Nuffnang Ads

the sibs (;


Tuesday, February 14, 2012

Semester ketiga.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Makan tidur Makan tidur, tengok-tengok dah semester 3. Masa semakin laju. Aku rasa macam nak nangis je bila aku fikir balik, banyak benda yang aku dah buangkan masa. Dulu masa kat sekolah, banyak benda negatif aku buat. Adui, ponteng sana sini. Tapi, Alhamdulillah sebab results SPM okay. Takde A, Takde G. Cuma sedih je lah, sebab masa aku banyak terbuang masa zaman sekolah dulu. Haha, cinta monyet kat sekolah takde. Sekarang pun, aku setia. Alhamdulillah. Setia pada sidia seorang saja. Daripada 2010 sampai sekarang. Biar Allah je jaga hati kami. Aku tak nak sakitkan hati dia lagi :) Kalau tak dijodohkan kat dunia pun tak apa. Syurga ada. Dunia yang kekal, syurga <3 Okay. Balik ke entry post kali ni. Semester ketiga. Wah! Banyak assignments sangat.

APAKAH ASSIGNMENTS ANDA?

1. ZHURUF QUR'AN (GEOMETRY DESIGNS)
2. KHAT THULUTH.
3. SENI CAT AIR
-PROJECT PENTING KENA SIAPKAN 4 PROJECT PENTING.
4. BERSEDIA MELANGKAH KE-SEMESTER 4 PADA BULAN 7 NANTI.

arghh, banyak kerja. Maafkan aku kalau aku tak sempat nak balas mesej atau jawab panggilan daripada sesiapa pun. Betul-betul busy. Haha, kalau nak tegur tu, post je dekat wall Facebook. Comfirm aku tegur balik. Cewah! Semester 3 ni banyak praktikal. That's why I'm little bit busy with my final projects. Hihi ^^



Ini lah saya :)


Blackberry

Bismillahhirrahmanirrahim.

Selamat petang semua. Well, as usual. Apologize once again for the lately updated blog. I'm very busy with my own life. Okay, Entry post kali ni mesti korang suka. Mana tak nya. Blackberry. Bila sebut tentang blackberry semua nak pakai blackberry. Bila keluar Iphone baru, semua nak pakai Iphone. Bila nak keluar Galaxy Tab, semua nak pakai. Biasa lah, manusia tak pernah lari dengan kehendak masing-masing. Selagi ada 'benda' baru semua kita nak cuba. Kan kan? Aku pun pakai blackberry. Tapi takde lah smpai nak beli Bold ke, torch ke. Aku pakai curve je. Hihi, orang yang suka bersederhana dalam apa jua barang sekalipun. Itu lah aku. Hua hua.

Apa motif aku pakai Blackberry?

-sebab aku nak jimat kredit bila aku masuk internet.
-sebab aku nak main games.
-sebab aku suka keypad dia.
-sebab dia ada lampu merah bila ada notifications.
-sebab aku boleh letak tinted-screen.

Haha, lain orang lain persepsi dia. So, aku pakai la blackberry. Lagi 1 sebab aku boleh ber-Blacberry Messanger. Kah kah kah! Hari-hari topap rm10, untuk 1 minggu. Sebab aku bayar (Bis) untuk 1 minggu je.
First aku pakai blackberry ni, aku rasa janggal gila. Dah la sebelum ni aku pakai Iphone. Lepas tu Iphone aku hilang masa 31/12/2011 :( Sehari sebelum Tahun Baru. Macam ada Hikmah je. Mungkin masa tu Allah nak suruh aku lupakan kisah-kisah lama yang terjadi masa 2011 kot. Mungkin =/ Tapi, walaubagaimana pun, aku bersyukur sebab aku dah ada new phone. Blackberry. Sebelum Iphone, aku pakai blackberry cikai je. Yang cetak rompak tu. Hahaha! Tapi sekarang aku dah pakai yang Original lagi. Ha, Alhamdulillah.


