Nuffnang Ads

the sibs (;


Saturday, September 17, 2011

Biarkan aku pergi.

Bismillah,

Alhamdulillah, dari hari ke hari, aku mula meng-update belog ini. Menambah dan meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. Yang sakit di dalam hati, Yang sakit di kepala, semua akan aku coretkan di sini, insyaAllah. Tetapi yang penting, aku yakin Allah sentiasa ada bersama. Mesti kawan-kawan yang rapat dengan aku, pelik dengan kawan mu ini? Maaf. Aku berubah secara mendadak. Aku tidak lagi seperti dahulu, yang suka berkawan dengan gelak tawa, tetapi aku menjadi seorang yang lebih tegas dalam apa jua keadaan. Berubah menjadi yang terbaik. Aku cuba, kata hati aku cuba dan terus dan juga tetap mencuba jika Allah memberi yang terbaik, aku terima seadanya, dan ikhlas :) Tidak akan ku merungut. Baru aku faham dan tahu tentang dunia ini, Mungkin pada umur yang rendah, aku tidak faham, dan mengerti apa sebenarnya itu kehidupan di dunia. Tetapi, Alhamdulillah, Allah membuka kan hati dan minda aku, untuk aku melihat apa yang dimaksudkan dengan duniawi ini. Syukur, Allah masih mengingati ku kerana hati dan jiwa ku hanya untuk Allah, tidak lagi untuk perkara-perkara yang terdapat di dunia. Dalam masa yang sama juga, aku bersyukur kerna aku masih diberi peluang untuk meneguhkan iman ini, dengan melihat dunia yang penuh dengan bintik-bintik atau tompok-tompok hitam.

Dalam pagi yang tenang ini, aku melihat manusia yang sedang menjemur kain di ampaian, dan kemudian, saat mentari naik untuk memancarkan cahaya nya, aku mula melihat manusia mencari rezeki yang halal, pergi ke kerja dengan pelbagai ragam. Ada yang merungut, ada yang gembira apabila Allah memberi kan dia rezeki yang baik. Alhamdulillah, bersyukur lah dengan apa yang kamu ada. Dan bersyukur lah pada Allah dengan apa yang Allah beri.

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Surah Al-Hadid; 21)


Biarkan aku pergi dari semua orang, aku ingin bersendirian. Aku ingin bersama Allah. Aku mahu cinta yang datang dari Allah. Aku mahu kasih sayang dari Allah. Aku mahu merindui Allah sahaja. Aku mahu segala-gala nya dengan Allah. Aku tak mahu ada orang yang menyakiti hati dan jiwa ini kerana orang tidak mengasihi Allah, biarkan aku pergi. Pemergiaan ini untuk kali terakhir, aku sudah penat dengan kesemua tipu-daya. Sudah terlalu banyak aku laluinya, tetapi semua nya tetap sama. Aku takut diri ini hanyut bersama orang yang lalai. Sudahpun hati dan jiwa ku sentiasa lemah dalam apa jua keadaan, lebih baik aku bersendirian, berkomunikasi antara hati dan Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui dan Memahami. 


Facebook akan ku tutup. Hanya blog sahaja aku buka, untuk ku mencoretkan kisah hati di sini, supaya tidak terlalu berat. Fikiran ini sentiasa berserabut kalau tak diluahkan kepada sesiapa. Allah masih ada. Ya, aku bersyukur kerna mendapat dua orang sahabat yang Allah beri, Terima kasih pada Kak Dhuha, dan Abang Bunya. Mereka itu adalah Hamba Allah yang sangat Allah sayangi. Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk meminjam telinga-telinga pada aku. Terima kasih dan sangat Bersyukur. Sayang pada Allah :( Mengapa aku berubah sebegini? Kerna dalam hati ku, masih ada semangat yang orang lain tidak tahu. Semangat yang ingin menjadi positif sentiasa. Tetapi sifat negatif itu sentiasa ada, kadang-kadang kita cuba untuk tolak ke tepi, tapi tak mengapa, cuba dan terus mencuba. Moga kesakitan yang aku alami ini akan ada yang lebih bermakna dan bahagia selepas aku bersama Allah. Allah yang aku cinta, yang aku kasih, dan rindu untuk sujud. Sujud pada Allah, itu adalah yang aku suka. Menangis pada Nya, menangis dan meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati. Apabila dua tangan di tadah dan meminta untuk menunjukkan jalan yang benar dan tenangkan hati, air mata mula basah di pipi. Tidak tahu mengapa aku menangis apabila hati aku memanggil nama Allah. Mungkin aku terlalu rindu pada Allah, rindu untuk menjadi yang sebelumnya. Rindu sangat-sangat.


