Em, kalau nak dapat apa yang kita nak, kena lah doa dan sabar, Tak payah nak gelabah-gelabah. Aku pun ada personaliti tersendiri, aku adalah aku. Kau adalah kau! Jangan nak tiru orang je kerja. Allah dah bagi kelebihan pada semua hamba Nya, kan? so, apa lagi? Guna kan kelebihan yang Allah bagi tu :)

Penat plus Happy .

Bismillah ,

Alhamdulillah, hahaha~

Tahniah untuk kak mia dan abg aleh sebab dah bertunang, wkakakaka :P apa-apa pun semalam memang best dan terbaik. Jalan jauh tu, dari kuang,sungai buloh ke Johor. 1 je aku bengang, aku nak shopping, duit habis, aduh. Melepas lah shawls, dah lah murah, lepas tu duit habis pulak, ini lah akibatnya kalau seseorang itu boros. Duit tu keluar macam air. Laju je, kan? Teruk betul aku ni. Well, as usual, semua lelaki tahu kan, perempuan memang kuat shopping. Hehehe, jangan marah. So, kepada orang dah pikat hati saya tu, tolong sedia kan duit banyak-banyak, sebab saya suka shopping. haha, credit to AKYM SHAMY. hahaha, jangan marah wahai putera cute. Em, okay. Pagi-pagi dah kena bangun awal, pukul 6:20pagi, lepas solat subuh, aku mandi.. nak sarapan pun tak sempat. Mana tak nya, pukul 8 pagi dah kena gerak sekolah adik aku, aduh. leceh betul. Lastly, nasib baik boleh cepatkan masa. Afterthat, we went to Kuang untuk gather all of our families. Sebelum bertolak ke Johor, check everythings. Now then, semua okay dan perfect. Barang-barang hantaran tunang sudah siap!

Orange untuk kak mia <3 yeah, dan yang penting bakul buah-buahan nina comel ni tolong gubahkan :)

Okay, pukul 10 lebih aku pun naik kereta, semua bertolak. 7 kereta follow, aku dari pihak lelaki. Abg aleh yang cool dan ada sikit tak betul macam aku, hahaha. So, dalam kereta aku text lah sesiapa yang aku suka sementara belum sampai. Ouh, nampaknya semua akan berkumpul kat tol Tangkak. Ramai betul orang nak kahwin, aku pun nak jugak. ceh ceh, tunggu aku habis belajar, and kumpul duit. Aku kahwin, aku panggil semua orang yang aku kenal dan facebook / blogger punya kawan-kawan. Jangan lupa datang, kalau tak datang, aku nangis siang, malam. Hehe. Okay, dalam kereta, time aku tidur, ada pulak kawan-kawan aku ni nak bermanja-manja dengan aku. Call aku pulak dah, aduhai~ baru nak mimpi putera cium puteri nya, dah kacau line. Aku pun dengan suara tak sedap angkat ler panggilan tu ha.

Aku : ah kau, apahal ?
Member aku : saja nak manja .
Aku : eleh, kentut lah kau, aku tengah sedap tido kau kacau.
Member aku : alaa, aku nak kacau pun kau marah, jangan marah nanti kening kau roboh.
Aku : kurang ajar kau, kata kening aku roboh..

Belum sempat dia nak cakap, aku letak. WAKAKKAKA!
padan muka kau kawan, merepek dengan aku tak dapat apa pun, nanti kau yang penat.

Em, lepas je aku tidur. Tengahari baru sampai Johor. Semua orang pergi makan, apa lah. Aku tak makan pun sebab abg aleh kata tak payah makan, sebab kak mia dah masak untuk kiteorang, wah! TERIMAKASIH kak mia sayang :P sedap tau. Kari Daging memang the best! terbaik punya kari johor, hahaha. Apa-apa pun, semua orang suka TEMPE, aku tak makan pun. Semalam mak ngah aku tanya sedapkan tempe tu. Aku cakap sedap je. Padahal aku tak makan pun. hahahahha~ sorry tau mak ngah. hahaha.

Ceh ceh, semalam sempat lah aku bergambar dengan kak mia comel tu ha. Abg aleh dari kat kuang dah senyum-senyum. Duduk sorang-sorang senyum,haih. Memang macam ni ye kalau orang nak tunang ni? perlu senyum-senyum? hahaha~ jangan marah! Nanti bertambah tua :P hahaha, em. apa lagi? Lepas je sampai kat rumah kak mia, aku tolong bawak kan kek kuning kerabat di RAJA, semua orang tak berani nak bawak takut jatuh, so aku ni lah yang tolong bawak. Aku jadi ketua untuk masuk dalam rumah kak mia tu, alahai. Buat malu je. Ada ke patut orang kata aku yang macam nak kahwin. Ish-ish, tak kan lah aku yang nak kahwin dengan kak mia kot. Apakedehal pulak ni oi? aiseyy, aku pun letak lah kek tu kat tikar, duduk bersimpul kat tepi dinding. Datang pulak kaum adam untuk siapkan makan, cewah! Memang power lah. Ayam goreng besar, kari daging, gulai nangka, tempe, air sirap. Kak mia, sayang kak mia lah! Sampai je, aku terus snap gambar tok imam, hahah! sebab aku dah tak sabar nak suruh dia setuju untuk tunangkan abg aleh aku dengan kak mia ni ha. Dari tadi senyum-senyum je kerja. Apa lagi, lepas baca doa, diorang pun Ameen kan doa tu.

Dan sesi untuk melihat cincin tunang tu pun bermula. Cewah! Mak long, apa lagi sarungkan cincin pada bakal menantu anda, hahah! Hihihi, suka nya abg aleh tu ya, dari tunang, dan insyaAllah nikah pulak :P selamat maju jaya wahai pasangan romantic ini :P hahahha~ sakit perut aku ketawa sambil tulis blog ni. Lepas je sarungkan cincin, bincang-bincang. aku sempat senyum-senyum kat kak mia :P ceh ceh, macam nak mengorat je. hehehe. Oh lupa.

Kak mia : semangatnya nina ni..

dan nina patut jawab..

Nina : memang pun, kuat makan , dan kuat tido.

hahahhahahah! apa-apa pun, nina setuju sangat abg aleh dengan kak mia diijab kabulkan.

Em, dah pukul berapa? 4 petang kot. Kena bersurai, takut sampai malam nanti. On the way nak balik, kami sempat singgah air tebu kat tepi pondok tu, sedap gila. Nikmat Allah bagi pada hamba Nya, Alhamdulillah. Kenyang tau, heheh. Akhirul kalam, semua nya baik bila sampai kuang. Lepas maghrib, kami potong kek yang kak mia bagi pada abg aleh tu. cewah! warna hijau ye, romantic gitu, hehehe, sedap!!!~

Nina doa kan abg aleh dengan kak mia bahagia :D

Oh lupa, kepada BADRUL dan HELMY, anda memang terbaik, buat apa-apa semua sama-sama, wkakakka