Friday, February 10, 2012

19 Tahun.

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah memberi ku peluang untuk menulis atau mencoretkan isi hati yang sudah lama tidak dicoretkan :) Bersyukur. Dan Alhamdulillah juga, 19 tahun telah menjadi rapat dan sepadan dengan diri ku. Akhirnya, fikiran dan diri ku semakin matang. Setiap manusia, ujian dan cabaran hidup nya lain-lain. Aku dan sidia juga sedang mengalami masalah masing-masing. Sibuk dan tidak dapat dielakkan daripada masalah tersebut. Semoga Allah kuatkan iman dan diri kami, amin ya rabbal'alamin.

12:00AM. Jumaat. Penghulu segala hari. Kan? Semoga Allah bersama kita sentiasa. Maaf jika sudah lama tidak munculkan diri untuk menulis blog ni. Sudah bersawang pun. Hihi. Okay, 18 januari 2012, sudahpun berlalu. Berarti, 19 tahun adalah angka yang kian meningkat untuk ku. Dan cabaran semakin membuak-buak, seperti air panas yang sedang menggelegak. Whoa! Nampak saja 19 tahun itu semakin matang, tapi sebenarnya, proses untuk melalui KEMATANGAN itu sangat mencabar. Macam aku, aku diberi ujian untuk berpisah dengan sidia. Hampir 2 tahun. Dia di Bangkok, dan Aku di Malaysia. Tanpa berhubung melalui telefon dan facebook. Hanya berhubungan ketika berdoa dan di hati saja. Aku harus bersabar kerana Allah memberikan dia pada ku, untuk menguji kesabaran dan kesetiaan :) Jadi, aku harus melalui nya itu dengan penuh rasa rendah diri dan sentiasa bersujud pada Allah supaya aku diberi kesenangan kelak bersama dia.

Ujian dan cabaran itu sama. Tetapi, tidak sama bagi semua manusia. Ada yang diuji dengan berat dahulu,kemudian baru lah ringan, dan ada yang diuji dengan ringan dahulu, kemudian baru lah ujian yang berat. Bergantung pada kemampuan masing-masing. Tapi ingatlah bahawa, apabila di uji, maknanya, Allah itu menyayangi kita, Allah itu rindu akan suara kita. Suara yang sentiasa menyebut nama Dia. Allah mahu kita bersama dengan Dia lebih. Sebab itu Allah ciptakan waktu malam untuk kita sujud dan cerita pada Dia, apa yang kita rasa tentang Dia :)

Setakat ni, Alhamdulillah, Aku rasa tenang bila solat 5 waktu, aku jaga betul-betul. Tanpa segan silu, aku abaikan apa orang kata tentang diriku. Sampai bila nak stay with a bad reputation kan? Ni dah 2012. Nak tunggu pintu taubat tutup, baru nak berubah? Hm, jangan lah macam tu. Sementara Allah tengah bukakan pintu taubat ni, lebih baik lah tambah amalan. Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita mahu, dan Niat yang baik, sentiasa Allah makbulkan. Jadi, jangan lah takut untuk berdoa. Yang penting ikhlas. Okay?

Lagi besar angka, Lagi mencabar ujian Allah itu. Jangan ingat bila diuji tu, kita adalah insan yang banyak dosa eh. Bukan! Bila seseorang itu diuji, itu makna nya, Allah sudah pilih kita sebagai hamba Nya yang paling disayangi dan Allah rasa, dia memang seorang yang kuat dan tabah. Tahu kah, bila kamu solat dan sujud, dan masa itu lah Allah semakin hampir dengan mu. Tidak kah rasa nak jumpa dengan Allah? Alangkah rugi nya jika dia orang islam dan dia tidak solat 5 waktu. Ni dah 2012 wahai manusia! Minta lah doa pada Allah supaya Dia buka kan pintu hati mu itu untuk kembali ke jalan yang benar :D InsyaAllah. Niat baik, pasti Allah kabulkan. Jangan risau! Bersemangat dan tabah hadapi segala ujian Nya, dan kamu akan perolehi kesenangan dan kebahagiaan di syurga kelak!