Nuffnang Ads

the sibs (;


Saturday, September 17, 2011

Cerita di dalam kalbu.

Bismillah,

Selamat pagi. 9:41 pagi. Aku bangun, pada pukul 8:30 pagi, dan bergerak terus mengambil netbook untuk membuka Iluvislam.com. Tiba-tiba terasa mahu membaca artikel-artikel yang menarik. Saja untuk membaca. Sambil membaca, moga iman ini meningkat untuk terus maju ke hadapan. Baca dan terus mencari ilmu. Ilmu itu tidak datang bergolek, tetapi kita mencari. Mencari sehingga kita hidup. Ingat lah Allah ada untuk orang-orang yang sentiasa sabar dan tabah apabila diuji dengan cabaran yang berat mahupun ringan. Kunci untuk segala nya ialah Redha dan Serah pada Allah. Tetapi, hendaklah diadunkan dengan Usaha. Ya, akan Pasti Berjaya!

Aku membuka artikel tentang Cabaran Kehidupan. Sangat bermakna bagi ku untuk aku membaca nya. Segala kisah-kisah tersebut mempunyai persamaan dengan diri ku. Allah hanya memberi ujian itu pada Hamba Nya yang di kasihi dan sentiasa mengingati Dia dalam apa jua keadaan.*Sambil menulis, aku mendengar lagu daripada Ammar, Cebisan Kenangan. Supaya hati dan fikiran ku tenang untuk menulis segala-gala nya. Allah sentiasa ada dengan ku, jadi aku tak perlu risau. Perjalanan yang akan ku tempuh dengan pelbagai cabaran akan dilaluinya juga :)

Kuat untuk hadapi hari hidup, dan mencari pahala untuk Hari Akhirat. Itu yang sangat-sangat terbaik.



Lihatlah apa yang ingin disampai kan pada hati ke jiwa, dan terus ke perasaan. Dari perasaan akan terus ke gerak-geri, moga kita mendapat yang terbaik dari Allah.

No comments:

Post a Comment