Nuffnang Ads

the sibs (;


Friday, February 10, 2012

19 Tahun.

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah memberi ku peluang untuk menulis atau mencoretkan isi hati yang sudah lama tidak dicoretkan :) Bersyukur. Dan Alhamdulillah juga, 19 tahun telah menjadi rapat dan sepadan dengan diri ku. Akhirnya, fikiran dan diri ku semakin matang. Setiap manusia, ujian dan cabaran hidup nya lain-lain. Aku dan sidia juga sedang mengalami masalah masing-masing. Sibuk dan tidak dapat dielakkan daripada masalah tersebut. Semoga Allah kuatkan iman dan diri kami, amin ya rabbal'alamin.

12:00AM. Jumaat. Penghulu segala hari. Kan? Semoga Allah bersama kita sentiasa. Maaf jika sudah lama tidak munculkan diri untuk menulis blog ni. Sudah bersawang pun. Hihi. Okay, 18 januari 2012, sudahpun berlalu. Berarti, 19 tahun adalah angka yang kian meningkat untuk ku. Dan cabaran semakin membuak-buak, seperti air panas yang sedang menggelegak. Whoa! Nampak saja 19 tahun itu semakin matang, tapi sebenarnya, proses untuk melalui KEMATANGAN itu sangat mencabar. Macam aku, aku diberi ujian untuk berpisah dengan sidia. Hampir 2 tahun. Dia di Bangkok, dan Aku di Malaysia. Tanpa berhubung melalui telefon dan facebook. Hanya berhubungan ketika berdoa dan di hati saja. Aku harus bersabar kerana Allah memberikan dia pada ku, untuk menguji kesabaran dan kesetiaan :) Jadi, aku harus melalui nya itu dengan penuh rasa rendah diri dan sentiasa bersujud pada Allah supaya aku diberi kesenangan kelak bersama dia.

Ujian dan cabaran itu sama. Tetapi, tidak sama bagi semua manusia. Ada yang diuji dengan berat dahulu,kemudian baru lah ringan, dan ada yang diuji dengan ringan dahulu, kemudian baru lah ujian yang berat. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Tapi ingatlah bahawa, apabila di uji, maknanya, Allah itu menyayangi kita, Allah itu rindu akan suara kita. Suara yang sentiasa menyebut nama Dia. Allah mahu kita bersama dengan Dia lebih. Sebab itu Allah ciptakan waktu malam untuk kita sujud dan cerita pada Dia, apa yang kita rasa tentang Dia :)

Setakat ni, Alhamdulillah, Aku rasa tenang bila solat 5 waktu, aku jaga betul-betul. Tanpa segan silu, aku abaikan apa orang kata tentang diriku. Sampai bila nak stay with a bad reputation kan? Ni dah 2012. Nak tunggu pintu taubat tutup, baru nak berubah? Hm, jangan lah macam tu. Sementara Allah tengah bukakan pintu taubat ni, lebih baik lah tambah amalan. Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita mahu, dan Niat yang baik, sentiasa Allah makbulkan. Jadi, jangan lah takut untuk berdoa. Yang penting ikhlas. Okay?

Lagi besar angka, Lagi mencabar ujian Allah itu. Jangan ingat bila diuji tu, kita adalah insan yang banyak dosa eh. Bukan! Bila seseorang itu diuji, itu makna nya, Allah sudah pilih kita sebagai hamba Nya yang paling disayangi dan Allah rasa, dia memang seorang yang kuat dan tabah. Tahu kah, bila kamu solat dan sujud, dan masa itu lah Allah semakin hampir dengan mu. Tidak kah rasa nak jumpa dengan Allah? Alangkah rugi nya jika dia orang islam dan dia tidak solat 5 waktu. Ni dah 2012 wahai manusia! Minta lah doa pada Allah supaya Dia buka kan pintu hati mu itu untuk kembali ke jalan yang benar :D InsyaAllah. Niat baik, pasti Allah kabulkan. Jangan risau! Bersemangat dan tabah hadapi segala ujian Nya, dan kamu akan perolehi kesenangan dan kebahagiaan di syurga kelak!

2 comments: