Nuffnang Ads

the sibs (;


Monday, April 25, 2011

TAK boleh tidur

Bismillah,

halu-halu, selamat pagi kawan-kawan oi! Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Assignment aku, aku tolak tepi untuk seketika. And aku nak tulis blog. Dan lama tak tulis blog ni. Dah berhabuk dah pun :P Aku rasa penat sangat hari ni. Dari hari sabtu, aku beraktiviti sendiri, macam-macam benda aku pendam, aku simpan dalam hati. Ya-ya, semua bising suruh aku luahkan semua nya, Tapi biarlah rahsia :D Aku lebih selesa untuk bagitahu cik abg sayang tu semua masalah aku, sebab dia sorang je boleh faham aku. Okay, aktiviti aku dari hari sabtu, aku cuci tangga hostel dengan kakak aku tu. Kak fiza! <3 sampai nak patah tulang belakang~ adui, ponek den tahu tak! Dari petang sampai maghrib, dengan kak diyana sekali, hihih! Aku sebagai adik, jadi orang tengah, angkut baldi dari dalam rumah, bawak turun bawah, sangat perit tulang belakang aku, hahaha! nak patah je. Tapi takpe, atleast aku ikhlas, ceh ceh, hehe! Lepas makan dengan kak fiza, and kak diyana, dah bergossip sana-sini, kita orang pun pergi kedai makan, kat cafe merah.

 
alaa! gambar kak diyana tak sempat nak upload lagi :P

kak diyana :)


 Sedap gila air bandung cincau tu, yummy! Nasi ayam. Fulamak! sodap. :P hihihi~ okay-okay. Itu jadual aku untuk hari sabtu, untuk hari ahad, iaitu hari ni, 25/4/2011, yang lagi penat plus letih. Aduhai~ Lagi lah, pagi-pagi dah kena bangun. Kemas rumah, nak bangun pun tak larat. Mak bapak aku ajak balik, tapi aku tak nak, sebab aku kesiankan effa, tinggal sorang kat hostel nanti. haha, aku adalah seorang kawan yang sanggup buat apa demi kawan, lagi-lagi kalau susah. Fuh, aku memang tak suka tengok kawan aku susah. Hohoh! Em, pagi sampai petang kita orang lepak dalam bilik je, buat assignment dengan kak fiza, kak huda, and effa sama-sama. Gelak senyap, gelak senyap, hahaha, itu lah kami. Tak boleh blaa lahh! Jangan ikut perangai kami okay? :) hihih~

Em, hari ahad, aku lepak dalam bilik je. Tah apa yang penat, aku pun tak tahu :P hahah. Lepas je siap assignment aku yang susah-susah tu, aku pun siap-siap pergi mandi and alls. Kakak-kakak comel ni cadang nak pergi giant shah alam :P so, semua siap-siap, masing-masing ada personaliti masing-masing. Hahah! Yang lawak nya, sampai je Giant, terus cari kedai makan, MCD lah, apa lagi. Wah wah, sampai sakit perut aku makan. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni, wah wah, konyang den makan ayam spicy dua ketul,air sprite, kenyang tau, Kalau nak, beli sendiri :P wakaka. Okay. Lepas makan, kita orang 4 orang jalan-jalan, masuk giant. Aku beli kotak, untuk simpan baju-baju dalam almari, yang lain cuci mata je, jalan-jalan. yuhuu~ Sampai je kat bahagian khemah-khemah, skateboard, dengan bola basketball, kita orang campak-campak bola tu, bising-bising kat situ, macam kingkong masuk bandor, tak tahu apa benda, kuno! hahahahahah~ aku pun tak paham :P pastu, bila jumpa cermin, kita orang pun tangkap gambar :P hihihi, nak tengok tak?

nina, kak fiza, kak huda and effa!

Yeah-yeah, mereka terhebat :)

cantik tak diorang? hahah! model. Phiwitt. Okay, memandangkan semua dah penat, semua balik :) Cari teksi, haha, Dah lah hujan, lepas tu teksi pulak lombab. Nyampah! MEMANG DUGAAN untuk kami. Dan sampai kolej, kita orang pun snap gambor. nak tengok tak? :D

lawa kan? kan? kan? :P

hahaha! Kalau cun, add lah aku kat facebook, hahah~ :P lalala. Err, lepas petang keluar, malam pulak keluar, lepak kat burger king dengan effa, akmal, nazim and danny :) hihih! terbaek. Tak lupa jugak untuk hafiz casablanca? LOL! nak tengok muka diorang? nanti aku tangkap gambor dengan diorang ok? :D malu aii~ hahah, apa lah.

