Nuffnang Ads

the sibs (;


Monday, November 22, 2010

Magnificent Friend .

Bismillah .

Oh! (23 nov)Tarikh yang paling BERSEJARAH dalam hidup ini . Melalui hari peperiksaan BESAR yang menetukan masa depan . Haih :( Tapi ada pula orang sudi teman saya bila senang & susah . Oh :D.1Malaysia , hehehe . Terima kasih awak . Banyak orang banyak garam , banyak orang banyak ragam.Awak memang baik, cara awak taip mesej pun , awak baik. Alhamdulillah , kita dapat kenal .Bila saya sedih ,awak ada untuk saya . Bila saya gembira pun , awak ada untuk saya . Baru saja kenal , tapi macam dah lama kenal . Macam mana kalau awak dah tak ada ? Siapa yang nak dengar luahan saya ? Siapa yang nak jaga saya ? Siapa saya lagi ? Saya lebih rela Tak makan , Tak minum , biar saja saya sakit . Asalkan awak teman saya . Saya suka kawan dengan awak .Awak baik ,Awak hormat saya , Saya pun hormat awak .Awak penyayang , Awak selalu ceriakan saya .Allah Maha Kaya ,Dunia ni pun kecil sahaja . Saya cuba untuk mengenali sahabat baru saya ni . Insya-Allah . Awak jaga diri eh ? Nanti kalau dah nak balik tempat awak , awak bagitahu saya .Saya tak nak lupa kan awak :( Awak yang terbaik dan Istimewa bagi saya .

A thousand miles , i could found a lot of guy , but i will try choose one only .
Friend will never end when one of them know how to create a very tremendous memories .

Akimi - be positive PLEASE :P

Wednesday, November 17, 2010

. . . . .

Bismillah :)

Oh , berada di Kampung bersama cousins , adik yang paling nakal & degil , Mohd Badrul Amin . Beliau telah mendapat 5A dalam UPSR , dan kembang pula hidungnya , Tahniah diucapkan kepada

ADIK YANG TERSAYANG <3

Badrul Amin

CONGRATS :)

So , Esok Hari Raya Haji & Qurban .
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)

OH ,sementara itu ,marilah sama-sama kita kongsi pengalaman dengan mencurahkan segala apa yang saya pendamkan dalam hati ini . Semalam adalah hari ISNIN , dan itu adalah hari terakhir saya ke sekolah itu dengan berjumpa dengan guru-guru semua , Jadi , saya tekad untuk balik awal . Tiba-tiba hati ni berat untuk meninggalkan sekolah itu . Dalam 5 minit , saya menerima 1 pesanan ringkas daripada kawan saya . Dia suruh saya lepak kelas dia . Saya pun datang , entah kenapa hati ni berdebar sahaja pagi itu .
Tiada kelas pun pada pagi itu , kami berdua belajar , dia mengajar saya subjek English dan saya pulak ajar dia subjek Sejarah & Agama Islam . Nampak nya dia seorang yang memahami :D Untung nya dapat kawan dengan dia . Saya tidak pernah di hargai :( Tak apa la ,' Kakak Fadzilah kata , be happy ' , Kakak Rabea kata , nina sayang sabar ye ' , 'Adik Daia kata , kakak jangan sedih tau , Allah itu maha mengetahui segalanya'. Ok , Saya sabar ! Allah itu sedang menguji sesungguh-Nya .


Ah , saya adalah manusia yang paling Lemah , tidak tahu apa-apa pun tentang kebaikan di akhirat itu .
Berada di awang-awangan , terasa sakit apabila orang lain tidak menjaga perasaan ini . Tidak rasa seperti dihargai . Tak apa lah Nina , awak kuat ! awak bukan lemah . 

