Bismillah,
Selamat pagi korang! Ngee. Hari kedua puasa. Pagi-pagi bangun awal. Sebab kelas seperti biasa, pukul 9 pagi. Aku siap-siap, pergi pukul 9:30pagi. Ainul dah pergi dulu, tinggal aku dengan aisyah je kat rumah. So, aku pergi lepas ainul. Hari kedua puasa, sahur tadi aku makan roti gardenia coklat 2 ketul dengan minum milo secawan. Lepas tu, biskut marrie 4 keping. Alhamdulillah. Cukup lah dengan makanan tu, aku bersahur. Tak apa, suka dan itu lah rezeki aku untuk aku sahur kat rumah sewa tanpa mak dengan ayah dengan adik kat rumah damansara. Redha :( okay, lepas je sahur dengan diorang, seperti biasa, ainul, kak aisyah dan kak nik, aku diam, dan terus naik ke atas. Sampai je kat bilik, tidur sekejap. Sementara tunggu azan subuh :) Solat. Okay, lepas tu tidur balik. hihi~ Terukkan?
Dari Ibn Qaiyim :
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."
Heheh, okay. Tarbiyyah untuk diri sendiri, jangan tidur wahai puteri Ainina Moxie. Nanti bila dah tidur subuh, anda jadi malas untuk buat kerja~ So, buat lah apa-apa yang patut, okay? :) hihi. Dah bangun, siap-siap. Datang kolej. Terus masuk kelas, bukak lappy, Online sekejap. Hahah! Check notifications dan emails. Alls. Tup tup tup..
kak wan (seorang lecturer kami yang sangat lemah-lembut). dia kata kelas pukul 10 baru mula sebab nak tunggu kawan-kawan yang lain. Em, boleh tahan. Sementara tu, aku online la facebook page dan update blog, kikiki.
Memandangkan jam dah pukul 10 pagi. Kelas pun dah mula. Apa lagi, kitaorang pergi ke Library untuk buat kerja masing-masing. Tugasan yang kak wan bagi kena siapkan. hahah! Belajar tentang MICROSOFT EXCEL 2007. Tapi aku punya M.E 2010 :) HEHE, bangga seh. Nak tengok tak gambar buku tu? hihi.
macam mengong je muka aku :P muka orang puasa memang macam gini, hihi. comel kan? kan? kan? Okay, dah settle buat assignment kak wan, aku pun pasanglah broadband maxis aku ni ha, dan update blog aku ni ha :D hihih. Selamat membaca, jangan ikut perangai aku tau, ada kelas, sempat lagi nak update, hahah! Gengster :P hihihi
No comments:
Post a Comment