Haih, Dia menciptakan kita dengan menghidupkan roh, kemudian jasad mula bergerak. Tanda kita adalah yang paling berharga pada Ilahi. Kita adalah yang teristimewa. Sehingga syaitan cemburu apabila Allah menyuruh tunduk pada Nabi Adam S.A. Tidak kah kesombongan itu sifat yang ada pada syaitan. Dan sifat merendah diri itu adalah sifat nabi dan rasul? Em, lihatlah pada dunia. Daripada aku terus bergaul dengan kawan-kawan, lebih baik lah mencari ketenangan. Dunia ini hanya pinjaman. Semakin hari, semakin ramai orang yang baik, dan soleh/solehah meninggalkan dunia. Kita bila lagi? Bila mahu mengumpul pahala sebanyak nya? Fikir lah baik-baik, jalan yang sempit atau luas, itu ada pada diri anda. Aku akan cuba untuk terus bersemangat untuk memilih jalan yang luas, demi Allah, akan ku buktikan bahawa aku bukan hamba Nya yang lemah apabila diuji, insyaAllah! :)


picture from google*

Cerita di dalam kalbu.

Bismillah,

Selamat pagi. 9:41 pagi. Aku bangun, pada pukul 8:30 pagi, dan bergerak terus mengambil netbook untuk membuka Iluvislam.com. Tiba-tiba terasa mahu membaca artikel-artikel yang menarik. Saja untuk membaca. Sambil membaca, moga iman ini meningkat untuk terus maju ke hadapan. Baca dan terus mencari ilmu. Ilmu itu tidak datang bergolek, tetapi kita mencari. Mencari sehingga kita hidup. Ingat lah Allah ada untuk orang-orang yang sentiasa sabar dan tabah apabila diuji dengan cabaran yang berat mahupun ringan. Kunci untuk segala nya ialah Redha dan Serah pada Allah. Tetapi, hendaklah diadunkan dengan Usaha. Ya, akan Pasti Berjaya!

Aku membuka artikel tentang Cabaran Kehidupan. Sangat bermakna bagi ku untuk aku membaca nya. Segala kisah-kisah tersebut mempunyai persamaan dengan diri ku. Allah hanya memberi ujian itu pada Hamba Nya yang di kasihi dan sentiasa mengingati Dia dalam apa jua keadaan.*Sambil menulis, aku mendengar lagu daripada Ammar, Cebisan Kenangan. Supaya hati dan fikiran ku tenang untuk menulis segala-gala nya. Allah sentiasa ada dengan ku, jadi aku tak perlu risau. Perjalanan yang akan ku tempuh dengan pelbagai cabaran akan dilaluinya juga :)

Kuat untuk hadapi hari hidup, dan mencari pahala untuk Hari Akhirat. Itu yang sangat-sangat terbaik.



Lihatlah apa yang ingin disampai kan pada hati ke jiwa, dan terus ke perasaan. Dari perasaan akan terus ke gerak-geri, moga kita mendapat yang terbaik dari Allah.

Friday, September 16, 2011

Yang didengar.

Bismillah,


Sepi benar senja ini 
Bayunya semilir, menganak ombak kecil 
Jalur ufuk pula mengemas terang 
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja 
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan 
Gusar malam menghampiri 
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu 
Tuntuniku menggapai redhaMu 
Rimbunan kasihMu ku berteduh 
KepadaMu ya Tuhan 
Berikan secebis keinsafan 
Bekalan sepanjang perjalanan 
Mencari ketenangan

c/o 
Biar Kau menjadi saksi 
Tulus tangisku kala dini hari 
Kesempatan yang hanya sebentar 
Moga keikhlasanku terlakar 
Berikanlah ku hidayah 
Agar dikuatkan iman yang lemah 
Moga diberkati hidup ini 
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan 
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu 
Tuntuniku menggapai redhaMu 
Rimbunan kasihMu ku berteduh 
KepadaMu ya Tuhan 
Berikan secebis keinsafan 
Bekalan sepanjang perjalanan 
Mencari ketenangan

c/o 
Biar Kau menjadi saksi 
Tulus tangisku kala dini hari 
Kesempatan yang hanya sebentar 
Moga keikhlasanku terlakar 
Berikanlah ku hidayah 
Agar dikuatkan iman yang lemah 
Moga diberkati hidup ini 
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan 
Manisnya iman berpanjangan 
Moga lautan hilang gelora

Baik dan ikhlas.





bagus untuk dibaca. Dan moga mendapat pelbagai pengajaran dan boleh meningkatkan iman.

Hati dan Perasaan

Bismillah,

Selamat malam korang semua. Okay, Alhamdulillah, sebab hari ni berkesempatan untuk menulis blog. Menulis cerita yang aku nak sampai kan pada kawan-kawan yang sedang mahu membaca. Sebelum tu, minta maaf kepada sesiapa yang tersentuh dengan kata-kata ku. Maaf :( Mood malam ni, sangat tak berapa baik. Rasa seperti sudah banyak yang aku dah luka kan hati orang lain. Maaf, Astagfirullah. Tak apa, hidup HARUS di teruskan. Malam yang sangat dingin, selepas hujan turun pada petang tadi. Sangat tenang, seperti mana hati ku tenang untuk mencoretkan sedikit tentang Hati dan Perasaan. Kejap, sebelum tu, lagi sekali, jika topi malam ni ada mengguris hati mereka-mereka yang tengah membaca ni, minta maaf.