Malam ni, aku lepak bersama bantal di atas katil dua tingkat ni, penat den nak panjat. Dah macam tarzen wanita dah, adoi. Hahah! Lawak. Weh, cop! Aku nangis lah hari ahad ni, aku nangis aku rindu cik abg tu. Rindu dia sangat~ Alamak! ok-ok. Dah pagi ni, baik aku tidur :D esok kerja banyak, err, selamat pagi buta kawan-kawan, para bloggie, orang-orang yang tersayang, dan kakak-kakak hostel, hihihihi~ mimpi indah!

P:S// RINDU AKIMI SHAMIN!

Friday, April 22, 2011

jatuh sedikit

Bismillah,

Selamat petang untuk pembaca-pembaca bloggie. Adui, aku ni kejap ada, kejap takde.Dah macam biskut chipsmore pulak. Alahai~ Ouh tidak, dari masa ke semasa. Macam-macam masalah datang. Masalah tak pernah berhenti pun. Macam ombak datang tanpa di undang,kan? Haih. Kadang-kadang kita rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih. Macam awan. Kejap cerah, kejap mendung. Ya Allah! Biar Dia yang aturkan segala Nya untuk Hamba nya ni. Okay, cerita pasal life aku kat college, aku sekarang banyak keluar malam, siapkan assignments yang lecturer kasi. Adui, memang berlambak betul. Ponek den! Takpe lah, yang penting aku siapkan kerja tu untuk dapat markah, Hohoh!Okay, aku pening gila fikir masalah aku ni ha. Dari muda sampai lah remaja yang dah nak ke alam dewasa ni, aduhai~ Sangat pening.

P/s: Nina, tolong kuatkan hati, jiwa dan diri kau. Aku tak suka tengok kau lemah. Aku nak kau yang dulu, ceria, bukan cepat terasa, cepat lemah pada sesuatu masalah. Ya Allah, kuatkan diri ku. Jauhkan diri ni dari maksiat dan zina, ameen.

Allah! Engkau lindungi diri ku ini. Aku terlalu lemah, sedih pada diri sendiri. Iman yang dulu runtuh. Mana hilang? Aku bukan macam tu! Aku adalah aku. Ya Allah, tangan sudah bergetar untuk sambung menaip. Moga Doa korang menjadi pengukur keimanan nina dan kawan-kawan.

Tuesday, April 19, 2011

Thinking~

Bismillah,

mencari jalan untuk kembali.
Selamat malam untuk semua pembaca-pembaca bloggie. Yah! aku memilih hari ini, hari selasa, waktu pun sempoi saja, 12:18AM, aku belum pejamkan mata lagi. Tapi badan pun dah sakit-sakit. Memandangkan esok ada bacaan ikrar untuk semua students college. Angkat sumpah kot~ haha, tak tahu ler. Yang penting aku nak tidur lambat malam ni. Rasa rindu pulak nak update blog, hehehe! Sayang bloggie saya. Oh, lupa. Hari ketiga, keempat and kelima, aku banyak duduk rumah je. Tak jalan-jalan pun. Sabtu and ahad hari tu, aku balik rumah. Jumpa mak bapak, bibik, adik, dan askar-askar ku. Ketot, ivy and neo! My cinta ku. I love them. Semua jantan. Wah wah! Okay. Nak tahu tak, gambar atas tu, kak fiza yang snap kan. Sayang kakak ku tu. Comel! Hihih. Dia dah tidur, sebab esok dia kena buat presentation. Biasa lah, kakak ku ni budak multimedia. hahah! Apa-apa, pasal multimedia, boleh contact dia. Kahkah.

