Nuffnang Ads

the sibs (;


Wednesday, August 24, 2011

Photoshoot di Shah Alam

Bismillah,






yaaahhh! Comel tk? Itu kawan aku :P Gambar yang paling aku suka ialah:
 *
*
*
*
*

isha and nani :)

ni la fevret gmba yang paling aku sukaaaaaaaaaaa!!

Okay, dah dah. No more pictures :P Aku nak buat assignments, apa-apa pun, selamat sahur :P


Ainina Moxie semakin Berubah.

Bismillah,

selamat petang para pembaca bloggie :) Hanya senyuman tanpa berkata apa-apa. Hembusan sedikit mengganggu pemikiran. Pernafasan sedikit tidak tenang. Cuba untuk menyambung untuk bercerita. Hari-hari seperti biasa, dan tidak berubah. Semakin hari, semakin berubah. Baik dari segi fizikal dan mental. Posts kali ni, mungkin akan menjadi posts yang terakhir ataupun tentang diri si penulis ini. Aku sudah penat untuk menghadapi segalanya. Masalah datang bagaikan air yang mengalir laju. Deras. Mengapa kah semua nya jadi macam ini? Hari Lebaran semakin tiba, dan dekat. Hampir sangat. Tapi ke mana gembira nya itu? Ke mana suka nya untuk menyambut hari tersebut. Tiada rasa sedikit untuk menegur sesiapa. Baik keluarga atau kawan. Mengapa Ainina jadi begini? Mana dia yang dulu? Tidak endah apa orang kata tentang dia. Kini, terasa pedih jika kata-kata yang keluar dari mulut orang itu amat menyakitkan hati aku. Kenapa semua nya jadi macam ni? Malas yang teramat. Malas untuk bercakap dengan sesiapa pun, malas untuk membuat segala nya. Ya allah. Hanya Allah yang tahu. Tak apa lah, serah pada Allah je. Tapi kenapa Ainina dah tak macam dulu? :( Aku nak diri aku balik! Aku benci keadaan macam ini! Mana semua kebahagiaan tu? Kenapa asyik air mata, kenapa asyik kepedihan yang aku harungi? Kenapa asyik duka yang aku jalani untuk kehidupan seharian ku? Mengapaa!

Jika terjadi apa-apa, anggap saja ia telah berlalu. Jika terjadi apa-apa pada diri ku, anggap saja diri ku ini tidak wujud, jika terjadi apa-apa, anggap saja, aku pernah memaafkan segala dosa-dosa semua orang, dan jika terjadi apa-apa, diminta untuk semua kawan-kawan doa kan yang terbaik untuk ku di sana. Moga Kebahagiaan milik kawan-kawan ku semua. Tiada sedikit pun kesedihan apabila suatu hari nanti ku, pergi membawa kenangan-kenangan yang pernah berada di sisi ku, mahupun di hati :( Tiada siapa tahu tentang apa yang aku alami sekarang. Hanya perkataan 'Trauma' dengan kehidupan saja aku boleh beri. Aku takut untuk mendekati semua orang, takut kehilangan mereka. Segala Kesengsaraan hanya lah sementara, dan bahagia juga adalah sementara. Jangan bersuka-suka sangat kerana kelak dia akan merasa duka. Ya, itu adalah satu fakta, yang selalu dikatakan oleh orang-orang kita. Terima padahnya, jika kita lalai dengan dunia. Allahu akbar! Bangkit nina, jangan lemah.

Tepuk dada, tanya di mana semangat di mana? Itu saja nina oi!

Bangkit lah dari dunia kelemahan itu, jangan terpedaya dengan kata-kata dari mulut orang yang tidak memberi semangat untuk kawannnya yang sedang susah ini. Kuatkan semangat. Kau boleh nina, hanya sedikit lagi sahaja untuk mencari kemenangan. Sabar dan tabah. Minta doa dalam hati supaya Allah permudahkan segalanya, insyaAllah, ameen.

Chaiyok!!!

Friday, August 19, 2011

Kehidupan berubah setelah citarasa pun berubah

Bismillah,

ahh, selamat petang pembaca-pembaca bloggers! Hohoh, maaf lama sudah tidak update blog ni. Im busy with my assignment. Aihh, manyak tertunggak wohh! :( aduhai. Geram. Kenapa setiap tahun, mesti ada rasa malas yang terlalu terlampau. Help! ekeke.... Okayy lah, meh sini aku nak cerita sikit sepanjang bulan ramadhan. Apa yang aku rasa k?