Akym Shamy kata

:


You were not born a winner, and you were not born a loser, you are what you make youself be



Mungkin dengan kata-kata tu membuatkan saya jadi kuat semangat untuk meneruskan perjalanan yang semakin hari semakin banyak cabaran nya . Dan semoga Allah itu permudahkan segala-Nya.Amin :D
Spm pun makin hampir, haha.Berdebar tanpa memikirkan tentang perkara-perkara yang merumitkan.
Masalah yang bertimbun ,dan tidak tahu nak diselesaikan . Berat Hati ni untuk membuat apa-apa,berat pula otak ni untuk berfikir tentang perkara-perkara yang sepatutnya.Terlalu sukar hendak menerima kenyataan :(
18 tahun makin tiba , apa pula rancangan seterusnya? Bagaimana pula cabaran seterusnya ? Berat daripada ini ?
atau lagi berat daripada yang dahulu-dahulu? Wallahualam.Apa yang boleh dikata :

TABAH , DOA , TAWAKAL & ISTIQAMAH

mungkin dan pastinya , dengan ini , Allah akan sentiasa disisi saya / mereka :)


Tuesday, November 16, 2010

i just wanna say ...

Bismillah :(

SPM IS COMING !!!!!!

Wednesday, November 10, 2010

soalan-soalan :)

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
Ainina
Nina 
Gemok
Rosie


FOUR MOST IMPORTANT DATE IN YOUR LIFE :
18 jan
31 ogos
23 ogos
23 november (SPM 2010)ahah


FOUR THINGS U'VE DONE IN THE LAST 30 MIN :
main kucing
cakap dengan kereta 
baca novel
tengok orang gila baring tepi jalan


FOUR WAYS TO BE HAPPY :
jumpa si DIA dan Allah :D
bergembira makan kuih raya
jumpa friends dan cousins :P
pergi giant , beli ikan . hahah




ada lagi :P





pink

Bismillah :)

Saya hanya suka Pink .
Tapi kadang-kadang suka Purple.
Saya keluar pulak suka warna Hitam

Macam mana ni ?

Fikiran terlalu serabut dengan WARNA kegemaran !

Bersinar ...

بِـــــــــــــسمِ للهِ الرَّ حْمنِ الرَّ حِيم 

oh , matahari dan bintang yang selalu saja bersinar!
Alhamdulillah !

Syukran Khila Mahrm .
Atamanna an nakuuna asdiqa' fid dunnya wal akhirah .
Insya-Allah :D

Jaga Maruah Perempuan

Bismillah :D

Alhamdulillah , Allah memberikan saya sedikit masa untuk menulis dan membuat 'karya' di sini dan pada hari ini .Okay , mengenai topik yang akan di tuliskan dan semestinya kita lihat , Dunia seakan masuk ke era JAHILIAH.Betul ? Pelbagai-bagai isu yang telah dibincangkan di berita , surat khabar dan semua tempat . Dengan ini , sekali lagi saya membuka permulaan topik ini dengan membaca Bismillah hirah ma nirrahim . Semoga kita mendapat sedikit pengajaran . Sebelum itu , saya bukannya seorang penulis atau seorang yang terlalu sempurna , tapi saya akan cuba untuk jadi sempurna .

Semua Wanita / perempuan pernah melakukan kesilapan . Tetapi , mereka sebenarnya tidak tahu apa yang jiwa dan perasaan mereka sendiri mahukan . Diri mereka telah di semaikan oleh Nafsu-nafsi mereka sendiri . Berdasarkan tajuk tentang Jaga Maruah Perempuan . Mereka tidak langsung fikir . Hanya yang mereka fikir , Lelaki , Harta dan Nafsu . Astagfirullah :( Sedih melihat dunia sekarang . Takut untuk melangkah keluar dari dunia sebenar . Pelbagai ragam dan kejadian yang tidak diingini bakal akan terjadi . Perempuan sekarang seakan-akan mahu mengikut rentak wanita jahiliah yang dulu nya berperangai tidak senonoh . Ya Allah !

