Berfikir dan teruskan perjuangan seorang Insan yang digelar Mujaheedah.
Dan Mujaheedah itu sangat Pahit .
Tidak seperti Syurga Allah .
Berhati-hati dengan setiap gerak-geri .
Tidak kira di mana jua kita berada .
Tenang atau gelisah.
Suka atau Duka .
Sedih atau gembira .
Sama atau Beza .
Berselisih faham dengan sesiapa juga .
Ah!itu semua kata-kata semangat yang kian membuat diri ni merosot .
Jatuh dan tidak terdaya untuk bangun .
Ibarat burung yang tidak boleh untuk terbang ke awan biru .
Sedih , Pedih , Kecewa .
Tidak siapa-siapa pun yang faham tentang diri ku .
Susah untuk ditafsirkan .
Susah untuk di sama kan dengan perempuan diluar .
Pening dengan perasaan sendiri .
Sukar nak dilihat kelemahan diri sendiri .
Apa yang aku mahu ?
Apa yang aku peduli ?
Apa yang aku benci ?
Tolong jangan fikir negatif nina !
Awak kena kuat , Awak kena lalui semua ni .
Awak mesti tabah ! Awak bukan pengecut .
Awak dah matang , Awak makin dewasa .
Semua ni kata-kata semangat daripada kawan-kawan .
Tapi , sebenarnya , aku cuba lawan , tetapi gagal .
Takut untuk kembali ke tempat asal .
Takut untuk bergembira .
Salah langkah , takut pula difitnah .
Tapi , aku percaya , Allah Maha Besar !
Dia atur segala Nya untuk Hamba nya .
Sehingga ke Akhir Hayat ...
No comments:
Post a Comment