Persoalan: Mengapa kita harus menjaga sebuah hati seseorang yang belum tentu menjadi peneman suka dan duka?

Jawapannya: Hati itu sangat lembut. Lembut nya lebih lembut dari tilam, lembut dari roti yang telah masak, dan sangat lembut seperti kain sutera. Jika terkoyak kain sutera itu, maka hati akan terluka. Parah dan lebih teruk daripada terluka nya di badan. Jika Hati itu terguris dan parah, maka ubat nya harus di cari sendiri, dan ubatnya adalah ketenangan. Moga Allah sentiasa menjaga hati ku sebelum berbicara dengan sesiapa. Ameen.

*Dalam malam yang sunyi ini, aku berzikir dan berdoa dalam hati, moga akan ada seseorang yang mahu membimbing ku ke arah yang benar dan dalam masa yang sama, akan aku beri tunjuk ajar pada dia juga.

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Tak tahu kenapa malam ni terasa sayu. Tak tenang, rindu pada Allah. Rindu diri yang dahulu. Rindu Iman. Rindu pada ketenangan, mahu kebahagiaan di akhirat. Pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu hakiki. Ya, memang benar. Jika hati itu bersih, maka pandangan juga akan turut bersama, bersih. Ya Allah, moga Dia sentiasa ada dengan ku. 

Kenapa hati dan perasaan ku semakin lemah? Ke mana Iman ku? Ke mana rakan yang soleh dan solehah ku? Ke mana solat ku? Ke mana Perkara yang baik-baik ku? Ke mana semua? Hilang ke mana? Adakah ini untuk selama nya? Atau ini Ujian yang Allah beri pada ku? Moga iman ku kukuh setelah diuji sebegini, ameen :( Nina, bangkit! Jangan lah lemah untuk tempuh Duniawi ini. Tinggalkan dunia, dan fikir tentang akhirat. Jodoh, dan Ajal, serah pada Allah, dan jiwa ku kosong ingin memikirkan tentang segala nya. Maaf pada kawan-kawan yang ku rapat, atau yang pernah ku lakukan silap pada nya, minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, maaf dan maaf.

Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!

Nina! Jadi lah seorang muslimah yang terbaik seperti dahulu kau. Allah menguji tanda sayang. Terlalu sayang. Ya, aku sayang pada Allah. Mungkin ini adalah masa untuk aku menjadi yang terbaik semula. Dan tinggalkan semua kesakitan dan sikap malas itu ketepi dan buang jauh dari dunia. Fikir tentang Allah, dan Allah dan terus memikir tentang Allah. Allah sentiasa ada pada orang sentiasa bersabar dan tabah. Kuat! Ya, nina boleh. Tak usah peduli tentang kata-kata orang, mereka itu tidak faham diri ini 100%. Ya, bangkit!

Perasaan itu adalah perjalanan seseorang untuk memiliki sebuah citarasa tersendiri. Perasaan dan Hati adalah penting. Untuk jaga perasaan seseorang itu bukan mudah. Perasaan manusia sentiasa berubah. Bukan berubah secara sedikit-sedikit, tetapi secara mendadak. Allah maha mengetahui lebih dari apa yang kita tahu. Tidak ada sesiapa yang boleh menilai seseorang itu walaupun dia kata dia kenal. Hanya yang mengenali ialah Allah. Allah dan Allah. Jangan pernah bosan mendengar nama Nya, kerana Allah itu segala nya.

"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "

Malam yang dingin ini, hati ku tidak seberapa selesa seperti malam sebelum-sebelum nya. Keadaan ku ini, aku sedang berperang dengan hati, jiwa dan perasaan negatif itu. Sebab itu aku meronta untuk cuba keluar dari dunia yang aku tidak suka ini! Terlalu sempit jiwa ku. Terlalu lemah. Em, tak apa lah. Hanya serah pada Allah semua nya. Minta maaf untuk semua kata-kata yang ku keluarkan. Terima kasih kawan-kawan. Selamat malam, masa untuk mencari ketenangan.

Thursday, September 15, 2011

Assignments.

Bismillah,

hehe, selamat malam :) Pukul 11:54PM, ahaha, tak tahu apa nak jadi dengan mata ni. Asyik tak nak pejam, geram nya. Bila tak tidur, niat dah ada untuk siapkan semua assignments, tapi malangnya, tak kesampaian. Tiba-tiba rasa malas. Aduhai, Nina, tolong bangun dari sikap malas tu! Assignments and assignments. Urgh, im getting bored. Kenapa makin nak jadi rajin, ada je cabaran yang membuatkan kita leka and malas pasal assignments ni. Kenapa ni nina! Kenapa?! Cuba cerita kat kawan-kawan awk ni.

