Gong Xi Fa Cai .
to all my classmates , friends , consultancy , teachers , and beloved fans :P
HAHAHA! okay, rasa nya dah ramai aku wish, maklum lah ramai kawan dari pelbagai bangsa, Hidup aku senang saja, ketawa dan senang hati. Jadi, siapa yang nak kawan dengan aku, dia kena tahan perut dia sebelum perut dia tu bocor dan otak dia jam, hahah~ okay, Hari ni Raya Cina. Apa aku nak buat eh? Orang semua balik kampung, jumpa nenek/atuk, aku? Err, duduk rumah sekejap kot, kejap lagi baru balik kampung. Kampung aku dekat saja, bukan jauh ke Utara ke, Selatan ke, Timur ke, Barat ke? AHA, kampung aku kat KL. Itu belah my dad side, kalau mak aku lagi dekat. Sg.Buluh! hahah, jimat harga minyak, tak payah isi banyak-banyak pun kalau nak balik kampung tu. Untung lerr~ hahaha. Cerita pasal Raya cina semalam, punya lah bising. Ya Allah :S Aku tidur pun tak selesa. Tapi bila tengok kat tingkap macam best. Nak celebrate jugak dengan family, apa kan daya aku hanya mampu tidur saja, sebab masa tu dah pukul 1 lebih. Jadi, mengantuk lah kan. Baik aku tidur daripada aku tengok Fireworks tu. Tengok sorang-sorang tak best, takda feeling. Hahaha, baik aku tengok dengan kucing aku. Tapi masalah nya, diorang pun tidur kat bilik aku, atas sofa pulak tu. Haih, angin betul. Tidur pun berdengkur. Aku tak faham betul dengan kucing zaman 2010-2011 ni. Semua pelik-pelik. Nak cekik takut dia mengigau pulak. Dah tu, aku biarkan lah dia berdengkur. Tah apa dia mimpi sampai sedap sangat tidur tu. Air liur sampai keluar.. eee, pengotor kucing aku dua ekor ni. Dah lah hitam 1, 1 lagi putih. Dah macam teman sebulu aku tengok. Belangkas , hahaha.
K-todd / ketot |
Ivory / Ivy |
ketotvy . HAHAHA , aku tak tahan ketawa tengok diorang ni. Amboi~ sedap nya dia tidur, dan sekali aku pukul si IVY. nak tahu dia buat apa? Ada ke patut dia peluk hnset aku. |
AHHAHAHAHHAHAHAHAAHAHHAHAHAHAH!
dalam tandas |
aku memang dah tak tahan nak ketawa lagi lah macam ni. Tidur berdengkur, aku tak faham betul apa masalah dua ekor mamat ni. Macam-macam betul. Seekor tidur peluk hndset, yang seekor lagi tidur dalam tandas. Aku tahu lah aku ni kuat pasang aircond. Agak-agak lah k-todd hitam oi nak tidur dalam tandas. Ish-ish. Cerita pasal Raya Cina, Pasal kucing pulak keluar, lawak betul aku ni. Hari-hari korang kawan dengan aku lama-lama tak betul nanti. Tapi apa salah nya kita jadi tak betul sekali-sekala. Bukan selalu pun. Okay, kejap lagi, lepas solat zuhur nak ke KL untuk berkumpul ahli keluarga bersama adik dan abg sedara yang tersayang saya. Aina syasya dan Ahmad Sadiqin yang sekarang tengah buat medicine kat Uitm kot. Lupa* sorry tau. Nina tak ingat, jangan marah kalau korang baca post aku ni. hahaha. Esok pulak berkumpul di rumah nenek, Kuang, sg.buluh. Ada perbincangan Rasmi kata nya. Aku tak nak masuk campur pun sebab tu semua perbincangan orang-orang tua sahaja. Remaja tidak dialu-alu kan untuk berbincang sama takut sesat pulak plan orang-orang tua tu nanti. Em, tahun ni rasa macam biasa je raya cina. takpa-takpa ,kita tunggu Raya deepavali pulak macam mana. Kot kawan-kawan aku yang kat batch 1993 tu boleh join kawan indian aku untuk celebrate bersama-sama. Hahaha. Mana tahu dapat makan KARI free ke? Apa-apa pun, aku happy tulis blog pasal cerita ni. Okay, SELAMAT TAHUN BARU CINA <3
No comments:
Post a Comment