spm spm spm |
Semua orang cuba membuat baik dengan kehidupan tersendiri . SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia di mana semua warganegara yang sudahpun berada di Malaysia Wajib mengambil SPM ini . Dan saya adalah antara dari calon-calon SPM sedunia , akan menduduki peperiksaan ini tak lama lagi . Fuh~
Terasa bahang kerisauan dan ketakutan . Tapi apa boleh di kata kan ialah , kita bersabar dan berdoa selagi kita hidup dalam keadaan yang sempurna . Insya-Allah . Saya sebagai Hamba-Nya hanya mampu untuk bersujud kepada Allah kerana Allah itu Tuhan ku yang Maha Esa
Memandangkan ada 3 minggu lebih sahaja lagi hari untuk sampai ke detik ketakutan itu , saya sedang bertungkus-lumus untuk belajar bersungguh-sungguh . Ya Allah ! Sangat sakit kepala ni . Tapi tak apa la , 3 minggu sahaja lagi untuk sekolah seperti biasa . Kemudian nya , baju sekolah itu tidak akan saya guna lagi .
Sedih yang teramat sangat ! :(
Tiada Tuhan melainkan mu ya Allah , dan Nabi Muhammad itu pesuruh mu ya Allah .
Kita mengangkat jari itu semasa takhyat awal dan akhir . Rasa seperti mahu saja saya mengalirkan air mata ini. Sedih pula bila melakukan nya . Mahu saja saya pergi meninggalkan alam ini , dan berjumpa dengan Tuhan ku , Allah dan juga Nabi ku , Muhammad .
Rasa nya , SPM itu sekali seumur hidup . Pejam celik , sudah 1 tahun setengah saya bersekolah di SMK tropicana . Sedih sungguh untuk meninggalkan zaman sekolah , dan tidak sabar juga untuk masuk ke alam dewasa . Masa itu EMAS ! Masa itu jangan guna untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah !
*OKAY , SAYA CUBA BUAT YANG TERBAIK !*
''Kata Nina nak pergi Mesir . Ha , SPM ni buat baik-baik tau ''
Terima kasih kawan-kawan yang selalu bagi sokongan murni .
Ouh , tak sabar rasa nya nak ke negara orang lain . Berharap agar degree yang saya mahu kan
itu tercapai dengan berkat dan keredhaan Allah , Amin . Insya-Allah !
Niat baik , insya-Allah , akan di makbulkan doa nya . Harap-harap pun begitu juga .
UNIVERSITY AL-AZHAR , MESIR .
insya-Allah ! =)