Okay, baiklah. Meh sini nina cerita sikit macam mana kita boleh jadi malas bila nak mula kan sesuatu kerja tu. First of all, tolong dekatkan mata anda dan simpan dalam kepala hotak tu, hehe. Jangan ikut perangai Ainina ye.

negatifkan ayat tu sebab apa kita jadi malas nak buat assignments :P

1. JANGAN SUKA TANGGUH-TANGGUH.
2. JANGAN SOMBONG BILA DALAM KELAS.
3. JANGAN KUAT TIDUR.
4. SEDARKAN KAWAN-KAWAN UNTUK TOLONG KITA DALAM PELAJARAN.
5. SELALU TERMENUNG UNTUK CARI ILHAM.
6. JANGAN SUKA SIBUK PASAL HAL ORANG LAIN!

HAHA, semua JANGAN! Aiyoo, huuu. Dah? :P Faham tak? Tak faham, baca sampai faham. Hehe, jangan ikut nina :) Nina ni pelik sikit perangai dia, hehe. Em, banyak gila kot assignments aku. 1 benda pun tak siap lagi, ekeke, sorry! Saya seorang yang sangat pelik, ada masa manusia berubah fikiran kan? kejap dia ok, kejap dia K.O! hahah, lol. Em, apa-apa pun korang buat sesuatu benda tu biar ikhlas ye? Aku doa kan korang semua berjaya, hehe. Cahyok! :P

Tuesday, September 13, 2011

Saya menjelma semula

Bismillah,

yeay! Selamat tengahari kawan-kawan :P Aku menjelma semula. Yeay yeay! Happy kah? Adui. Maaf sebab lama tak update blog ni. Busy dan terus busy seperti biasa. Kerja dan Kelas. Plus, hari ni baru bukak blog. Aku deactivated blog ni sebab ada sikit kerja and terlalu banyak sangat masalah yang datang. Huu :) Tak apa, aku dah datang balik, hehe. Baru-baru ni pergi ke Klcc untuk shoot dengan kawan aku, mira. bersama isha trisya gotcha. Aduhai, penat sungguh! Macam-macam jadi dengan sekelip mata, hehe. Aku tak nak cerita semua, nanti ponek tangan den. hahah!

Hari ni adalah hari yang sangat teruk bagi aku. Kena marah dengan lecturers pulak, KAH KAH KAH! boleh lagi senyum-senyum bila kena marah, hahah! Im sorry kak wan. Kami bukan tak nak datang, tapi dah terlalu letih. Huu, Sorry puan kat, kami huru-hara. Cik anis, kami bukan tak suka kelas tu, tapi kami perlu kan ketenangan sedikit. Sikit je. Tak banyak pun, hahaha. Sorrrrrryy! Okay, lepas ni janji datang awal :) Haha.

Sepanjang aku tutup blog ni, aku banyak buat hal aku sendiri. Orang nak kata aku hipokrit ke? apa ke? I don't give a fucking damn at all. Aku seorang yang sangat pelik. Dan seorang yang sangat mementingkan kawan dari diri-sendiri. So, kalau tak kenal aku, back off! Kau tak layak kawan dengan aku kalau setakat nak kutuk aku, and tak kenal diri aku siapa. Tak payah nak cakap besar kalau baru kenal 1 atau 3, 4 ,5 bulan ke apa? Aku  ramai member yang dah kenal aku 5 hingga belas-belas tahun. So, tak payah nak kecoh sangat kutuk-kutuk orang. Okay? :) Kau kata orang, sebenarnya kau yang lebih. Dah dah, nina.. Tak payah membebel banyak-banyak, nanti bateri cepat habis. hahah'

okay lah, ini je kot coretan aku, hehe. Selamat makan tengahari! :P

Tuesday, September 06, 2011

Full of tears.

Bismillah,

Its 1:59PM, and my mood is really down at this moment, so i'ved started to write whatever i feel it. Okay. My tears, is absolutely here. Now. This time, i'm not being happiness anymore. Full of tears is what i'ved been suffered by many years since i'm 6years old. Firstly, sorry if i do hurts you guys there. I'm not being Hypocrite but this how am i to be. My heart is touchable with all kind of sensitive though. Tho, when someone talking to me about Love nor Friendship. For me, i don't feel like myself is getting better for 2011, for now. For today. Arghh! Stressed out with HIM, with friends, and alls. Its hurts me so. Not a little, but too much! Ouch. What am i suppose to do with my heart? Operate it and burn it! I'm going to do it, one day. Or die in front of that guy and his family. I lose myself. I lost everythings. Friends, and my happiness. Its been far away, and how am i going to pull it back? Kill myself? Oh no! That is more simplest i guess.

Take a look at this picture*

click it*

 I dont know what actually happened in my life right now! Oh Allah, please. :( I wanna cry at you. I wanna be the first one for you. Everythings just FOR YOU, Allah :( Sakit nya rasa bila hidup jadi tak tentu arah. And alotsa of problems came to me. Such as mysterious guy came to me and say that he loved me a long time ago/ Hell! I don't even know him before. Urghh, sucks. May Allah guide me to the right path. So long friends, i can't write it too much, cause i'm scared if i cry infront of my netbook here. Take care and always be strong, not to be like me.