Okay-okay, memandangkan tangan aku tak letih, and aku rasa macam nak luahkan semua benda kat sini. Tahu tak? :( err, aku seorang yang sangat kelam-kabut sejak masuk kolej ni. Mungkin perlu kan masa kot untuk sesuaikan diri. Er, tapi takpe, thank you untuk cik abg sayang tu yang teman ku hari-hari. Hihihi~ Dia kata dia tak letih layan aku, okay ler? kan? kan? hehe. Okay, topik aku pagi ni, Thinking~ Yah! Sejak duduk kolej, aku mula berfikir sampai penat badan aku. Tak bermaya nak fikir pasal benda yang tak penting. Oh tidak, esok kawan-kawan ajak lepak kat restoren mamak, sampai malam. Adui, berapa kali makan daa sehari? hui-hui, NINA, awak dah gemuk! macam mana ni? Kak fiza, kalai, nad, aku rasa, kita 4 dah gemuk dan bertambah comel :P kan? kan? :P hihihi!

nad, kalai and kak fiza <3
Okay, itu adalah roomates gua! Jangan nak gedik-gedik okay? Aku tombok nanti. comel kan? HIHI! Ehem. Okay-okay, tukar topik. Thinking? Hari tu aku pergi makan kat Cafe Merah. Dengan kak fiza and panjang. Dua-dua ni, pangkat abg and kakak, Diorang ambik kos multimedia. And aku belum update gambar panjang, hehe, nanti aku upload, okay? :) Okay, aku teman kan kak fiza ku yang manja ni pergi makan, and buat assignment dengan panjang. So, lepak ler, kat cafe tu, makan nasi ayam. Sangat terbaik. Cafe tu dekat je dengan hostel kita orang. Tak jauh pun, hehehe. Okay, dah makan-makan apa semua, kak fiza bayar :P muka tak malu~ Okay, takpe, thank you kakak bayarkan, hahah! Dia berlanja saya! Yey, nanti nina belanja akak pulak, okay? :D HIHI! malu aii~ dengan kak fiza ku ni. Baik, comel and gengster dalam bilik ni, hahah! :P kikiki, jangan marah kakak. Err, dah habis makan, kita orang decide nak ambik gambar kat tepi air pancut. Hahah! Sorry, nanti aku letak gambar okay? :) Jangan marah tau. korang tunggu saja~ lol! Dan gambar di atas adalah salah 1 gambar yang kak fiza snap. Tepi air pancut. Sangat tenang, and kat tempat tu jugak, aku rasa bahagia, hilang semua stressy, haha! Best! shah alam tempat tenang :D yihii~ Okay, memandangkan, dah pukul 1:08AM, baik aku tidur. Semua dah tidur kot. Aku dengan nadia bengong je belum tidur. Okay lah, selamat malam korang-korang, esok aku update cerita baru, okay? jaga diri korang, tidur.


Sunday, April 17, 2011

second day in college :)

Bismillah,

haha! Berhabuk dah aku tengok bloggie aku ni. Mintak ampun ya kawan-kawan. Lama sudeh aku tak update. Hihihi~Okay-okay, meh aku cerita sikit hari kedua aku, apa yang aku buat? ehem. Pagi-pagi tu, kita orang kena datang awal. Pendaftaran sebelum sesi orientasi bermula. ceh, pakai formal lah kata kan. Aku pun pakai baju kurung~ Dengan semangat. Aku dengan gaya sombong aku. Masuk kat teater hall, daftar sebagai pelajar kat kolej tu. Daftar macam-macam. Penat aku nak isi borang~ Haih. Nak buat kad matrix lah, buat pembayaran lah, tu lah, ni lah. Poning kepalo den :S ADUI! oh lupa. Nak cerita ni. Lepas je, daftar and daftar. Aku jumpa sorang kawan baru. Effa! Dia agak sewel sikit.

First time kenal ni, aku tengok dia punya lah serious cakap dengan aku. Mula-mula dia ingat umur dia tua dari aku. Konon nak suruh aku panggil 'kakak' lah tu, wakakak! Sekali dia tanya, 'ko ni panggil aku kau, umur ko berapa?' aku jawab lah, '18 tahun, apehal?', pastu dia diam kejap. Then, dia ketawa. hahaha! So, boleh lah panggil aku kau. Lagi-lagi dia housemate aku. Kahkahkah! Lagi lah gila! Hari-hari merepek je dengan nadia~

