Bismillah,
Selamat petang untuk pembaca-pembaca bloggie. Adui, aku ni kejap ada, kejap takde.Dah macam biskut chipsmore pulak. Alahai~ Ouh tidak, dari masa ke semasa. Macam-macam masalah datang. Masalah tak pernah berhenti pun. Macam ombak datang tanpa di undang,kan? Haih. Kadang-kadang kita rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih. Macam awan. Kejap cerah, kejap mendung. Ya Allah! Biar Dia yang aturkan segala Nya untuk Hamba nya ni. Okay, cerita pasal life aku kat college, aku sekarang banyak keluar malam, siapkan assignments yang lecturer kasi. Adui, memang berlambak betul. Ponek den! Takpe lah, yang penting aku siapkan kerja tu untuk dapat markah, Hohoh!Okay, aku pening gila fikir masalah aku ni ha. Dari muda sampai lah remaja yang dah nak ke alam dewasa ni, aduhai~ Sangat pening.
P/s: Nina, tolong kuatkan hati, jiwa dan diri kau. Aku tak suka tengok kau lemah. Aku nak kau yang dulu, ceria, bukan cepat terasa, cepat lemah pada sesuatu masalah. Ya Allah, kuatkan diri ku. Jauhkan diri ni dari maksiat dan zina, ameen.
Allah! Engkau lindungi diri ku ini. Aku terlalu lemah, sedih pada diri sendiri. Iman yang dulu runtuh. Mana hilang? Aku bukan macam tu! Aku adalah aku. Ya Allah, tangan sudah bergetar untuk sambung menaip. Moga Doa korang menjadi pengukur keimanan nina dan kawan-kawan.