Wednesday, August 24, 2011

Photoshoot di Shah Alam

Bismillah,






yaaahhh! Comel tk? Itu kawan aku :P Gambar yang paling aku suka ialah:
 *
*
*
*
*

isha and nani :)

ni la fevret gmba yang paling aku sukaaaaaaaaaaa!!

Okay, dah dah. No more pictures :P Aku nak buat assignments, apa-apa pun, selamat sahur :P


Ainina Moxie semakin Berubah.

Bismillah,

selamat petang para pembaca bloggie :) Hanya senyuman tanpa berkata apa-apa. Hembusan sedikit mengganggu pemikiran. Pernafasan sedikit tidak tenang. Cuba untuk menyambung untuk bercerita. Hari-hari seperti biasa, dan tidak berubah. Semakin hari, semakin berubah. Baik dari segi fizikal dan mental. Posts kali ni, mungkin akan menjadi posts yang terakhir ataupun tentang diri si penulis ini. Aku sudah penat untuk menghadapi segalanya. Masalah datang bagaikan air yang mengalir laju. Deras. Mengapa kah semua nya jadi macam ini? Hari Lebaran semakin tiba, dan dekat. Hampir sangat. Tapi ke mana gembira nya itu? Ke mana suka nya untuk menyambut hari tersebut. Tiada rasa sedikit untuk menegur sesiapa. Baik keluarga atau kawan. Mengapa Ainina jadi begini? Mana dia yang dulu? Tidak endah apa orang kata tentang dia. Kini, terasa pedih jika kata-kata yang keluar dari mulut orang itu amat menyakitkan hati aku. Kenapa semua nya jadi macam ni? Malas yang teramat. Malas untuk bercakap dengan sesiapa pun, malas untuk membuat segala nya. Ya allah. Hanya Allah yang tahu. Tak apa lah, serah pada Allah je. Tapi kenapa Ainina dah tak macam dulu? :( Aku nak diri aku balik! Aku benci keadaan macam ini! Mana semua kebahagiaan tu? Kenapa asyik air mata, kenapa asyik kepedihan yang aku harungi? Kenapa asyik duka yang aku jalani untuk kehidupan seharian ku? Mengapaa!

Jika terjadi apa-apa, anggap saja ia telah berlalu. Jika terjadi apa-apa pada diri ku, anggap saja diri ku ini tidak wujud, jika terjadi apa-apa, anggap saja, aku pernah memaafkan segala dosa-dosa semua orang, dan jika terjadi apa-apa, diminta untuk semua kawan-kawan doa kan yang terbaik untuk ku di sana. Moga Kebahagiaan milik kawan-kawan ku semua. Tiada sedikit pun kesedihan apabila suatu hari nanti ku, pergi membawa kenangan-kenangan yang pernah berada di sisi ku, mahupun di hati :( Tiada siapa tahu tentang apa yang aku alami sekarang. Hanya perkataan 'Trauma' dengan kehidupan saja aku boleh beri. Aku takut untuk mendekati semua orang, takut kehilangan mereka. Segala Kesengsaraan hanya lah sementara, dan bahagia juga adalah sementara. Jangan bersuka-suka sangat kerana kelak dia akan merasa duka. Ya, itu adalah satu fakta, yang selalu dikatakan oleh orang-orang kita. Terima padahnya, jika kita lalai dengan dunia. Allahu akbar! Bangkit nina, jangan lemah.

Tepuk dada, tanya di mana semangat di mana? Itu saja nina oi!

Bangkit lah dari dunia kelemahan itu, jangan terpedaya dengan kata-kata dari mulut orang yang tidak memberi semangat untuk kawannnya yang sedang susah ini. Kuatkan semangat. Kau boleh nina, hanya sedikit lagi sahaja untuk mencari kemenangan. Sabar dan tabah. Minta doa dalam hati supaya Allah permudahkan segalanya, insyaAllah, ameen.

Chaiyok!!!

Friday, August 19, 2011

Kehidupan berubah setelah citarasa pun berubah

Bismillah,

ahh, selamat petang pembaca-pembaca bloggers! Hohoh, maaf lama sudah tidak update blog ni. Im busy with my assignment. Aihh, manyak tertunggak wohh! :( aduhai. Geram. Kenapa setiap tahun, mesti ada rasa malas yang terlalu terlampau. Help! ekeke.... Okayy lah, meh sini aku nak cerita sikit sepanjang bulan ramadhan. Apa yang aku rasa k?

Rutin setiap hari untuk ke kelas! Ahhh, sangat malas dan malas sangat. Tahu tak kenapa? Sebab mood down and im very stressed about the life! Mungkin semua orang kata aku ni kuat ketawa and alls. But then, it was very painful. Painful sangat. Rimas gilaaa dengan semua masalah. But everytime we do something that can make from easy become a very difficult thing. Aiyahh! Sad. Em, kadang-kadang kita berada di bawah, kadang-kadang di atas. Mana kegembiraan tu? Mana kebahagiaan tu? Tak kan hilang kot.

