Okay, first kenduri ni, adalah kenduri ustaz ilham :) Ustaz yang mengajar aku tentang Khat Nasakh. Sangat baik ustaz ni. Anak dia kahwin, kami pun pergi. Kenduri di Sekolah Agama kat sekitar shah alam. Pergi pukul 12:00 tengahari, masuk je kat dalam dewan tu, terus ambil tempat duduk, tak senonoh kan? hehehe. Lapar sangat dah ni, hehe. Alhamdulillah, sedap. Kawan-kawan pun semua happy je. Minum air sirap pun sampir dua kali isi jug, hehe. Teruk sangat kelaparan ni. Bukan kelaparan, tapi kebuluran, hehe. Jahat tak? Takpe, dah lama tak merasa nasi minyak, tu yang lapar sangat tu. Okay, makan-makan, lepas tu, dah habis, bangun. Berjalan, keluar dari dewan. Semua dah selesai, jumpa isteri ustaz, bersalam-salaman, hehe. Whoaa! Dapat la satu botol kaca, tanda terima kasih dari pihak keluarga pengantin sebab kita makan :P
cantik kan? comel je.
cun tak? hidung mancung tu :P
izaty yang pening kepala sebab kekenyangan.
ainul dan aisyah, mencari tempat duduk. Rumah kenduri yang kedua, masa ni di rumah izaty, nak masuk ke rumah beliau, untuk makang*
Okay, dah kenyang. Now nak ke kenduri lagi satu pula. hehe, alhamdulillah, semua dah kenyang. Berjalan dan jalan, pergi pula ke rumah orang kahwin di Quarters Masjid Seksyen 10 Shah Alam, tema yang berwarna Hijau. Tapi tak sempat nak tangkap gambar :( Maaf. Aduhai, maaf ya. hehe, Mula-mula rasa macam tak nak masuk ke khemah kenduri kahwin tu, tapi bila ada seorang makcik tu jemput makan, jadi terpaksa lah masuk, ambil lauk. Dan cari lah tempat. Malang nya tak ada tempat duduk :( Tahu tak, lepas tu kami geram sangat tak ada tempat duduk, kami naik ke rumah, untuk makan dalam rumah. Heheh, angkut semua barang-barang sewa :P Pinggan sewa dengan cawan sewa itu untuk makan di dalam rumah. Lagi selesa. Hehe, jangan tiru :P hahah! Alhamdulillah, kenyang sungguh. Nak tengok kah lauk? Tadi dah makan banyak, jadi kali ni, nasi nampak sikit, apa macam? Boleh kah kurus kalau macam ni gaya?
sedap sangat, sampai dah habis makan baru nak snap :P maaf!
Syukur pada Allah, sebab beri kami merasa untuk makan nasi minyak. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kenyang sangat. Lepas balik, semua macam dah penat sangat, dan terus menuju ke tempat yang sangat tidak sanggup untuk melepaskan, iaitu KATIL :D Hehe, tidurrr. zzzz, okay lah, see you in my next posts. Terima kasih sebab sudi baca, sayang korang semua.
No comments:
Post a Comment