Nuffnang Ads

the sibs (;


Saturday, December 17, 2011

Satu perasaan yang sering menjadi teman dikala sedih.

Bissmillah,

Hm, selamat pagi korang. Harap ada yang dah bangun. Blogwalking, Hey there! Cuba nak share kan sikit tentang perasaan yang boleh membuatkan korang semua sedih. Iaitu, menangis. Urghh! Siapa yang tak pernah menangis tu, tak tahu nak kata apa kan? Okay. Dinafikan bahawa semua orang pernah menangis. Pernah berkawan dengan air mata. Tapi ingat, tika kita sedih, disitulah Allah menemani kita. Tahu kan macam mana rasa nya bila sedih itu datang. Hati kita bagai dihiris-hiris. Hiris yang paling hebat. Ditoreh. Sedih. Pedih sangat bila menangis. Ada orang kata menangis itu bagus untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Ada orang kata tak bagus sebab nanti bertambah pedih. Hm, pandangan orang kan. Lain orang, Lain pandangan nya. Okay, apa yang aku nak share ni. Perasaan sedih ini ibarat hujan, yang turun bagi meringankan awan. Faham kan? Bila kita menangis, ibaratkan segala kesakitan dalam hati itu hilang. Atau semakin berkurangan. Allah sentiasa ada bersama dengan orang-orang yang sabar apabila diuji. Dia sentiasa ada dengan hambaNya yang memerlukan Dia. Dia adalah Tuhan yang paling istimewa dalam hidup. Dan Tidak ada tuhan lain selain dia, Allah.

Sedih ni perasaan yang korang akan lalui bila Allah uji sikit. Dia uji tanda kita diingati. Bukan dipinggarkan, atau dibenci. Dalam sebuah perjalanan, akan ada liku-liku yang berbeza bagi setiap orang. Dalam liku-liku akan ada cabaran yang berbeza. Lain sangat. Tidak sama seperti orang lain. Sekuat-kuat mana korang cuba untuk lepaskan diri daripada ujian, kesedihan itu pasti ada. Jangan lari dari masalah sebab itu bukan jalan penyelesaian. Kesedihan itu lumrah manusia. Hidup ini seperti roda. Kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira. Tapi tak selamanya kita sedih. Tak selamanya kita gembira. Cabaran itu sentiasa ada :) Harap korang kuat, tabah untuk hadapi perjalanan hidup korang. Berdoa lah. Supaya Allah beri pertunjuk pada korang supaya dipermudahkan jalan-jalan itu.

''Allah sentiasa bersama orang yang sabar, tabah dan sentiasa berdoa''

Jadi, jangan bersedih. Nanti hati kamu pedih. Bergembiralah pada dunia. Kelak orang-orang yang berada disisi mu juga akan bersama gembira dengan kamu. Ya? :) Kuatkan hati, semangatkan diri. Chaiyok! Fighting! Yay.