Nuffnang Ads

the sibs (;


Sunday, November 04, 2012

Dear November.

Bismillah,

Hello Guys! How was everything? Fine? Okay? Or Not too much? :( Okay, whatever it is. I try to say Hello to November, and I just told an October goodbye, see you next year. Hope so. Okay, what's with November? Raining? Yes, It is. But I'm not in my mood for one month I guess. My parents is not at home. Including my beloved brother. They went to Makkah in Saudi Arabia for their Hajj. I'm not joining them. Lol, (Don't ask). And plus, i have to take care of everything. Indeed, my grandpa is in the hospital. So, i have to take the car off and went there like everyday to meet him and tell my mom how was him in that hospital. Oh, it's suffering him i guess. Stayed for too long can make your brain and body turns Black-out. LOL! haha.

Anyway, I have to be strong in every ways. Ahh, penatnya. Even 'he' didn't come back to me, I must and have to be strong. It's a test for us to be matured and more independence. Well, takes time i guess. Expose everything before anything happen, so that we know how to handle it. Yeah! Hope that I could be more attractive when I start to work in Nandos soon. I don't know when they gonna call me for the interview. I have to wait like 1 week and more. Urgh!

BUT the most happily thing is, November always cold! :) Have fun!


Thursday, November 01, 2012

Family Dinner.

Bismillah,



Pizza huts with Mak, Abah dengan Adik yang tersayang <3

Goodbye Shah Alam.


Bismillah,
The mosque in Shah Alam.

Hello manusia sekalian, sihat kah kamu semua? :) Selamat Hari Raya Aidiladha. Makan lembu/kambing/unta fresh tak? hihi. How was your holiday? Hope everything fine. Kan? Okay, Entry untuk hari ni, tentang Shah Alam. Seperti mana yang nina post status kat situ. 'Selamat Tinggal Shah Alam'. Sebenarnya, nina dah pindah dari shah alam. Nina cadang untuk duduk rumah mak di Kota Damansara. Lebih selamat. Lagipun, nina dapat kerja dekat Mutiara Damansara. Jadi, lebih senang kan? Kalau ada jalan yang lebih mudah, nina nak. Siapa tak nak. Hehe. 

Okay, bila dah kerja dekat Damansara nanti, Nina ada kerja di Ikano Power Centre. Kalau dulu Krispy Kreme Doughnuts, sekarang nina kerja restoren. Nak merasa jadi waiter pula. Nandos :D Yeehaa! Masa mula-mula start minta kerja, memang nina tak berani langsung nak jadi 'waiter'. Sebab jadi waiter ni risiko nya tinggi. Pertama kena order makanan, ulang balik apa yang 'customer' order, lepas tu kena bawa air, kalau teko-teko tu tak kesah lah, ni yang Designer Drink, gelas yang tinggi-tinggi tu. Ya Allah. Seram pula! :/ Tapi bila dah lama-lama jadi 'waiter', rasa seronok. Sebab boleh tahu ragam pelanggan. Boleh tahu macam mana nak jadi pelayan yang terbaik. Walaupun nina ni tak sepandai mereka-mereka, tak mempunyai sijil-sijil yang berkelayakan tinggi, nina lebih suka cari pengalaman bekerja. Dari pengalaman, boleh berdirinya sebuah syarikat kecil-kecilan, dan sehingga lah besar-besaran. Kan? Life is perfect if we know how to manage our time. Kan?

Jadi, kepada sesiapa yang rasa-rasa diri nya tu tak seberapa pandai dalam akademik, jangan risau, korang MESTI ada kelebihan yang lebih bagus dari nina. Nina doa kan! :) Fighting!

Wednesday, October 31, 2012

Thursday, October 04, 2012

4/10/2012: Story begins

Bismillah,

Memandangkan musim haji dah nak dekat, dan keluarga nina pun nak menunaikan kecuali nina, nina harap sangat-sangat tak ada apa-apa yang berlaku sepanjang mereka ada di sana nanti. Semoga Allah kuatkan hati ni untuk tempuh Ujian Nya :') Nina minta adik nina yang lelaki tu doa kan nina dengan sidia. Semoga Allah makbulkan doa nina. Lupa nak cerita sesuatu. Dah setahun arwah nenek tinggalkan Nina. Dan dah dua tahun arwah abang tinggalkan Nina. Pagi tadi dapat panggilan, dari adik lelaki. Dia kata Atuk masuk hospital. Kata nya ada penyakit paru-paru berair. Kejadian tu sama macam mana arwah nenek kena. Tengah pening kepala pagi tadi, terus angkat call.