Dan perangai itu , telah di bawa pada masa kini . Makin kita di dunia , pelbagai masalah yang kita terbuat malah kita tak sengaja terjadi . Bagai apa yang diundang , lain pula datang . Sedih dengan manusia , sedih dengan dunia. Mengingati tentang cerita di Facebook , tentang hari kehancuran . Di mana Malaikat akan meniup sangkakala dan telinga kita akan menjadi pekak . Nyawa pula akan di tarik , yang tinggal hanyalah jasad .Setelah beberapa ribu tahun , kita akan di hidupkan semula setelah Malaikat meniup untuk kali kedua . Pada masa itu , kita berada di tempat dan padang yang begitu luas , permukaan yang rata , dan semua nya dalam keadaan terlanjang dan hina . Astagfirullah :( Aku takut untuk menyambungkan penulisan ini .Ampuni lah dosa Hamba mu ini Ya Allah :( Pada saat itu , manusia akan menjadi terlalu huru-hara sehingga matahari akan berada sejengkal dengan ubun-ubun . Dan pada masa itu juga , Malaikat Rakib & Atib akan menyerahkan buku-buku amalan kita semasa di dunia . Yang Islam akan di beri dengan tangan KANAN , dan yang bukan akan di beri dengan tangan KIRI . Moga kita mendapat keredhaan Allah .

Di sini , para Wanita yang akan kita lihat , terlalu ramai akan masuk ke dalam neraka . Kerana mereka terlalu leka dengan perintah Allah dan suami mereka . Tidak mematuhi perintah Nya dan suami mereka . Berdosa besar! Nauzubillah . Maruah bagi seorang Wanita adalah penting dalam islam . Wanita yang mempunyai harga diri yang terlalu tinggi untuk di bezakan dengan kaum adam itu . Sepertinya , Fatimah az-zahra yang menolak semua pinangan lelaki yang lain selain Ali . Bukankah akhirnya mereka di satukan ? Saya sebagai kaum Hawa juga akan cuba berperilaku seperti Aisyah R.A , Fatimah Az-Zahra , dan sebagainya . Ingin juga menjadi seperti mereka itu . Tetapi , perlu kan masa untuk berubah . Siapalah saya yang selalu saja membuat dosa di muka bumi Allah ini . Terasa malu untuk berjumpa dengan Allah sebelum jasad dan roh di pisahkan . Mengenal erti Dosa & Pahala sepatutnya mesti di ajar di peringkat akar umbi . Barulah apabila dewasa kita tahu apa definisi yang dikatakan Dosan & Pahala. Dan Alhamdulillah :) Kawan-kawan yang baik datang untuk menemani saya . Saya tidak perlu kan kawan yang berhati busuk dan juga ingin menyesatkan diri ini ke lembah maksiat . Allah itu Adil ! Allah itu Maha Berkuasa ! Di Akhirat akan dihitung segalanya . Melihat segala kesilapan yang telah dilakukan oleh setiap manusia . Dan sesiapa yang bertaubat dan kembali ke jalan Allah , iaitu jalan yang bercahaya (Hidayah) , maka segala kesilapannya akan diAibkan oleh Allah SWT .
Insya-Allah , moga kita di jauhi dari apa neraka . Menonton salah satu cerita iaitu 'Maut' yang sentiasa membuatkan saya takut untuk membuat perkara jahil . Astagfirullah ...


Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang- orang musyrik oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Dan semoga apa yang telah saya sampaikan tadi , akan kita lakukan untuk mencari keberkatan dan bekalan untuk dihitung semasa hari perhitungan nanti . Insya-Allah , Amin . 

Wednesday, November 03, 2010

Shopping :)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Semalam pergi Gulati's kat The Strand Kota Damansara .


