Alhamdulillah , Allah memberikan saya sedikit masa untuk menulis dan membuat 'karya' di sini dan pada hari ini .Okay , mengenai topik yang akan di tuliskan dan semestinya kita lihat , Dunia seakan masuk ke era JAHILIAH.Betul ? Pelbagai-bagai isu yang telah dibincangkan di berita , surat khabar dan semua tempat . Dengan ini , sekali lagi saya membuka permulaan topik ini dengan membaca Bismillah hirah ma nirrahim . Semoga kita mendapat sedikit pengajaran . Sebelum itu , saya bukannya seorang penulis atau seorang yang terlalu sempurna , tapi saya akan cuba untuk jadi sempurna .
Semua Wanita / perempuan pernah melakukan kesilapan . Tetapi , mereka sebenarnya tidak tahu apa yang jiwa dan perasaan mereka sendiri mahukan . Diri mereka telah di semaikan oleh Nafsu-nafsi mereka sendiri . Berdasarkan tajuk tentang Jaga Maruah Perempuan . Mereka tidak langsung fikir . Hanya yang mereka fikir , Lelaki , Harta dan Nafsu . Astagfirullah :( Sedih melihat dunia sekarang . Takut untuk melangkah keluar dari dunia sebenar . Pelbagai ragam dan kejadian yang tidak diingini bakal akan terjadi . Perempuan sekarang seakan-akan mahu mengikut rentak wanita jahiliah yang dulu nya berperangai tidak senonoh . Ya Allah !
Dan perangai itu , telah di bawa pada masa kini . Makin kita di dunia , pelbagai masalah yang kita terbuat malah kita tak sengaja terjadi . Bagai apa yang diundang , lain pula datang . Sedih dengan manusia , sedih dengan dunia. Mengingati tentang cerita di Facebook , tentang hari kehancuran . Di mana Malaikat akan meniup sangkakala dan telinga kita akan menjadi pekak . Nyawa pula akan di tarik , yang tinggal hanyalah jasad .Setelah beberapa ribu tahun , kita akan di hidupkan semula setelah Malaikat meniup untuk kali kedua . Pada masa itu , kita berada di tempat dan padang yang begitu luas , permukaan yang rata , dan semua nya dalam keadaan terlanjang dan hina . Astagfirullah :( Aku takut untuk menyambungkan penulisan ini .Ampuni lah dosa Hamba mu ini Ya Allah :( Pada saat itu , manusia akan menjadi terlalu huru-hara sehingga matahari akan berada sejengkal dengan ubun-ubun . Dan pada masa itu juga , Malaikat Rakib & Atib akan menyerahkan buku-buku amalan kita semasa di dunia . Yang Islam akan di beri dengan tangan KANAN , dan yang bukan akan di beri dengan tangan KIRI . Moga kita mendapat keredhaan Allah .
Di sini , para Wanita yang akan kita lihat , terlalu ramai akan masuk ke dalam neraka . Kerana mereka terlalu leka dengan perintah Allah dan suami mereka . Tidak mematuhi perintah Nya dan suami mereka . Berdosa besar! Nauzubillah . Maruah bagi seorang Wanita adalah penting dalam islam . Wanita yang mempunyai harga diri yang terlalu tinggi untuk di bezakan dengan kaum adam itu . Sepertinya , Fatimah az-zahra yang menolak semua pinangan lelaki yang lain selain Ali . Bukankah akhirnya mereka di satukan ? Saya sebagai kaum Hawa juga akan cuba berperilaku seperti Aisyah R.A , Fatimah Az-Zahra , dan sebagainya . Ingin juga menjadi seperti mereka itu . Tetapi , perlu kan masa untuk berubah . Siapalah saya yang selalu saja membuat dosa di muka bumi Allah ini . Terasa malu untuk berjumpa dengan Allah sebelum jasad dan roh di pisahkan . Mengenal erti Dosa & Pahala sepatutnya mesti di ajar di peringkat akar umbi . Barulah apabila dewasa kita tahu apa definisi yang dikatakan Dosan & Pahala. Dan Alhamdulillah :) Kawan-kawan yang baik datang untuk menemani saya . Saya tidak perlu kan kawan yang berhati busuk dan juga ingin menyesatkan diri ini ke lembah maksiat . Allah itu Adil ! Allah itu Maha Berkuasa ! Di Akhirat akan dihitung segalanya . Melihat segala kesilapan yang telah dilakukan oleh setiap manusia . Dan sesiapa yang bertaubat dan kembali ke jalan Allah , iaitu jalan yang bercahaya (Hidayah) , maka segala kesilapannya akan diAibkan oleh Allah SWT .
Insya-Allah , moga kita di jauhi dari apa neraka . Menonton salah satu cerita iaitu 'Maut' yang sentiasa membuatkan saya takut untuk membuat perkara jahil . Astagfirullah ...
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang- orang musyrik oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
Dan semoga apa yang telah saya sampaikan tadi , akan kita lakukan untuk mencari keberkatan dan bekalan untuk dihitung semasa hari perhitungan nanti . Insya-Allah , Amin .
No comments:
Post a Comment