Adik: Kak, nak ikut tak?
Nina: Pergi mana?(Nada yang tegas)
Adik: Atuk masuk hospital. Cepat la kemas barang.
Nina: Err(terkedu) Okay.

Terus letak panggilan tu. Siap-siapkan barang, mandi. Lepas tu terus tunggu depan rumah sampai mak datang ambil. Kesian atuk. Sebelum nak tinggalkan rumah sewa tu, dah nangis dah :( Sebab teringat yang atuk ada janji nak cari kan seseorang. Mungkin ada hikmah. Semoga umur atuk panjang. Doa kan atuk nina tau :( Bila mak sampai, masuk kereta, salam mak dengan abah. Lepas tu, terfikir tentang mak dengan abah. Macam mana diorang nak pergi haji dengan keadaan macam ni? :/ Kesian nya. Semoga Allah ringankan beban mak dengan abah. Anakanda mu sokong dari belakang, depan, dan tepi. Sedih bila mak dengan abah ajak pergi haji. Bukan tak nak pergi, tapi :( (biarlah hati menyambungkan ayat ni) Hehe. Alamak! Dah lambat ni. Esok nina cerita lagi. Maaf :) Catch a new updates!

Kesabaran dalam hidup

Bismillah,

Hello kawan-kawan! :) Maafkan kita kalau kita tak update blog ni. Tetiba menghilang pulak kan? Hihi. Maafkan kitaaa! Kita sibuk bekerja sekarang. Tangguhkan belajar selama 2 semester dan sekarang bekerja. Muda-muda lah kata kan. Cari pengalaman. Cari pengalaman tu ada banyak cabang tau. Macam-macam dah cari ni. Takpe, selagi hidup ni. Kumpulkan ilmu dengan pengalaman untuk diri sendiri :) Oh ya, Facebook Ainina Moxie akan ditutup untuk seketika tau, ada masalah teknikal sikit. Terima kasih kepada yang mengunjungi blog ni. Makin lama tak update, pembaca semakin ramai. Dari 500++ orang terus naik 9000++ Wow! (TERIMA KASIH)

Makin gemuk nya! xoxo :P

Ha, itu lah kita sekarang. Kejap ada selera makan, kejap tak ada selera. Tak tahu la apa penyakit dalam badan ni. Haih, tak apa la. Semua tu tak penting pun bagi kita, yang penting, kita boleh buat semua orang yang rapat dengan kita senyum :D Sentiasa sabar kalau ditimpa musibah. Sabar tau? Sebab lagi kita sabar, hati kita jadi makin keras. Bukan degil. Tapi hati kita menjadi kebal kalau musibah lain datang, jadi kita akan rasa kuat untuk capai sesuatu benda tanpa meminta pertolongan orang lain. Yeah!! Fighting!

Nina doa kan kawan-kawan nina semua kuat, sabar dan tabah okay? Selamat! :)

SPIRIT



I know I am such a great and strong girl in this world who can face all the challenges :)

Friday, May 04, 2012

Dataran Shah Alam, Selangor, Malaysia.

ABC TIME! :)






 
Twitter: @Rainbowny_11211

Thursday, April 26, 2012

April 2012! :)

Bismillah, hello hello!

Lama nya aku menghilangkan diri. Lama dah tak update blog ni. Biasa lah, sibuk dengan kerja. Well, I have so much thing need to tell, but before that, I just wanna tell you that now is 12:42AM, and  I have class tomorrow at 9AM. Ahh, nevermind. I am such an alien. No sleep, still okay for me. I have INSOMNIA. hehe, do believe it? Okay, firstly, i am sorry for being lately updating my blog. Busy with working and class. No time to talk with friends and anybody. Oh ya, if you guys have tumblr, do please follow me up, thanks :) http://aininaas.tumblr.com/ Thanks a lot. Okay, I've been busy with my job since my friend's loan already check in.

I work here! xoxo.
Krispy Kreme :)

Yeah, that's my working place. Should I tell you guys where's the location or you wanna find out by your ownsselves. hehe. Perhaps, if you're there, I could give you one free doughnut, so what's up? Want it? Hihi. Anything, please follow me on Twitter, Tumblr and Facebook. Or if you have Blackberry, just send it your bbpin thru my twitter account or Facebook. Aite? ;) Besides, I like to take photos. Such as landscape and weathers. Yeah! I do love camera! Nikon, Canon, Fujifilm, Olympus, nor Phone Camera, that's okay for me. It's okay for me!

The drawing of mine.
Bowl full of Apples! :) Sweet.
My drawing :)

Arabic Calligraphy :)
The Arabic Calligraphy :)

This stuffs are so expensive! -.-
Beats, the headphone! :)

Iced-blended, milk, syrup, nuts, jelly and sugar &lt;3 Delicious! Yummy.
ABC! <3

That's my collection of Random picture. Well, so cool isn't it? I should take more! I guess... Hihihi! But I can't :( I am too busy with my Krispy Kreme's job. Ahh, nevermind. I would like to, if I am free. Okay? By the way, I have to go. Talk with you again soon, promise! :D Night!

Tuesday, February 14, 2012

Semester ketiga.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Makan tidur Makan tidur, tengok-tengok dah semester 3. Masa semakin laju. Aku rasa macam nak nangis je bila aku fikir balik, banyak benda yang aku dah buangkan masa. Dulu masa kat sekolah, banyak benda negatif aku buat. Adui, ponteng sana sini. Tapi, Alhamdulillah sebab results SPM okay. Takde A, Takde G. Cuma sedih je lah, sebab masa aku banyak terbuang masa zaman sekolah dulu. Haha, cinta monyet kat sekolah takde. Sekarang pun, aku setia. Alhamdulillah. Setia pada sidia seorang saja. Daripada 2010 sampai sekarang. Biar Allah je jaga hati kami. Aku tak nak sakitkan hati dia lagi :) Kalau tak dijodohkan kat dunia pun tak apa. Syurga ada. Dunia yang kekal, syurga <3 Okay. Balik ke entry post kali ni. Semester ketiga. Wah! Banyak assignments sangat.

APAKAH ASSIGNMENTS ANDA?

1. ZHURUF QUR'AN (GEOMETRY DESIGNS)
2. KHAT THULUTH.
3. SENI CAT AIR
-PROJECT PENTING KENA SIAPKAN 4 PROJECT PENTING.
4. BERSEDIA MELANGKAH KE-SEMESTER 4 PADA BULAN 7 NANTI.

arghh, banyak kerja. Maafkan aku kalau aku tak sempat nak balas mesej atau jawab panggilan daripada sesiapa pun. Betul-betul busy. Haha, kalau nak tegur tu, post je dekat wall Facebook. Comfirm aku tegur balik. Cewah! Semester 3 ni banyak praktikal. That's why I'm little bit busy with my final projects. Hihi ^^



Ini lah saya :)


Blackberry

Bismillahhirrahmanirrahim.

Selamat petang semua. Well, as usual. Apologize once again for the lately updated blog. I'm very busy with my own life. Okay, Entry post kali ni mesti korang suka. Mana tak nya. Blackberry. Bila sebut tentang blackberry semua nak pakai blackberry. Bila keluar Iphone baru, semua nak pakai Iphone. Bila nak keluar Galaxy Tab, semua nak pakai. Biasa lah, manusia tak pernah lari dengan kehendak masing-masing. Selagi ada 'benda' baru semua kita nak cuba. Kan kan? Aku pun pakai blackberry. Tapi takde lah smpai nak beli Bold ke, torch ke. Aku pakai curve je. Hihi, orang yang suka bersederhana dalam apa jua barang sekalipun. Itu lah aku. Hua hua.

Apa motif aku pakai Blackberry?

-sebab aku nak jimat kredit bila aku masuk internet.
-sebab aku nak main games.
-sebab aku suka keypad dia.
-sebab dia ada lampu merah bila ada notifications.
-sebab aku boleh letak tinted-screen.

Haha, lain orang lain persepsi dia. So, aku pakai la blackberry. Lagi 1 sebab aku boleh ber-Blacberry Messanger. Kah kah kah! Hari-hari topap rm10, untuk 1 minggu. Sebab aku bayar (Bis) untuk 1 minggu je.
First aku pakai blackberry ni, aku rasa janggal gila. Dah la sebelum ni aku pakai Iphone. Lepas tu Iphone aku hilang masa 31/12/2011 :( Sehari sebelum Tahun Baru. Macam ada Hikmah je. Mungkin masa tu Allah nak suruh aku lupakan kisah-kisah lama yang terjadi masa 2011 kot. Mungkin =/ Tapi, walaubagaimana pun, aku bersyukur sebab aku dah ada new phone. Blackberry. Sebelum Iphone, aku pakai blackberry cikai je. Yang cetak rompak tu. Hahaha! Tapi sekarang aku dah pakai yang Original lagi. Ha, Alhamdulillah.