OKAY lah kain2 dia semua . Not bad , Harga pun murah ! kikiki . So , apa lagi , pau lah mak mintak 1 kain.
2 tudung ! 1 pink , 1 purple :D Happy ! Syukur Alhamdulillah . Rezeki untuk saya ada . Insya-Allah :)
Terima kasih mak . Hati yang sangat lembut walaupun tegas pada saya . hehehe , Sorry ma , if i hurts you.
Bukan nak sakit kan hati mak secara tiba-tiba , tapi mulut ni memang jahat ! Orang kata kalau tak ada benda nak cakap , Jangan cakap ! Setiap perkataan adalah Doa . Saya sedang cuba untuk berubah sepenuhnya . Insya-Allah :) Kadang-kadang kita pun tak sedar apa yang kita cakap pada orang tua sendiri.
Astagfirullah , Moga di ampun kan dosa :(  Beli kain yang berwarna Ungu untuk buat baju seperti di bawah ini .


cantik kan ? kan ? Mahal wooo ~
tapi , apa salah nya , sekali sekala . Bukan selalu punn .
Tapi warna pink dan purple tau , bukan warna ni :) Saya orang Muda ! Bukan orang Tua ! hehehe . 
Apa2 pun,


 Terima kasihhhh MAK !


Norsheha Abu Bakar
Norsheha Binti Abu Bakar <3



Tuesday, November 02, 2010

failed :(

Bismillah .

AH , terasa mahu saja saya membunuh diri ! Failed 2 subjek dalam Trial SPM :( Ya Allah ! Kuat kan diri ku untuk menghadapi Ujian mu ini . SPM makin lama makin tiba . Berdebar-debar betul ! Mahu saja melarikan diri ini dari semua itu ! Tapi , ini lah yang di katakan realiti hidup manusia sebenarnya . Kuat kan Diri ya Nina <3

ya allah ! permudahkan lah segala urusan ku itu :(

dan Engkau tenangkan lah hati ini seperti mana tenang nya air laut yang Engkau cipta ini .

Monday, November 01, 2010

Bertungkus-lumus .

Bismillah .

spm spm spm

Semua orang cuba membuat baik dengan kehidupan tersendiri . SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia di mana semua warganegara yang sudahpun berada di Malaysia Wajib mengambil SPM ini . Dan saya adalah antara dari calon-calon SPM sedunia , akan menduduki peperiksaan ini tak lama lagi . Fuh~
Terasa bahang kerisauan dan ketakutan . Tapi apa boleh di kata kan ialah , kita bersabar dan berdoa selagi kita hidup dalam keadaan yang sempurna . Insya-Allah . Saya sebagai Hamba-Nya hanya mampu untuk bersujud kepada Allah kerana Allah itu Tuhan ku yang Maha Esa 

Memandangkan ada 3 minggu lebih sahaja lagi hari untuk sampai ke detik ketakutan itu , saya sedang bertungkus-lumus untuk belajar bersungguh-sungguh . Ya Allah ! Sangat sakit kepala ni . Tapi tak apa la , 3 minggu sahaja lagi untuk sekolah seperti biasa . Kemudian nya , baju sekolah itu tidak akan saya guna lagi .
Sedih yang teramat sangat ! :( 

Tiada Tuhan melainkan mu ya Allah , dan Nabi Muhammad itu pesuruh mu ya Allah .


Kita mengangkat jari itu semasa takhyat awal dan akhir . Rasa seperti mahu saja saya mengalirkan air mata ini. Sedih pula bila melakukan nya . Mahu saja saya pergi meninggalkan alam ini , dan berjumpa dengan Tuhan ku , Allah dan juga Nabi ku , Muhammad .


Rasa nya , SPM itu sekali seumur hidup . Pejam celik , sudah 1 tahun setengah saya bersekolah di SMK tropicana . Sedih sungguh untuk meninggalkan zaman sekolah , dan tidak sabar juga untuk masuk ke alam dewasa . Masa itu EMAS ! Masa itu jangan guna untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah !

*OKAY , SAYA CUBA BUAT YANG TERBAIK !*

''Kata Nina nak pergi Mesir . Ha , SPM ni buat baik-baik tau ''

Terima kasih kawan-kawan yang selalu bagi sokongan murni .
Ouh , tak sabar rasa nya nak ke negara orang lain . Berharap agar degree yang saya mahu kan 
itu tercapai dengan berkat dan keredhaan Allah , Amin . Insya-Allah !
Niat baik , insya-Allah , akan di makbulkan doa nya . Harap-harap pun begitu juga . 

UNIVERSITY AL-AZHAR , MESIR .

insya-Allah ! =)

Sunday, October 31, 2010

Assabru minal iman :)

.



THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL .


Ya Allah !


Saturday, October 30, 2010

kaligrafi :)


Membuat nama yang tertera di atas sangat susah :p
heheh . Pandang-pandang , kalau nak apa-apa , tanya ye :)

Friday, October 29, 2010

I'm gonna miss my classmates :(

Bismillah .

        

Cikgu Fazlina yang sangat cantik orang nya . Ke sekolah berjaya sakan , mengajar anak-anak didiknya tentu sekali bertenaga tanpa berasa jemu . Memarahi kami , kami rela supaya kami tidak gentar apabila berhadapan dengan dunia luar. Beliau mengajar kami Bahasa Melayu . Bersungguh-sungguh . Suka-duka kami lalui bersama . Menghiasi bilik darjah tersendiri , sehingga di umum kerana menang dalam pertandingan tersebut . Ketua dan Penolong yang lagi periang orang nya . Tidak jemu dengan pelajaran Bahasa Melayu .
Suruh di ambil kedatangan , memilih-milih , tetapi sungguh berdikari . wow!

Oh , sedihh nye :( Rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang sukar di cari . Bila lah agak nya nk berkumpul \ramai-ramai lagi ? Terlalu terkilan jika ada yang sudah mempunyai anak dan suami masing-masing. Kawan-kawan yang tidak pernah mementingkan diri sama sekali . Berjuang demi persahabatan dan hubungan sama bangsa :D Melayu , India dan Cina . Dan juga ada yang datang dari Sabah , Sarawak dan Thailand . Sangat sedihh !! 

Wednesday, October 27, 2010

سريکندي موجهيايده

Bismillah .

Sentiasa bersabar dalam menempuh segala ujian yang di beri oleh Allah . Aku bersabar dan terus bersabar .
Orang menghina , Orang mengutuk , Orang mencaci , Orang mengumpat , Orang memburuk-burukan nama aku.Aku tetap bersabar . Aku tidak kisah sama sekali dengan mulut manusia . Redha dengan ketentuan Allah .Ada mulut , tetapi tidak menggunakan dengan baik . Suka mencerita kan keburukan orang lain . Setiap manusia melakukan dosa . Kecil atau besar , bukan urusan kita untuk menentukan . Allah memberi mulut dan lidah untuk menggunakan dengan baik . Bukan untuk menggunakan dengan tidak baik . Menjadi WANITA SOLEHAH memang terlalu banyak ujian nya . Aku berdoa siang dan malam tanpa henti , supaya di makbul kan untuk menjadi wanita solehah . Sebelum itu , aku telah di uji . Kawan-kawan mula tidak menyukai diri ini . Mereka tidak pernah fikir tentang kesalahan mereka juga . Spm 4 minggu lagi , terlalu banyak Allah uji . Kekuatan iman di dada terlalu rendah . Dengan Ujian ini , aku menjadi kuat untuk menempuh segala nya . InsyaALLAH .Ingin saja aku menimba ilmu , untuk mengetahui lebih cara-cara untuk menjadi Wanita yang paling  solehah di sisi Allah . Mahu saja aku menjadi wanita seperti Aisyah R.A , isteri nabi muhammad . yang bersifat zuhud ! Mahu saja aku menjadi seperti Nabi Muhammad yang tabah menghadapi segala dugaan . Apa orang kata , baginda senyum sahaja . Aku mahu kan itu semua ! Tapi , aku tidak mampu untuk berkelakuan seperti itu . Aku hanya lah manusia yang sering melakukan dosa .Aku lemah tanpa mu ya Allah !Aku hanya hamba mu yang hina . terus menerus melakukan perkara yang di larang oleh mu . Astagfirullah :( Ya Allah , kau beri kan lah aku cahaya petunjuk dari mu , aku perlu kan mu ya Allah ! aku kecewa dengan sikap ku . Aku melawan kata-kata ibu , Aku bersifat Amarah . Ya Allah ! jauhi lah diri ini dari perkara-perkara yang engkau keji . yang di bawa daripada syaitan laknatullah . Nauzubillah ! Aku tidak akan pernah sekalipun untuk meninggalkan perintah mu . Aku berjanji ! Aku ingin kan kebahagian di dunia dan di akhirat kelak ! Aku mahu kan keluasan , bukan kesempitan . Menjadi Wanita Solehah adalah niat yang baik aku idamkan . Dari dulu lagi aku ingin kan . Aku bukan hipokrit ! Aku bukan perempuan murahan ! yang suka menunjuk-nunjuk kan segala yang ada pada badan tersendiri . Aku adalah Aku ! Bukan orang lain . Jadi , kalau ada sahaja orang bersikap ' ketidakpuashatian ' , diam sahaja . Oh , jatuh daripada kesedaran memang memalukan . Tapi , aku tahu , Dunia ini hanya sementara dan aku hidup di dunia hanya untuk mencari Pahala .
Untuk bekalan pada hari akhirat . InsyaAllah :D Life will never be the same ! May Allah blessed and guide me to the right way . Ameen .

