Bismillah,
Em, selamat malam untuk semua. 9:16PM. Selalu waktu macam ni, aku banyak rehatkan badan. Kalau rasa mood tak berapa baik tu, aku call kawan-kawan aku yang sudi nak dengar masalah aku. Kadang-kadang aku nangis. Jiwa seorang perempuan lah kata kan :) Takpe, Allah saja yang tahu lebih banyak. Malam ni, aku agak sedih sikit dengan semua yang rapat dengan aku. Entah tiba-tiba je jadi macam ni. Bila teman mak pagi tadi, aku drive kereta pun rasa macam dah tak nampak jalan. Macam nak terlanggar je semua kereta. Fikiran aku tersentuh dengan semua benda-benda yang tak sepatutnya aku fikir. Macam-macam aku fikir. Family, diri aku, relationship, Friends. Aduh, aku takut Takut? Scare of everythings. Bila orang sibuk cakap pasal hari kiamat. Aku dah mula rasa takut dengan life aku. Bila aku pergi pasar pagi tadi, aku dah mula rasa resah. Takut dengan mati. Takut dengan maut yang kita tak tahu bila dia nak datang untuk panggil kita ke alam barzah! Astagfirullah. Hanya air mata saja yang aku mampu lepaskan dari kelopak mata. Sayu je. Teringat semua dosa-dosa. Teringat semua kejahatan di dunia. Aduhai~ Sangat tersentuh dengan semua. Bila kita buat baik dengan orang, orang mula kata macam-macam. Bila orang tu balas dendam, kita hanya mampu beri kan senyuman saja. Selanjutnya biar Allah yang balas :) Itu lah aku. Aku adalah aku.
Manusia. Sikap dan sifat tersendiri. Bagi diorang, hidup ni kena create. Kena hias. Hias dengan benda-benda yang melalaikan. Tapi aku takut :( Em, takpe lah. Aku serahkan kat Allah. Yang penting, setiap kali aku doa. Air mata aku bergenang. Getaran di dada mula rasa resah. Air mata berlenang. Nangis pada Allah. Segala dosa-dosa entah Allah hapuskan atau tidak.Wallahualam :( em, sama-sama lah doa. Dunia semakin hampir dengan kebinasaan. Kehilangan orang yang tersayang semakin ramai telah pergi dari dunia. Sedih dengan segala nya. Tapi apa kan daya, hidup kena teruskan. Jihad kerana islam. Bertungkus-lumus mengumpul pahala supaya ada bekalan di hari akhirat~