Okay-okay, lepas je kat hall tu, dah habis. Dah siap-siap daftar apa semua. Kita orang plan nak outing. Mula-mula ingat nak pergi SP. Sunway pyramid. Lepas tu, bila tengok jam pukul berapa. Rasa-rasa macam dah tak sempat kot. So, kita orang plan pergi Kl Sentral. HAHAHA! Jalan-jalan cuci mata :P kikiki. :D Dari Kolej, naik teksi, turun kat batu tiga KTM. Dari Batu Tiga, pergi kat KL sentral. Wah! Time tu memang ramai orang. Dalam train, boleh tahan la. Kita orang duduk kat tempat perempuan. Yang ada gambar pink tu. Hahah! Tak tahu lah apa bondo ey~ Borak-borak kuat-kuat, sampai semua usha slek. Lantak je lah~ Hahaha! Effa gila! Ada ke patut dia kata, nak train tu macam naik gajah? -,- sebab goyang-goyang, hahaha! nak tngok gambar tak?

 
tunggu 'gajah' datang (nadia & effa)



Hahaha! INTERNET lembab lah sayang. Adui, sorry :( tapi takpe, aku try masuk kan jugak gambar-gambar kitaorang hang out. Okay? Haih, lepas je naik gajah tu, kita orang tunggu lah lama-lama, sampai kat area KL sentral. Sampai je, kitaorang usha tudung, shawl, keluarkan duit and makan MCD, fiwit! Sampai habis duit. Memang perempuan ni kaki shopping betul~ Pantang tengok barang-barang esklusif! hahaha! :P Jenjalan sampai pancit. Pecah lemak! ekekeke :D Lepas tu, dah habis shopping apa semua, kita orang pun beli tiket, balik. Dari KL sentral ke Batu Tiga. Berapa Ringgit tah, aku pun tak ingat. KIKIKI! okay, dah beli dah tiket. Pergi kat pelabuhan klang. Tunggu Train datang. Sementara tu kita orang snap gambo, dah takde kerja.

hahaha! :P



abaikan mamat belakang tu~
err, tahu tak apa yang jadi masa hari tu? Tahu lah kan, ada yang stesen sama. Mula-mula kita orang ingat dah sampai batu tiga, lastly, bila tengok signboard, dia tulis Petaling. So, terpaksa lah tunggu 1 jam. Haha! dugaan untuk hari tu memang sangat memenatkan :P hahaha! Bila dah sampai kat bilik, semua tidur~ Maklumlah, excersice sampai kat KL sentral, siapa tak penat :P hehehe

Sunday, April 10, 2011

First day in college :)

Bismillah,

hahaha! selamat malam untuk semua kawan-kawan. Firstly, sorry sangat kalau nina tutup bloggie ni kejap untuk sementara sebab terlalu banyak benda yang nina kena fikir. Ceh ceh, business girl lah kata kan. hihi! Okay-okay, cepat. Aku dah tak sabar nak cerita ni. Em, guess what? aku dekat bilik asrama ni. Best! Yes. Roomate baru. Hehehe, happy sangat. Meh, aku nak cerita satu-satu ni.

Waktu pukul 6:15pm.
Okay, keluar je dari rumah. Dengan perasaan yang sangat mendebarkan. Wah! Macam mana lah kalau semua student-student dah balik asrama. And aku sebagai seorang junior yang sangat blurr. Hahaha! Apa-apa pun, aku tengah happy tahap gaban ni. Em, barang pun berlambak. Bantal, Baldi and all the stuffs. Terlalu excited dan terlalu nervous. Kikiki :P Sampai je aku kat asrama ni, aku jadi poyo nak mati. Bila orang tanya, aku jawab sepatah. hahah! Aku tak hafal pun nama-nama housemates aku. Aku main redah je apa menda semua. kahkah. Aku cuma tahu roomates aku je. Thank you kak fiza :)

kak fiza:
First time kenal, dia baik. Belum tahu lagi kepala dia macam mana. Punya lah gila. Gila-gila punya orang :P hahaha! 7:30pm, aku dengan nadia, kawan baru KELUAR makan kat giant. Malam pertama sudah keluar. ohoh! sangat rock lah my roomates ni. Aduhai~ aku ni pulak memalu kucing bila kak fiza tanya :D Ouh ya, dia sangat baik, manja. And aku panggil dia category 'baby face' <3 hihihi! dia yang paling tua dalam rumah ni. And sangat manja :) sayang dia!

