Bissmillah,
Selamat petang kawan-kawan! Harap korang sentiasa ceria dan gembira. Sihat wal'afiat. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati hari kawan-kawan ku. Yang susah, akan ku doa. Yang senang juga, akan ku doa. InsyaAllah. Hm, Petang yang sangat tenang cuaca nya. Matahari mula menjelma setelah hujan turun pada semalam dan semalamnya. Sangat sedih.
Mesti semua orang pernah bersedihkan? Tapi nak buat macam mana? Hati dan perasaan mengawal segala tubuh badan kita. Entry untuk hari ini, JANGAN BERSEDIH. Oleh kerana hati aku ni asyik meraung 24 jam. Entah apa yang dia mahu, aku pun tidak faham. Post ini juga, aku berpesan pada diri sendiri. Okay, hati wanita ini sangat-sangat mudah tersentuh jika seseorang atau diri kita sendiri tidak tahu nak menjaga nya. Aku selalu berpesan pada diri ku, Jaga lah hati kita sebelum menjaga hati orang lain. Ya, memang benar! Jaga hati kita sebelum menjaga hati orang lain sebabnya, kalau dah jaga hati kita, kita tahu apa yang hati selalu mahukan, mesti kita tahu apa yang orang lain mahu kan juga. Kata orang, Lain hati, Lain sikapnya. Lain orang, Lain ragam nya. Betul kan? Jadi. Tujuan untuk menulis tentang entry ini, untuk memberi sokongan pada kawan-kawan dan diri sendiri, termasuk yang tersayang.
Aku sebagai wanita. Sebagai pelajar. Sebagai anak. Sebagai hamba Allah. Aku tidak sempurna! Tetapi aku cuba untuk jadi yang sempurna. Mungkin kita tidak sempurna pada pandangan kita sendiri. Tetapi Allah kata kita sudah cukup sempurna. Sempurna dengan deria-deria. Yang boleh mendengar, yang boleh melihat, menghidu, menyentuh dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan hati? Adakah cukup sempurna? Adakah kita berzikir 24 jam? Ya Allah. Rasa sebak pula apabila bercerita tentang agama ini. Sedih. Teringat pula tentang dosa-dosa yang lalu. Tapi tak mengapa. Dia memberi ujian tanda sayang. Tanda mahu kita bercerita pada-Nya. Sempurna kan diri anda dahulu sebelum menyempurnakan hidup orang lain. Itu sangat-sangat baik! :)
Ingatlah, bahawa jika hati bersedih itu, bukan tanda dia keseorangan, tetapi ada yang bersama nya. Iaitu Allah. Manusia itu hanya ujian sahaja. Datang dan pergi. Apabila kita memerlukan seseorang itu tika dihari susah, mereka akan melepaskan diri. Apabila kita menghadapi hari yang seronok, gembira, senang, mereka akan kembali bersama. Itu lah perangai dan lumrah manusia. Tiada siapa boleh tolong untuk mengubati kesedihan selainNya. Ya Allah, rindu pada mu. Apabila aku sujud, aku berdoa di dalam hati, semoga Dia saja yang mempermudahkan urusan dan hubungan ku bersama dia. Ketika aku sujud, aku merelakan air mata itu jatuh ke tikar sembahyang. Ketika aku sujud, hati ku tidak berhenti berdebar, menahan rasa sakit yang bersungguh-sungguh apabila berdoa. Masya'Allah. Dia maha Mengetahui. Dia tahu aku kuat! Dia tahu aku tidak peduli pada cacian dan maki daripada mulut orang lain. Dia tahu aku tabah untuk hadapi. Kerana aku diuji, kerana DIA SUDAH TAHU bahawa aku mampu kehadapan. Tahu kah? Ujian-ujian Allah itu indah. Mempunyai hadiah yang paling istimewa yang boleh membuat seseorang itu tidak tahu untuk berkata apa, apabila Allah memberi jalan untuk dia tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sungguh! Sangat menakjubkan. Betapa hebatnya cinta Allah pada Hamba Nya. Sayang sungguh Allah pada makhlukNya. Terima kasih ya Allah.
Mulai dari hari ini, aku tidak akan bersedih kerana ujian mu. Aku tidak akan bersedih kerana keluhan ku sendiri. Aku mampu untuk maju kehadapan. Syukran ya Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalaNya. Doa ku untuk kawan-kawan ku agar kuat, tabah dan sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun. Pahit atau tidak, telan saja. Jangan muntah, jika muntah, tanda kamu gagal! Apabila sudah dapat yang manis, dihisap lalu bersyukur lah pada Nya agar Dia permudahkan hari mu, tanda kamu lulus! Pray for you guys, amin ya rabbal'alamin.
No comments:
Post a Comment