Friday, February 10, 2012

19 Tahun.

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah memberi ku peluang untuk menulis atau mencoretkan isi hati yang sudah lama tidak dicoretkan :) Bersyukur. Dan Alhamdulillah juga, 19 tahun telah menjadi rapat dan sepadan dengan diri ku. Akhirnya, fikiran dan diri ku semakin matang. Setiap manusia, ujian dan cabaran hidup nya lain-lain. Aku dan sidia juga sedang mengalami masalah masing-masing. Sibuk dan tidak dapat dielakkan daripada masalah tersebut. Semoga Allah kuatkan iman dan diri kami, amin ya rabbal'alamin.

12:00AM. Jumaat. Penghulu segala hari. Kan? Semoga Allah bersama kita sentiasa. Maaf jika sudah lama tidak munculkan diri untuk menulis blog ni. Sudah bersawang pun. Hihi. Okay, 18 januari 2012, sudahpun berlalu. Berarti, 19 tahun adalah angka yang kian meningkat untuk ku. Dan cabaran semakin membuak-buak, seperti air panas yang sedang menggelegak. Whoa! Nampak saja 19 tahun itu semakin matang, tapi sebenarnya, proses untuk melalui KEMATANGAN itu sangat mencabar. Macam aku, aku diberi ujian untuk berpisah dengan sidia. Hampir 2 tahun. Dia di Bangkok, dan Aku di Malaysia. Tanpa berhubung melalui telefon dan facebook. Hanya berhubungan ketika berdoa dan di hati saja. Aku harus bersabar kerana Allah memberikan dia pada ku, untuk menguji kesabaran dan kesetiaan :) Jadi, aku harus melalui nya itu dengan penuh rasa rendah diri dan sentiasa bersujud pada Allah supaya aku diberi kesenangan kelak bersama dia.

Ujian dan cabaran itu sama. Tetapi, tidak sama bagi semua manusia. Ada yang diuji dengan berat dahulu,kemudian baru lah ringan, dan ada yang diuji dengan ringan dahulu, kemudian baru lah ujian yang berat. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Tapi ingatlah bahawa, apabila di uji, maknanya, Allah itu menyayangi kita, Allah itu rindu akan suara kita. Suara yang sentiasa menyebut nama Dia. Allah mahu kita bersama dengan Dia lebih. Sebab itu Allah ciptakan waktu malam untuk kita sujud dan cerita pada Dia, apa yang kita rasa tentang Dia :)

Setakat ni, Alhamdulillah, Aku rasa tenang bila solat 5 waktu, aku jaga betul-betul. Tanpa segan silu, aku abaikan apa orang kata tentang diriku. Sampai bila nak stay with a bad reputation kan? Ni dah 2012. Nak tunggu pintu taubat tutup, baru nak berubah? Hm, jangan lah macam tu. Sementara Allah tengah bukakan pintu taubat ni, lebih baik lah tambah amalan. Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita mahu, dan Niat yang baik, sentiasa Allah makbulkan. Jadi, jangan lah takut untuk berdoa. Yang penting ikhlas. Okay?

Lagi besar angka, Lagi mencabar ujian Allah itu. Jangan ingat bila diuji tu, kita adalah insan yang banyak dosa eh. Bukan! Bila seseorang itu diuji, itu makna nya, Allah sudah pilih kita sebagai hamba Nya yang paling disayangi dan Allah rasa, dia memang seorang yang kuat dan tabah. Tahu kah, bila kamu solat dan sujud, dan masa itu lah Allah semakin hampir dengan mu. Tidak kah rasa nak jumpa dengan Allah? Alangkah rugi nya jika dia orang islam dan dia tidak solat 5 waktu. Ni dah 2012 wahai manusia! Minta lah doa pada Allah supaya Dia buka kan pintu hati mu itu untuk kembali ke jalan yang benar :D InsyaAllah. Niat baik, pasti Allah kabulkan. Jangan risau! Bersemangat dan tabah hadapi segala ujian Nya, dan kamu akan perolehi kesenangan dan kebahagiaan di syurga kelak!