Monday, October 25, 2010

Kula-Kilo :)

بِـــــــــــــسمِ للهِ الرَّ حْمنِ الرَّ حِيم


oh , kula-kilo sejenis nama bagi orang yang terlalu happy-go-lucky :D Saya yang bagi nama tu .
ehehe , saya sudahpun bertukar kepada seorang yang ceria , plus abit bengong . As usual , Spm is coming around the corner , so , i need to be more happiness so that i couldn't count the days more . hahaha '
Can wait to fly from Malaysia , yeehaaa ! Many things i have to explore , etc : study of skills , and alls .
and afterthat , i will try my best to make my life become more simple and coolest :) yeah .
\
KEEP IT HARD NINA :D

Sunday, October 24, 2010

SKYPE :)

Bismillah .

    Oh , nampaknya setiap hari ana memegang laptop hanya untuk ber-Skyping dengan kawan-kawan ana .

Fatin Pka Amira dan Wan shafiqa :)

Ouh , semesti nya , kita akan berjumpa .InsyaAllah .
Ana janji akan menjadi seorang teman yang paling berharga dan Demi Persahabatan kita , 
ana tidak sesekali akan mengambil kesempatan ke atas persahabatan ini .
Enti semua kawan yang sangat baik dan tidak lupa juga , Ana akan sentiasa berada di pihak 
Enti tidak kira lah dalam keadaan sekalipun . 

Terima kasih kerana memberi sokongan 100% kepada Ana . 
Memberi sepenuh kepercayaan .
Tidak bukan , untuk Ana juga .






Friday, October 22, 2010

Cintakan Allah .