nadia:
Okay, aku memang nak tergelak bila keluar dengan kau tadi sebab apa yang aku tanya, kau akan jawab 'ha?'. hahahaha! Mempunyai pendirian yang sangat luar biasa. Dia sempoi sangat. Terbaik. Kos yang sama dengan aku. Culinary! Aku akan cuba jadi kawan yang terbaik untuk kau nadd?:D yeahyeah, kita gila memalam ni dan memalam seterusnya okay? hahaha. Kau sangat pemalu. Tapi takpe, yang penting kepala boleh masuk :P wakaka!

sis kalai:
:P dia sedang menelefon boyfriend dia kot :P kehkeh, seorang yang sangat friendly dan terbaik. Dia memang cool. Selamba! I like her style <3 hehehe

Okay, esok adalah hari yang paling penat. Orientasi? 1 minggu. Sesi pengenalan. wahwah! Paling penting, aku rindu kawan-kawan facebook :) sayang korang sangat-sangat. Iloveu!!

Wednesday, April 06, 2011

buat si 'dia'

Bismillah,

entah tiba-tiba dia makin sedih dengan masalah yang datang tanpa di undang. Dia menangis setiap hari tanpa henti. Dia meraung bagaikan dalam penjara yang gelap gelita tanpa cahaya. Dia duduk di sudut dinding dan hanya memeluk tubuhnya sendiri. Air mata berjurai-jurai jatuh ke pipi. Dia teringat kembali peristiwa yang berlalu. Dia teringat segala detik suka dan duka yang di lalui bersama. Terasa sedih. Hanyut dengan ombak. Ombak yang memakan hati dia. Dia terlalu kecewa dengan semua. Pedih bagai di asah dengan pisau yang tajam. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana di hiris hingga halus dan mudah terguris jika ada orang yang menyakitinya. Dia cuba memanggil semua orang, tetapi tiada satu sahutan pun membalas. Gelap gelita. Sunyi dan sepi. Menangis itu sudah menjadi rutin hidup nya sempena tahun 2011 ini. Berjalan mencari Nur Illahi. Mampu kah tanpa orang yang tersayang? Allah maha mengetahui. Mencari cahaya untuk berjalan dengan baik. Baik dari sebelum nya. Hati dia pedih. Mencari ubat dengan berzikir menyebut nama Allah. Nama-nama yang suci. Dia menangis. Berjalan dan terus berjalan. Hingga dia terbuka hati untuk solat. Menghadap Allah.

Selesai sudah solat asar, dia sujud. Menangis. Bertambah sayu hati nya. Memohon agar dugaan Nya di ringankan. Apakah itu sebenarnya? Itu adalah erti orang yang benar-benar ikhlas. Ikhlas pada solat. Kemanisan iman yang sangat tinggi. Sayu bila menyebut nama Allah. Seluruh getaran pada badan nya terlihat. Tangan yang di tadah bergetar. Menyahut sambil menangis. Berdoa dan terus berdoa. Meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hati. Hati yang penuh dengan luka, kecewa dan sedih dengan segala nya. Dia hanya meminta kepada Nya. Hati nya bergetar, teringat segala rintihan, segala kenangan, segala dosa. Itu yang dia hanya mampu, berdoa dan terus berdoa. Moga dia kuat tabah menghadapi segala dugaan Allah yang lebih berat sebelum dia di tempatkan dengan golongan-golongan mukmin. Insya-Allah.

Tuesday, April 05, 2011

sekali-sekala

Bismillah,

huaaaa! Highway~ 120KM/J hahah!
Apa salahnya, sekali-sekala :P

Only one day;

Bismillah,

Thanks to them okay? Thanks for what? Thanks sebab benarkan aku private kan sekejap bloggie aku ni. Ouh tidak! Lagi berapa hari je nak masuk asrama, Aduhai! Hanya dup-dap-dup-dap saja aku dapat rasa dalam badan aku. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi sudah semestinya hari-hari :P hahah! Aku pening kepala. Dalam kepala hotak aku ni macam-macam benda aku fikir. Nanti keadaan aku untuk hari pertama sah-sah gelabah semacam, wakaka! Lantak je lah. Aku tak heran pun pasal tu semua, yang penting lama-lama nanti biasa lah dengan semua :) huihui. ADUH! sakit perut~ Alhamdulillah, kenyang. Makan sup tulang daging panas-panas dengan bihun :P kenyang tau. Em, aku nak tunjuk korang ni, aku masak nasi ayam, sedap kot. ehem, ehem.