Sepanjang bulan ramadhan ni, aku rasa, aku banyak habiskan masa aku dengan lepak kat Tasik shah alam. Kadang-kadang aku pergi dengan izaty, kadang-kadang dengan isya :) Hohoh! Nak tenangkan hati yang terlalu sempit ni. Biasa la, dah kata student, MESTI banyak kerja. Kena pergi sana, pergi sini, aduhai. Sepanjang bulan ramadhan ni, aku mcm biskut. Kejap lepak rumah, kejap lepak mall, hahaha. Aku bukan perempuan yang suka duduk rumah okay? haha, harap maklum.

Okay, aku cuma nak ketenangan yang sebenar. Adui, ya Allah, moga beri pertunjuk pada hamba Mu ini :)

Tuesday, August 02, 2011

Microsoft Excel 2007

Bismillah,

Selamat pagi korang! Ngee. Hari kedua puasa. Pagi-pagi bangun awal. Sebab kelas seperti biasa, pukul 9 pagi. Aku siap-siap, pergi pukul 9:30pagi. Ainul dah pergi dulu, tinggal aku dengan aisyah je kat rumah. So, aku pergi lepas ainul. Hari kedua puasa, sahur tadi aku makan roti gardenia coklat 2 ketul dengan minum milo secawan. Lepas tu, biskut marrie 4 keping. Alhamdulillah. Cukup lah dengan makanan tu, aku bersahur. Tak apa, suka dan itu lah rezeki aku untuk aku sahur kat rumah sewa tanpa mak dengan ayah dengan adik kat rumah damansara. Redha :( okay, lepas je sahur dengan diorang, seperti biasa, ainul, kak aisyah dan kak nik, aku diam, dan terus naik ke atas. Sampai je kat bilik, tidur sekejap. Sementara tunggu azan subuh :) Solat. Okay, lepas tu tidur balik. hihi~ Terukkan?

Dari Ibn Qaiyim :
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."



Heheh, okay. Tarbiyyah untuk diri sendiri, jangan tidur wahai puteri Ainina Moxie. Nanti bila dah tidur subuh, anda jadi malas untuk buat kerja~ So, buat lah apa-apa yang patut, okay? :) hihi. Dah bangun, siap-siap. Datang kolej. Terus masuk kelas, bukak lappy, Online sekejap. Hahah! Check notifications dan emails. Alls. Tup tup tup..


kak wan (seorang lecturer kami yang sangat lemah-lembut). dia kata kelas pukul 10 baru mula sebab nak tunggu kawan-kawan yang lain. Em, boleh tahan. Sementara tu, aku online la facebook page dan update blog, kikiki.


Memandangkan jam dah pukul 10 pagi. Kelas pun dah mula. Apa lagi, kitaorang pergi ke Library untuk buat kerja masing-masing. Tugasan yang kak wan bagi kena siapkan. hahah! Belajar tentang MICROSOFT EXCEL 2007. Tapi aku punya M.E 2010 :) HEHE, bangga seh. Nak tengok tak gambar buku tu? hihi.



macam mengong je muka aku :P muka orang puasa memang macam gini, hihi. comel kan? kan? kan? Okay, dah settle buat assignment kak wan, aku pun pasanglah broadband maxis aku ni ha, dan update blog aku ni ha :D hihih. Selamat membaca, jangan ikut perangai aku tau, ada kelas, sempat lagi nak update, hahah! Gengster :P hihihi

Raihan Vs Pelajar Kolej Restu

Bismillah,


famous tak kami? Lol. Hihih.
*
*
*
* 
cop-cop. Ada dua org hilang, aisyah dan kak su! Mana mereka? HEHE. Tak apa lah, yang penting, kami dapat bersama raihan! Kikiki :P

Terima Ujian Allah dengan Redha

Bismillah,

Sekali lagi hembusan dari paru-paru terus ke mulut. Membuka Blog ini untuk mencoretkan sesuatu yang sangat perit, yang tersimpan di dalam hati mahupun fikiran. Ahh! Ujian dan Ujian. Allah maha Adil. Ingat Nina! Ramadhan ini, terasa sangat-sangat sayu. Entah mengapa? Sayu dengan tangisan yang terbuku di dada. Menjalar-jalar masalah tanpa memotong tali untuk memberhentikan masalah itu. Buntu. Allah itu Maha Berkuasa. Dia memberi ujian tanda sayang. Ramadhan ini, solat terawihku, ibadah puasaku. Rindu seperti tahun-tahun yang lalu. Ke mana kemanisan itu semua? Hilang? Tak bersemangat? Atau Malas? Ya Allah, kuatkan diri ku untuk menghadapi segala Dugaan yang Engkau beri pada ku.

Antara Ujian-Nya yang aku hadapi masa puasa ni, masalah bersama 'sidia', masalah kewangan, masalah hati dan jiwa, dan kehidupan :) Tak apa lah, terima je, tetap boleh senyum. Hihi, Berdoa selalu pada Allah, tak kira lah lepas solat ataupun tengah duduk sorang-sorang, moga dimakbulkan doa anda, kan? kan?