بِـــــــــــــسمِ للهِ الرَّ حْمنِ الرَّ حِيم            


Tolonggg! Rasa macam sakit je dada ni fikir macam mana nak selesaikan masalah . Lepas satu-satu datang ! Ya Allah ,kuatkan diri ini untuk menhadapi Ujian Mu . Aku lemah tanpa pertolongan Mu , ya Allah ! Aku perlu kan mu . Setiap malam air mata ini berlimpah . Tidak sanggup lagi aku memendam segala isi-isi yang negatif mahupun positif . Terlalu sakit , sakit kerana dikutuk , dihina , dicaci , dipermainkan . Aku sedih !Sedih dengan perbuatan aku yag selama ini aku ketepikan . Aku mengetepikan dengan menolak segala nasihat-nasihat kawan-kawan yang ikhlas membantu diri ini . Kawan yang sangat sayang pada diri ini! Aku degil . Keras kepala . Ya Allah ! 1000 PENYESALAN datang dengan sendiri .Aku malu dengan diri ini . Aku malu dengan keluarga . Aku malu dengan kawan-kawan . Aku malu dengan orang ramai ! Aku mahu kan sesuatu yang lebih baik . Tapi , masih mampu kah aku berdiri seorang diri tanpa sebarang semangat dan sokongan daripada kawan-kawan yang sudahpun menghancurkan jiwa aku dengan menyesatkan perasaan ini supaya ke lembah kejahatan ! Ya Allah , Aku terlalu sedih untuk mengingati semula apa yang telah aku lakukan . Dosa kecil hingga Dosa besar . Terasa macam aku telah melakukan dosa yang sangat besar . Ampun kan lah dosa-dosa ku ya Allah ! Aku tidak sanggup di humban ke dalam Neraka mu . Bimbinglah hamba mu ini ke jalan yang Lurus . Dan jauhkan lah diri ini daripada tipu-daya dunia dan kejahatan di dunia ! Aku perlu kan sokongan daripada kawan-kawan yang mengenali ku . Sanggup mereka itu menolak diri ini ke tepi . Menjauhkan diri ini ketika aku berubah menjadi lebih baik . Mengeraskan hati dan tidak memaafkan diri ini . Kenapa perlu berkeras hati .
Bukan kah aku ikhlas memaafkan mereka . Cara apa lagi yang harus aku lakukan untuk menunjukkan yang aku ini ikhlas ? Buka lah mata itu , Buka lah hati itu untuk menerima maaf seorang sahabat ini .


Andai aku salah ,ajarlah aku dengan perkara-perkara yang baik ,
Andai aku sesat , bimbinglah aku supaya ke jalan yang lurus ,
Andai aku menyakiti hati kalian ,maafkan lah aku dengan hati yang terbuka .


Kenapa harus aku pula yang dijadikan mangsa ? Aku ingin menbantu . Membantu supaya tidak sesat dan terpesong . Bukan aku ajar dengan perkara2 yang jahat . HAIH ~ minta lah doa kepada Nya supaya dilembutkan hati itu . Engkau itu hanya manusia biasa . Perempuan .
Insan yang lemah ! Penuh dengan nilai-nilai yang positif . Berhati mulia . Mampu memaafkan orang lain . Tapi , makin lama , aku tidak mengenali kalian . Kenapa ? Kerana kau berubah . Berubah menjadi Wanita yang berani melakukan perkara-perkara Mazmumah ! Mendengar kata-kata orang lain tanpa mengenali latar belakang dia . Hanya terus berkawan tanpa bertanya kan kisah silam nya . Sehingga kalian membenci diri ini sebagai mana Israel membenci saudara-saudara Islam di Sebelah Timur . Dalam Islam juga telah dikata kan :-


Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "


Lihat dan nilaikan lah yang mana baik dan yang mana buruk . Sesungguhnya doa orang yang dihina dan disisih di makbulkan . Moga-moga ana mendapat keredhaan Allah, insyaAllah .

Wednesday, October 20, 2010

NUR AMALINA ABDUL RAHMAN .

Bismillah .


