Selamat malam korang semua. Okay, Alhamdulillah, sebab hari ni berkesempatan untuk menulis blog. Menulis cerita yang aku nak sampai kan pada kawan-kawan yang sedang mahu membaca. Sebelum tu, minta maaf kepada sesiapa yang tersentuh dengan kata-kata ku. Maaf :( Mood malam ni, sangat tak berapa baik. Rasa seperti sudah banyak yang aku dah luka kan hati orang lain. Maaf, Astagfirullah. Tak apa, hidup HARUS di teruskan. Malam yang sangat dingin, selepas hujan turun pada petang tadi. Sangat tenang, seperti mana hati ku tenang untuk mencoretkan sedikit tentang Hati dan Perasaan. Kejap, sebelum tu, lagi sekali, jika topi malam ni ada mengguris hati mereka-mereka yang tengah membaca ni, minta maaf.
Persoalan: Mengapa kita harus menjaga sebuah hati seseorang yang belum tentu menjadi peneman suka dan duka?
Jawapannya: Hati itu sangat lembut. Lembut nya lebih lembut dari tilam, lembut dari roti yang telah masak, dan sangat lembut seperti kain sutera. Jika terkoyak kain sutera itu, maka hati akan terluka. Parah dan lebih teruk daripada terluka nya di badan. Jika Hati itu terguris dan parah, maka ubat nya harus di cari sendiri, dan ubatnya adalah ketenangan. Moga Allah sentiasa menjaga hati ku sebelum berbicara dengan sesiapa. Ameen.
*Dalam malam yang sunyi ini, aku berzikir dan berdoa dalam hati, moga akan ada seseorang yang mahu membimbing ku ke arah yang benar dan dalam masa yang sama, akan aku beri tunjuk ajar pada dia juga.
"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Tak tahu kenapa malam ni terasa sayu. Tak tenang, rindu pada Allah. Rindu diri yang dahulu. Rindu Iman. Rindu pada ketenangan, mahu kebahagiaan di akhirat. Pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu hakiki. Ya, memang benar. Jika hati itu bersih, maka pandangan juga akan turut bersama, bersih. Ya Allah, moga Dia sentiasa ada dengan ku.
Kenapa hati dan perasaan ku semakin lemah? Ke mana Iman ku? Ke mana rakan yang soleh dan solehah ku? Ke mana solat ku? Ke mana Perkara yang baik-baik ku? Ke mana semua? Hilang ke mana? Adakah ini untuk selama nya? Atau ini Ujian yang Allah beri pada ku? Moga iman ku kukuh setelah diuji sebegini, ameen :( Nina, bangkit! Jangan lah lemah untuk tempuh Duniawi ini. Tinggalkan dunia, dan fikir tentang akhirat. Jodoh, dan Ajal, serah pada Allah, dan jiwa ku kosong ingin memikirkan tentang segala nya. Maaf pada kawan-kawan yang ku rapat, atau yang pernah ku lakukan silap pada nya, minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, maaf dan maaf.
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Nina! Jadi lah seorang muslimah yang terbaik seperti dahulu kau. Allah menguji tanda sayang. Terlalu sayang. Ya, aku sayang pada Allah. Mungkin ini adalah masa untuk aku menjadi yang terbaik semula. Dan tinggalkan semua kesakitan dan sikap malas itu ketepi dan buang jauh dari dunia. Fikir tentang Allah, dan Allah dan terus memikir tentang Allah. Allah sentiasa ada pada orang sentiasa bersabar dan tabah. Kuat! Ya, nina boleh. Tak usah peduli tentang kata-kata orang, mereka itu tidak faham diri ini 100%. Ya, bangkit!
Perasaan itu adalah perjalanan seseorang untuk memiliki sebuah citarasa tersendiri. Perasaan dan Hati adalah penting. Untuk jaga perasaan seseorang itu bukan mudah. Perasaan manusia sentiasa berubah. Bukan berubah secara sedikit-sedikit, tetapi secara mendadak. Allah maha mengetahui lebih dari apa yang kita tahu. Tidak ada sesiapa yang boleh menilai seseorang itu walaupun dia kata dia kenal. Hanya yang mengenali ialah Allah. Allah dan Allah. Jangan pernah bosan mendengar nama Nya, kerana Allah itu segala nya.
"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "
Malam yang dingin ini, hati ku tidak seberapa selesa seperti malam sebelum-sebelum nya. Keadaan ku ini, aku sedang berperang dengan hati, jiwa dan perasaan negatif itu. Sebab itu aku meronta untuk cuba keluar dari dunia yang aku tidak suka ini! Terlalu sempit jiwa ku. Terlalu lemah. Em, tak apa lah. Hanya serah pada Allah semua nya. Minta maaf untuk semua kata-kata yang ku keluarkan. Terima kasih kawan-kawan. Selamat malam, masa untuk mencari ketenangan.
No comments:
Post a Comment