Firstly korang kena sedia kan semua bahan-bahan ler~

carrot, bawang merah, garam and apa-apa yang patut.
cili, bawang putih yang siap blander, ayam di letak kunyit and goreng dulu tau.

ayam-ayam-ayam :P
Lepas tu, korang siapkan lah sup dia, hahah! masuk kan nasi dalam sup tu. Nanti jadi lah nasi sup ayam! ahahahaha~ Aku tak reti ajar dalam blog, kalau nak belajar, korang kena jumpa aku, baru ada feel aku ajar korang. Okay?
yummy! sedappp~
Okay lah, done!

Sunday, April 03, 2011

Tersentuh.

Bismillah,

Em, selamat malam untuk semua. 9:16PM. Selalu waktu macam ni, aku banyak rehatkan badan. Kalau rasa mood tak berapa baik tu, aku call kawan-kawan aku yang sudi nak dengar masalah aku. Kadang-kadang aku nangis. Jiwa seorang perempuan lah kata kan :) Takpe, Allah saja yang tahu lebih banyak. Malam ni, aku agak sedih sikit dengan semua yang rapat dengan aku. Entah tiba-tiba je jadi macam ni. Bila teman mak pagi tadi, aku drive kereta pun rasa macam dah tak nampak jalan. Macam nak terlanggar je semua kereta. Fikiran aku tersentuh dengan semua benda-benda yang tak sepatutnya aku fikir. Macam-macam aku fikir. Family, diri aku, relationship, Friends. Aduh, aku takut Takut? Scare of everythings. Bila orang sibuk cakap pasal hari kiamat. Aku dah mula rasa takut dengan life aku. Bila aku pergi pasar pagi tadi, aku dah mula rasa resah. Takut dengan mati. Takut dengan maut yang kita tak tahu bila dia nak datang untuk panggil kita ke alam barzah! Astagfirullah. Hanya air mata saja yang aku mampu lepaskan dari kelopak mata. Sayu je. Teringat semua dosa-dosa. Teringat semua kejahatan di dunia. Aduhai~ Sangat tersentuh dengan semua. Bila kita buat baik dengan orang, orang mula kata macam-macam. Bila orang tu balas dendam, kita hanya mampu beri kan senyuman saja. Selanjutnya biar Allah yang balas :) Itu lah aku. Aku adalah aku.

Manusia. Sikap dan sifat tersendiri. Bagi diorang, hidup ni kena create. Kena hias. Hias dengan benda-benda yang melalaikan. Tapi aku takut :( Em, takpe lah. Aku serahkan kat Allah. Yang penting, setiap kali aku doa. Air mata aku bergenang. Getaran di dada mula rasa resah. Air mata berlenang. Nangis pada Allah. Segala dosa-dosa entah Allah hapuskan atau tidak.Wallahualam :( em, sama-sama lah doa. Dunia semakin hampir dengan kebinasaan. Kehilangan orang yang tersayang semakin ramai telah pergi dari dunia. Sedih dengan segala nya. Tapi apa kan daya, hidup kena teruskan. Jihad kerana islam. Bertungkus-lumus mengumpul pahala supaya ada bekalan di hari akhirat~

Saturday, April 02, 2011

Long way to go

Bismillah,

ahh! Selamat tengahari semua-semua orang-orang, hueh~ hahaha! Aku rindu nak tulis blog. Aku rindu nak taip perkataan kat lappy aku ni. Cover yang berwarna pink putih. I like! Semakin hari, semakin berdebar. Kehidupan baru semakin hampir. Takut dengan semua benda. Takut untuk berinteraksi dengan masyarakat. Fuh! Takut tersalah kata, adui. Em, tapi nak buat macam mana, terpaksa. Hidup kena teruskan, kan? kan? kan? kan? cewah! berapa banyak daa~ hahaha! Em, post ni aku rasa sesuai untuk semua calon-calon spm kot.