Sunday, January 01, 2012

Happy New Year 2012 :)

Bissmillah,

Ya Allah, Selamat Tengahari kengkawan! Hm, apa macam semalam? Boleh tidur tak? hihi. Teuwww teuuww kebaboom boom! :P Bunga api banyak gila semalam. Cewah! Untung la siapa yang sambut kat luar tu. Aku ni, sambut dekat dalam rumah, sambil tidur depan laptop. Hahaha. Ok, sorry kepada kawan-kawan. Lama tak update. Semalam, Nina kena uruskan event modelling photoshoot. Okay? Sangat-sangat best. Model pun lebih. Photographer lagi lebih. Depa nak yang cun jah. Haih, susah betul. Lepas tu, Cik Make-up Artist yang comei-comei. Terima kasih sudi datang. Wah! Best :) Alhamdulillah. Oh ya, lupa nak bagitahu. Handphone Iphone saya warna pink HILANG! :( So, jangan call number tu lagi. Tercicir lah kot.

Hm, apa-apa pun, gambar-gambar semalam, akan di postkan di Belog Ainina Moxie secepat mungkin, jangan risau. Hihi, Cuma nak doa kan kawan-kawan saya semua ini, moga mereka-mereka dapat menambahkan amalan-amalan Nya dengan penuh dan sempurna, semoga panjang umur dan sentiasa diredhai. Tak lupa juga, semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang boleh membatalkan iman dan merosakkan akhlak. Amin ya rabbal'alamin. SELAMAT TAHUN BARU YANG KE-2012 :)

Monday, December 26, 2011

Dari Kuala Lumpur ke Perak :)












Haha, what a happy day yesterday :P So, catch me on Facebook and Twitter. Thanks to Shu pang, Ain Danisha, and Nurul Nadiah Azizan for making my life perfect. To all my dearest Batch 1993's group, we will meet one day. Or on my special day, soon. InsyaAllah :) Have fun!

Friday, December 23, 2011

NEW EVENT.


Announcement!

Kepada sesiapa yang ingin membuat Free Photoshoot Modelling pada Hari Khamis, 29/12/2011 ini sila inbox saya di facebook secepat mungkin :') Photographer juga diperlukan, tolong bagitahu kawan-kawan lain ya. Lagi ramai photographer, Lagi Ramai Models boleh bergemira <3

Photographer: 2 orang (Setakat ini)
Model: Lelaki dan perempuan, terbuka.
Location: Taman Tasik Shah Alam
Time: Tengahari (akan diberitahu)
Theme: Colourful.

 

Flowery style: Ainina:)

Bissmillah,




Follow me on Twitter :)
@Rainbowny_11211, thank you dearest! :*

Expression of feelings

Bissmillah,





Follow me on Twitter :)
@Rainbowny_11211

Her style :')

Bissmillah,

IMG_1444




cantik kan? Haha. Kalah datin :P Dia lagu cun! Haja tajima too. And yunaa! <3

Saya gila kan 'Dian Pelangi's Style'

Bissmillah,

Kenal tak siapa ni? 

Hahaa, kalau nak tahu, dia ni lah kakak kesayangan saya yang hebat dalam dunia fashion macam Hana Tajima. Homaaiiiigod. Sukaaaa segala tentang dia! Okay, gambar ni, masa dia pergi Melbourne. So, kalau nak tahu, beliau ni baru 19 tahun. Next year 20 tahun. Cantik gila dia! Kak dian. You're gorgeous! Stay with your style no matter what! Dunia fashion akan tetap berkembang! Yeeehaaa.

Nama beliau, 

Cik Dian Pelangi

Berasal dari;
Jakarta

Whoa! Big house, Big Money! Hahaha, well, too much of fashion-designers and only one of them, i do interested in. Dian Pelangi. Okay, why i choose her because?
*
*
*
Style dia semua aku suka! Semua kena dengan karakter aku. Sebab for your information, i am an abstract girl. Gadis yang suka benda-benda serabut. Painting on a canvas, that's my style. Campakkan warna-warna, dan didalam canvas tersebut mempunyai sejuta makna :) I just love her style. And one more thing, I love her, because She's born on January! Kita sama kakak dian <3 And you're adorable!


Sooo kewwwwl xD Seriously, dia cantik! :)
Congratulation sis <3

Tuesday, December 20, 2011

Jangan menangis.

Bissmillah,

Selamat petang kawan-kawan! Harap korang sentiasa ceria dan gembira. Sihat wal'afiat. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati hari kawan-kawan ku. Yang susah, akan ku doa. Yang senang juga, akan ku doa. InsyaAllah. Hm, Petang yang sangat tenang cuaca nya. Matahari mula menjelma setelah hujan turun pada semalam dan semalamnya. Sangat sedih.