Teruskan perjuangan wahai Ainina

Okay, insyaAllah. Katakan pada diri sendiri. Jangan katakan saja ainina moxie, tapi lakukan nya. Allah sentiasa ada bersama :) selamat berjuang untuk menjadi umat islam yang disayangi oleh Allah.


Monday, August 01, 2011

Puasa untuk Hari pertama.

Bismillah,

selamat berbuka puasa dan solat terawih korang-korang semua. Macam mana puasa kali ni? Tahun ni? Okay tak? ke K.O? ish ish, bersemangat tau :) Hopefully u guys okay. And moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah. Sayang Allah. Em, Hari ni hari isnin. Hari rasmi untuk semua orang. Wah wah, selamat berpuasa. Hari isnin, seperti biasa, kelas ustaz Ilham. Matapelajaran : Khat Nasakh. Hihi, bersemangat ni. Bangun awal. Pukul 4:10pagi, ada masa sikit, online sekejap. Check notifications, sementara perut belum terasa nak sahur. Agaga. Dah check notifications apa semua, tengok jam kat handphone. 4:45pagi, okay. Letak mode SLEEP kat lappy tu, lepas tu turun bawah. Masak untuk Sahur. Jangan ingat Ainina Moxie tak pandai masak k -.- Aku cepuk nanti. Em, haih. Kikiki, okay. Dah masak nasi apa semua. Aku niat lah untuk puasa 30 hari and puasa esok hari. Makan-makan. Tiba-tiba, pintu bilik bawah terbukak:

jeng jeng jeng...

Ainul Ashrah keluar: 'awal bangun'
Ainina Moxie tengah makan : 'hehe, biasa lah'

Tapi yang bestnya, lepas makan. Kitaorang ketawa pepagi buta, time sahur tu ketawa terbahak-bahak. Aisyah lagi bagus, lepas je aku makan, aku masuk bilik kak nik, bilik nombor 1, tengok dia bangun ke tak, kot-kot dia tidur senyum ke, hahah! First aku masuk, dia tidur lagi, kali kedua aku tengok dia siap baca magazine lagi, wakaka! Hebat betul. Bagus-bagus. Sahabat! Jangan nilaikan seseorang dari paras rupa dan perangai luaran, tanpa mengenal erti perangai dalaman, ecehwah! err, lagi 1, jangan sukasuka nak buat kawan sendiri terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut. Jaga-jaga sikit lidah tu kay :)

Lepas sahur, aku, ainul dengan aisyah tidur balik lepas solat subuh, hehe. Best! Kitaorang tidur, sampai terlambat nak pergi kelas. Terima kasih puan Katerina, sebab kejutkan, hahaha! Joking* hahah! okay-okay. Maafkan kami ustaz ilham sebab lambat, terlalu letih kot. Apa-apa pun best kelas ustaz tadi. Balik pukul 3:30petang, sampai rumah, terus mandi, masak nasi. Hari ni berbuka sardin dengan air milo je. Itu pun kongsi dengan kak aisyah dengan ainul :) Alhamdulillah. Kenyang. Terima kasih Allah. Solatku, akan ku pelihara seperti benda yang ku sayang sangat-sangat <3 insyaAllah. Moga Allah kuatkan diri ini untuk puasa selama 30 hari. InsyaAllah. Puasa molek-molek okay korang semua, ceh ceh :D selamat malam. Tidur awal tau, esok bangun macam saya, 4:10, lepas tu online skejap, then, baru sahur, hihi. k. ngee

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan; Bulan yang sangat mulia dan indah.

Bismillah,

Assalamualaikum, selamat tengahari kengkawan, are you guys okay? Em, Alhamdulillah. Hehe, okay, aku happy sangat sebenarnya, sebab aku diberi peluang untuk menulis sedikit coretan kat blog aku yang tersendiri ini, haha. Tajuk blog entry kali ni, Ramadhan. Whoa! Gempak. Malam ni dah start sahur. Moga Allah berkati segala kebaikan yang aku buat pada ramadhan ni. Em, Alhamdulillah, happy nyaa! Ramadhan~ Ouh, sayang Bulan Ramadhan. Bulan untuk ku tambahkan amalan-amalan. Sebab syaitan semua kena ikat. Dan dia suka nak sesatkan umat islam. Haaaihhh -.- Org puasa, dia sibuk nak hasut. Cis! no no no.

Puasa, apa yang korang faham tentang puasa ni? Tak makan tak minum sebab diet ke? Hahah! Balik rumah, bukak internet, check balik. puasa tu menahan diri dari kelaparan dengan niat kerana Allah :) faham? hihi. Tak apa lah, time nak puasa ni la, kita kumpul pahala banyak-banyak. Biar bertimbun-timbun. Jangan jadi kan alasan untuk tak bangun sahur dan lupa niat itu untuk tak nak PUASA! omg. Sangat teruk, kan? okay, memandangkan puasa semakin tiba, apa kata, malam ni, start terawih dan niat puasa untuk sebulan, hihi. Tak sabar nyaaa! yeyy. Sayang ramadhan, rindu syawal. Muahh. Hahaha.