Rutin setiap hari untuk ke kelas! Ahhh, sangat malas dan malas sangat. Tahu tak kenapa? Sebab mood down and im very stressed about the life! Mungkin semua orang kata aku ni kuat ketawa and alls. But then, it was very painful. Painful sangat. Rimas gilaaa dengan semua masalah. But everytime we do something that can make from easy become a very difficult thing. Aiyahh! Sad. Em, kadang-kadang kita berada di bawah, kadang-kadang di atas. Mana kegembiraan tu? Mana kebahagiaan tu? Tak kan hilang kot.

Sepanjang bulan ramadhan ni, aku rasa, aku banyak habiskan masa aku dengan lepak kat Tasik shah alam. Kadang-kadang aku pergi dengan izaty, kadang-kadang dengan isya :) Hohoh! Nak tenangkan hati yang terlalu sempit ni. Biasa la, dah kata student, MESTI banyak kerja. Kena pergi sana, pergi sini, aduhai. Sepanjang bulan ramadhan ni, aku mcm biskut. Kejap lepak rumah, kejap lepak mall, hahaha. Aku bukan perempuan yang suka duduk rumah okay? haha, harap maklum.

Okay, aku cuma nak ketenangan yang sebenar. Adui, ya Allah, moga beri pertunjuk pada hamba Mu ini :)

Tuesday, August 02, 2011

Microsoft Excel 2007

Bismillah,

Selamat pagi korang! Ngee. Hari kedua puasa. Pagi-pagi bangun awal. Sebab kelas seperti biasa, pukul 9 pagi. Aku siap-siap, pergi pukul 9:30pagi. Ainul dah pergi dulu, tinggal aku dengan aisyah je kat rumah. So, aku pergi lepas ainul. Hari kedua puasa, sahur tadi aku makan roti gardenia coklat 2 ketul dengan minum milo secawan. Lepas tu, biskut marrie 4 keping. Alhamdulillah. Cukup lah dengan makanan tu, aku bersahur. Tak apa, suka dan itu lah rezeki aku untuk aku sahur kat rumah sewa tanpa mak dengan ayah dengan adik kat rumah damansara. Redha :( okay, lepas je sahur dengan diorang, seperti biasa, ainul, kak aisyah dan kak nik, aku diam, dan terus naik ke atas. Sampai je kat bilik, tidur sekejap. Sementara tunggu azan subuh :) Solat. Okay, lepas tu tidur balik. hihi~ Terukkan?

Dari Ibn Qaiyim :
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."



Heheh, okay. Tarbiyyah untuk diri sendiri, jangan tidur wahai puteri Ainina Moxie. Nanti bila dah tidur subuh, anda jadi malas untuk buat kerja~ So, buat lah apa-apa yang patut, okay? :) hihi. Dah bangun, siap-siap. Datang kolej. Terus masuk kelas, bukak lappy, Online sekejap. Hahah! Check notifications dan emails. Alls. Tup tup tup..


kak wan (seorang lecturer kami yang sangat lemah-lembut). dia kata kelas pukul 10 baru mula sebab nak tunggu kawan-kawan yang lain. Em, boleh tahan. Sementara tu, aku online la facebook page dan update blog, kikiki.


Memandangkan jam dah pukul 10 pagi. Kelas pun dah mula. Apa lagi, kitaorang pergi ke Library untuk buat kerja masing-masing. Tugasan yang kak wan bagi kena siapkan. hahah! Belajar tentang MICROSOFT EXCEL 2007. Tapi aku punya M.E 2010 :) HEHE, bangga seh. Nak tengok tak gambar buku tu? hihi.



macam mengong je muka aku :P muka orang puasa memang macam gini, hihi. comel kan? kan? kan? Okay, dah settle buat assignment kak wan, aku pun pasanglah broadband maxis aku ni ha, dan update blog aku ni ha :D hihih. Selamat membaca, jangan ikut perangai aku tau, ada kelas, sempat lagi nak update, hahah! Gengster :P hihihi

Raihan Vs Pelajar Kolej Restu

Bismillah,


famous tak kami? Lol. Hihih.
*
*
*
cop-cop. Ada dua org hilang, aisyah dan kak su! Mana mereka? HEHE. Tak apa lah, yang penting, kami dapat bersama raihan! Kikiki :P

Terima Ujian Allah dengan Redha

Bismillah,

Sekali lagi hembusan dari paru-paru terus ke mulut. Membuka Blog ini untuk mencoretkan sesuatu yang sangat perit, yang tersimpan di dalam hati mahupun fikiran. Ahh! Ujian dan Ujian. Allah maha Adil. Ingat Nina! Ramadhan ini, terasa sangat-sangat sayu. Entah mengapa? Sayu dengan tangisan yang terbuku di dada. Menjalar-jalar masalah tanpa memotong tali untuk memberhentikan masalah itu. Buntu. Allah itu Maha Berkuasa. Dia memberi ujian tanda sayang. Ramadhan ini, solat terawihku, ibadah puasaku. Rindu seperti tahun-tahun yang lalu. Ke mana kemanisan itu semua? Hilang? Tak bersemangat? Atau Malas? Ya Allah, kuatkan diri ku untuk menghadapi segala Dugaan yang Engkau beri pada ku.