Mesti semua orang pernah bersedihkan? Tapi nak buat macam mana? Hati dan perasaan mengawal segala tubuh badan kita. Entry untuk hari ini, JANGAN BERSEDIH. Oleh kerana hati aku ni asyik meraung 24 jam. Entah apa yang dia mahu, aku pun tidak faham. Post ini juga, aku berpesan pada diri sendiri. Okay, hati wanita ini sangat-sangat mudah tersentuh jika seseorang atau diri kita sendiri tidak tahu nak menjaga nya. Aku selalu berpesan pada diri ku, Jaga lah hati kita sebelum menjaga hati orang lain. Ya, memang benar! Jaga hati kita sebelum menjaga hati orang lain sebabnya, kalau dah jaga hati kita, kita tahu apa yang hati selalu mahukan, mesti kita tahu apa yang orang lain mahu kan juga. Kata orang, Lain hati, Lain sikapnya. Lain orang, Lain ragam nya. Betul kan? Jadi. Tujuan untuk menulis tentang entry ini, untuk memberi sokongan pada kawan-kawan dan diri sendiri, termasuk yang tersayang.

Aku sebagai wanita. Sebagai pelajar. Sebagai anak. Sebagai hamba Allah. Aku tidak sempurna! Tetapi aku cuba untuk jadi yang sempurna. Mungkin kita tidak sempurna pada pandangan kita sendiri. Tetapi Allah kata kita sudah cukup sempurna. Sempurna dengan deria-deria. Yang boleh mendengar, yang boleh melihat, menghidu, menyentuh dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan hati? Adakah cukup sempurna? Adakah kita berzikir 24 jam? Ya Allah. Rasa sebak pula apabila bercerita tentang agama ini. Sedih. Teringat pula tentang dosa-dosa yang lalu. Tapi tak mengapa. Dia memberi ujian tanda sayang. Tanda mahu kita bercerita pada-Nya. Sempurna kan diri anda dahulu sebelum menyempurnakan hidup orang lain. Itu sangat-sangat baik! :)

Ingatlah, bahawa jika hati bersedih itu, bukan tanda dia keseorangan, tetapi ada yang bersama nya. Iaitu Allah. Manusia itu hanya ujian sahaja. Datang dan pergi. Apabila kita memerlukan seseorang itu tika dihari susah, mereka akan melepaskan diri. Apabila kita menghadapi hari yang seronok, gembira, senang, mereka akan kembali bersama. Itu lah perangai dan lumrah manusia. Tiada siapa boleh tolong untuk mengubati kesedihan selainNya. Ya Allah, rindu pada mu. Apabila aku sujud, aku berdoa di dalam hati, semoga Dia saja yang mempermudahkan urusan dan hubungan ku bersama dia. Ketika aku sujud, aku merelakan air mata itu jatuh ke tikar sembahyang. Ketika aku sujud, hati ku tidak berhenti berdebar, menahan rasa sakit yang bersungguh-sungguh apabila berdoa. Masya'Allah. Dia maha Mengetahui. Dia tahu aku kuat! Dia tahu aku tidak peduli pada cacian dan maki daripada mulut orang lain. Dia tahu aku tabah untuk hadapi. Kerana aku diuji, kerana DIA SUDAH TAHU bahawa aku mampu kehadapan. Tahu kah? Ujian-ujian Allah itu indah. Mempunyai hadiah yang paling istimewa yang boleh membuat seseorang itu tidak tahu untuk berkata apa, apabila Allah memberi jalan untuk dia tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sungguh! Sangat menakjubkan. Betapa hebatnya cinta Allah pada Hamba Nya. Sayang sungguh Allah pada makhlukNya. Terima kasih ya Allah.

Mulai dari hari ini, aku tidak akan bersedih kerana ujian mu. Aku tidak akan bersedih kerana keluhan ku sendiri. Aku mampu untuk maju kehadapan. Syukran ya Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalaNya. Doa ku untuk kawan-kawan ku agar kuat, tabah dan sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan sekalipun. Pahit atau tidak, telan saja. Jangan muntah, jika muntah, tanda kamu gagal! Apabila sudah dapat yang manis, dihisap lalu bersyukur lah pada Nya agar Dia permudahkan hari mu, tanda kamu lulus! Pray for you guys, amin ya rabbal'alamin.