Moga Allah dekatkan nina moxie dengan kengkawan umat islam dengan kegembiraan dan ketenangan, insyaAllah. Untuk 'sidia' jangan ponteng puasa k <3 misss uu. selamat menjalani ibadah puasa, jangan lupa sahur. Sahur tu sunnah tau, jangan malas-malas. ngee,

Friday, July 29, 2011

Kursus Tajhiz Jenazah

Bismillah,

ehem, selamat petang untuk semua para pembaca, dan para penyinggah bloggie Ainina Moxie ni, hehe. Okay, Korang semua macam mana? Sihat? Alhamdulillah, bagus-bagus. Syukur pada yang Maha Esa ya~ Moga dikurniakan kesihatan yang baik.Kih kih kih, orait. Nak cerita sikit ni, kan hari tu, aku ada bgitahu kat korang semua yang kolej aku ada buat festival kan? and, masa festival tu, aku dengan kengkawan yang lelain, ada masuk satu kursus ni, hehe. Tahu dop, sungguh molek. Molek benor. Hahah, gapo dia? Dop paham ke? haha, aku cakap kursus tu best. Tahu tak kursus apa?

KURSUS TAJHIZ JENAZAH


mcm mana? ramai tak lelaki? hahah! papepun, diorang semua ni, ada yang staff dan orang luar dari yayasan restu. Juru Camera : Fathi dan Safuan.

Terima kasih. hahah!
okay, apa lagi eh? ohhh! nak tengok tak siapakah model untuk menjadi MAYAT? haha

comel tk? hahahaha!

kelakao! :P hahaha. em, okay kat kursus tu, kitaorang belajar cara-cara nak kapankan orang. Baik lelaki atau perempuan. Best gila. Nak mandi kan perempuan, nak mandikan lelaki, aurat-aurat dan semua nya. Keh keh keh. Yang paling seram, QARIN! BADI MAYAT, yuhuu. takpe la. Aku sarankan, tambahkan amalan sebelum kita disoal dengan malaikat :) itu je. Serah pada Allah. okay? hihi.


Thursday, July 28, 2011

Sakit kepala.

Bismillah,

selamat pukul 1:20 pagi para pembaca belog yang tak ngantuk-ngantuk tu, hehe. Okay, Nak cite sikit ni, maaf lah ya kalau aku ni ada buat korang terguris, dan terhiris hati korang, maaf maaf maaf! Sejak dua menjak ni, kepala aku makin lama, makin sakit. Doa kan aku eh cepat sihat. Rasa malas betul nak jawab soalan siapa-siapa, tak tahu la kenapa dgn kome ni, haih. Em, Sakit betul kepala ni, sampai nak solat tu sakit. Tolong la korang semua, doa kan nina eh, cepat sembuh sakit kepala ni :)

Wednesday, July 27, 2011

sambungan :)

Bismillah,

hoyeah-hoyeah, awok-awok sekalian. ok-ok, lepas je post entry pasal 3 org budak comel tu, kitaorang pun sambung buat keychain, nak tengok tak izaty buat keychain? ngee.




seriouskan muka dia? hahaha! Kami orang seni, memang kena FOCUS, lalala!

lepas buat mende ni, kitaorang tolong mak kitaorang niaga satay! wah wah, mau tengok?
Nak satay? kikiki.



sedap tak? lapao ke? hahaha! bak kata AISYAH :P
em, okay. Bestkan? Tapi, memandangkan festival nak habis, so, class as usual, wawawa! Belajar macam biasa la, apa lagi. haiyaa, ookayy, dah pagi buta ni, nak tidur.

SELAMAT MALAM.

Susahnya nak Tidur!

Bismillah,

haih, selamat pagi butaaa readers! Nani susah nak tidur ni :( ouh, its been lately night weh, haiya. Em, sambil-sambil tu, jom tengok apa yang aku buat tadi. Hihi, meng-Edit gambar masa kat FESTIVAL hari tu, bersama dengan kak G, kak salma, kak comel, dengan izaty, kak su, ainul dgn kawan2 :P cun weh.  Meh meh, duk dekat-dekat sikit dengan lappy atau pc korang tu, ngii~

thank you ainul :)
 *
*
comel tak aku? hihi, masa ni ainul baru nak belajar pakai DSLR, hahah! Its okay, dah cantik dah tu, hihihi. Nak tengok tak apa yang kitaorang buat lagi? Meh meh.




hahaha! gila tak aku? hihiihihi~ GONG! hahaha. Oh, yang ni, kitaorang kat dewan ni. Dewan tazkirah. Hehe, lepas tu kitaorang keluar pulak, aku tolong tangkap gambar diorang dengan kak su. hihi, nak tengok? comel je 3 orang ni.

comel tak? 

thanks untuk mereka, yang kadang-kadang ada untuk aku luahkan segala titik hitam yang berpaku didalam hati dan kepala otak ni ha, thank you korang :)

hehe,okay, jom sambung hari esok pulak, apa cerita nya?