Antara Ujian-Nya yang aku hadapi masa puasa ni, masalah bersama 'sidia', masalah kewangan, masalah hati dan jiwa, dan kehidupan :) Tak apa lah, terima je, tetap boleh senyum. Hihi, Berdoa selalu pada Allah, tak kira lah lepas solat ataupun tengah duduk sorang-sorang, moga dimakbulkan doa anda, kan? kan?

Teruskan perjuangan wahai Ainina

Okay, insyaAllah. Katakan pada diri sendiri. Jangan katakan saja ainina moxie, tapi lakukan nya. Allah sentiasa ada bersama :) selamat berjuang untuk menjadi umat islam yang disayangi oleh Allah.


Monday, August 01, 2011

Puasa untuk Hari pertama.

Bismillah,

selamat berbuka puasa dan solat terawih korang-korang semua. Macam mana puasa kali ni? Tahun ni? Okay tak? ke K.O? ish ish, bersemangat tau :) Hopefully u guys okay. And moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah. Sayang Allah. Em, Hari ni hari isnin. Hari rasmi untuk semua orang. Wah wah, selamat berpuasa. Hari isnin, seperti biasa, kelas ustaz Ilham. Matapelajaran : Khat Nasakh. Hihi, bersemangat ni. Bangun awal. Pukul 4:10pagi, ada masa sikit, online sekejap. Check notifications, sementara perut belum terasa nak sahur. Agaga. Dah check notifications apa semua, tengok jam kat handphone. 4:45pagi, okay. Letak mode SLEEP kat lappy tu, lepas tu turun bawah. Masak untuk Sahur. Jangan ingat Ainina Moxie tak pandai masak k -.- Aku cepuk nanti. Em, haih. Kikiki, okay. Dah masak nasi apa semua. Aku niat lah untuk puasa 30 hari and puasa esok hari. Makan-makan. Tiba-tiba, pintu bilik bawah terbukak:

jeng jeng jeng...

Ainul Ashrah keluar: 'awal bangun'
Ainina Moxie tengah makan : 'hehe, biasa lah'

Tapi yang bestnya, lepas makan. Kitaorang ketawa pepagi buta, time sahur tu ketawa terbahak-bahak. Aisyah lagi bagus, lepas je aku makan, aku masuk bilik kak nik, bilik nombor 1, tengok dia bangun ke tak, kot-kot dia tidur senyum ke, hahah! First aku masuk, dia tidur lagi, kali kedua aku tengok dia siap baca magazine lagi, wakaka! Hebat betul. Bagus-bagus. Sahabat! Jangan nilaikan seseorang dari paras rupa dan perangai luaran, tanpa mengenal erti perangai dalaman, ecehwah! err, lagi 1, jangan sukasuka nak buat kawan sendiri terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut. Jaga-jaga sikit lidah tu kay :)

Lepas sahur, aku, ainul dengan aisyah tidur balik lepas solat subuh, hehe. Best! Kitaorang tidur, sampai terlambat nak pergi kelas. Terima kasih puan Katerina, sebab kejutkan, hahaha! Joking* hahah! okay-okay. Maafkan kami ustaz ilham sebab lambat, terlalu letih kot. Apa-apa pun best kelas ustaz tadi. Balik pukul 3:30petang, sampai rumah, terus mandi, masak nasi. Hari ni berbuka sardin dengan air milo je. Itu pun kongsi dengan kak aisyah dengan ainul :) Alhamdulillah. Kenyang. Terima kasih Allah. Solatku, akan ku pelihara seperti benda yang ku sayang sangat-sangat <3 insyaAllah. Moga Allah kuatkan diri ini untuk puasa selama 30 hari. InsyaAllah. Puasa molek-molek okay korang semua, ceh ceh :D selamat malam. Tidur awal tau, esok bangun macam saya, 4:10, lepas tu online skejap, then, baru sahur, hihi. k. ngee