ouh , sahabat yang selalu ada ketika senang dan susah . 5 tahun berkawan dan saling mengenali antara satu sama lain . Beliau yang tidak pernah putus untuk menghubungi aku . Macam tak percaya je . Well , firstly , i would like to thanked to about the things . HEHE , you're the BEST . Biarlah semua nya jadi kenangan . Dan kenangan buruk itu kita jadi kan teladan . Doa aku tetap untuk mu . Tidak kira lah kau yang berada di mana-mana . Aku susah kau tolong , kau susah , mungkin aku pula tolong . Kali pertama kenal kau masa dekat SMK seksyen 10 .Mendengar gosip yang bukan-bukan dari kau , aku senyap . Diam seribu bahasa ! Tidak terdetik pun hati ini untuk turut mengumpat . Sehingga lah , aku cuba untuk mendekati kau dan mengenali diri itu . Aku cuba untuk mnejadi kawan yang terbaik . Tetapi , dengan mulut orang sahaja , persahabatan kita terbantut untuk sementara .Aku cuba untuk memahami masalah-masalah kau , kau pula cuba untuk menjauhkan diri ini . Haih ~ bersabar ! Hinggalah , saat-saat manis datang dengan mengenali budak-budak SPRINTER . Kau pula yang terjebak dengan masalah aku . Aku minta maaf . Aku cuba sedaya-upaya untuk meminta maaf , kau nangis depan aku , kau marah aku , Aku minta maaf sekali lagi kerana melukakan hati seorang sahabat . Lepas itu , mula lah dengan gejala ponteng , setiap kali datang ke sekolah , kita lari ! Astgfirullah , tak baik !!! Sekarang aku taubat .Tapi , itu semua sudah berlalu , tinggal kan saja . Apabila semua nya berakhir pada peringkat itu , aku sedih sebab kau pindah , dan aku pun pindah . Takdir yang memisahkan kita sehingga sekarang . Takpe , walau apa-apa pun , aku akan tetap doa kan kau . Jangan sedih ye kalau ada masalah , cuba selesaikan dan tabah :D call je aku ni .Aku akan ada , tidak kira lah kau susah atau senang . Perangai kau dengan aku lebih kurang je . Takde apa pun yang beza . Kau pun suka makan benda yang sama . hehe , itu lah dia :-

                                           MAMA && AMALINA :)

sometimes .

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah .
Em , kadang-kadang bila kita rasa diri ini disisih jauh dari teman , terasa segan untuk melakukan perkara-perkara rutin di sekolah . Tetapi , Hidup ni mesti di teruskan . Apa-apa pun yang berlaku , jangan di hiraukan sebab orang yang selalu berhadapan dengan masalah yang sedang diUji oleh Allah adalah orang yang di sayangi oleh Allah . Jadi , saya rasa , saya tidak lah terlalu mengharap untuk memiliki kawan yang sedemikian . Saya rasa , dengan seorang pun saya dah boleh menjalankan hidup saya seperti biasa . Biar lah apa orang nak kata , selagi lidah belum terkena , ia takkan berhenti dari mengata.Wah , tak kesah sangat pun pasal kawan ni . Mungkin satu hari nanti , Mereka itu akan terkena lagi teruk daripada saya . Biar lah mereka seksa jiwa ni . Tapi , suatu hari nanti , mereka akan di balas teruk-seteruknya . Saya rasa Aman sebab takde kawan pun dah boleh hidup . Berubah salah ? apa yang tak salah ? Fikir lah , Semua orang berubah ! sama ada hati tu ikhlas atau tidak , malas atau rajin ? Jadi , please be more mature with your life !  Fikir kan diri tu , Fikirkan masa depan , jangan menilai seseorang , Jangan Angkuh , Jangan nak tunjuk siapa Raja dekat Bumi ni . Allah itu Maha Adil!
Bila kenal , berbuat baik , sudah lama , ambil kesempatan . Tidak ada siapa pun dengki . Diri tu yang penuh dengan Warna Hitam , Suci kan lah dengan berzikir ! Saya tidak lah Perfect sangat samapi nak bagi ceramah dekat mereka tu . Tapi , fikir-fikir kan lah ye , dah besar . Jangan suka berlakun dengan orang , nanti dia yang akan kena balik . Kalau ada yang membaca pasal ni , saya minta maaf buat kali terakhir , kalau tak nak tegur atau apa-apa , jawab lah dengan Allah . Saya tidak suka mengharap dengan Nilai yang ada pada Manusia ni . Kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam je . okay lah ! TERIMA KASIH UNTUK 'MEREKA ITU' . 

CLOCK :D

MASA :)