LONG WAY TO GO

hui-hui, masih terlalu panjang perjalanan untuk mereka. Yes! Memang pun. Panjang sangat. Cerita pasal College, University. Hoho. Semua tu penentu masa depan. Aku pun tak lama lagi dah nak masuk college. Lepas ni aku dengan kehidupan baru, kawan baru dan diri ku yang baru. Yeah! Jihad fi sabilillah. Berjuang demi agama, ilmu dan bangsa~ Aku suka! Statement aku sendiri, aku buat. 1 ummah 1 malaysia 1 bangsa 1 jiwa! :D Tak sabar nak mula kan hidup baru. Ehem, situasi yang luar biasa. Lain dari yang lain. Tak sama macam zaman sekolah. Dulu pakai pakaian seragam sekolah. Kain biru cair, baju putih, tudung putih. yippy! Tapi semua tu aku sematkan dalam dada, biar jadi kenangan indah.Tapi sekarang dengan kehidupan baru. Asrama. Baju untuk pakai dalam college. Bebas! Baju bebas asal kemas. Kuatkan jati diri, supaya tak terpengaruh, insya-Allah. Semua kenangan 1993-2010 aku sematkan dalam ingatan. Tak nak ingat lagi :P aku nak simpan. Biarkan semua. Sekarang dah 18 tahun, so semua benda kena buat sendiri. kan? kan? Ceh ceh. Makin dewasa lah nina ni. Jangan terkejut. Aku bukan nina yang dulu. Aku nina 2011. Tetap dengan pendirian aku sendiri. Teguh. fuyoo! garangnya. Ha'ah, aku memang garang, kikikiki. Tapi senang nangis. :P manja lah kata kan. Anak perempuan paling akhir. 'Moksu', yeah. Aku moksu. :D hehehe! Ok-ok, jangan konpiuss! Leave it there. Cerita pasal perjalanan hidup, aku punya perjalanan jauh lagi untuk sampai ke puncak. Puncak kegemilangan hidup. Untuk jadi chef yang paling handal dalam masakan :) Doa yang terbaik kawan-kawan untuk saya, same as me too. Doa kan kawan-kawan untuk 1 dunia.

Lagi berapa hari nak masuk asrama. Masa cepat berlalu. Aduhai! Berdebar! :( takpe lah, trust myself yang aku boleh buat yang terbaik. Fiwitt! Ninachan, awak boleh!! Ops! Lupa. Aku nak kongsi sikit dengan korang. Tadi aku call abg aku.

Perbualan bersama abang:

adik: abg, watpe tu.
abg: abg tgah makan ni ha, nape nye?
adik: takde pape pun, saje nak manja huheuheuheue..
abg: adk ble masuk kolej?
adik: em, lagi berapa hari je, mggu depan. ahad.
abg: yeke? em, kolej mana?
adik: kat shah alam.
abg: yelah,apa nama kolej tu.
adik: ade lah, **** kolej.
abg: nape jauh sngt? nanti susah lah abg nak g tgok adik abg ni.
adik: heheh, alaaa, abg tengok lah adk nnti (nada manja)
abg: nanti abg g tengok k?
adik: okayy(gelak sikitsikit)
abg: adk amek pew? kos pew?
adk: adk? chef!
abg: hahahahaha! (ketawa mcm org gila)
adk: kenape abg ketawa?
abg: adk abg ni boleh ke masak.
adk: hampeh lah abg aku.
abg: yelah-yelah, nanti apa-apa abg msej.
adk: ok-ok, abg makan la, jaga diri..
abg: ok, byeee, tet...tet..tet..

HAHAHAHHAHAH! abg aku ni gila! sayang abg!

Perbualan dengan kakanda pulak.

adk: akak, watpe tu? hihih
akk: kenapa gelak? tgah rehat.
adk: takde pape pun. sorry adk kacau(nada sedih)
akk: tak pun, adk masuk kolej bile?
adk: mggu depan, ahad.
akk: nnti blajar elok-elok, jangan main2 lagi (nada serious)
adk: ok kakak, no problem.
akk: amek kursus apa?
adk: chef! heheh.
akk: gulp! (ketawa), hahaha! gemuk la adk aku ni.
adk: hahaha! baru comel.
akk: memang pun. gemuk.
adk: hahaha, biar je lah, janji hati senang.
akk: ok-ok. akk ade kerja ni. jaga diri tau.
adk: ok, kakak pun, sayang akak (muahh).

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA! kelakar lah abg dgn kakak aku ni :P sayang mereka!