Nuffnang Ads

the sibs (;


Tuesday, March 01, 2011

Let me out from this sadness world !

Bismillah :

wahhhhh! Tolong lah, aku cuma boleh kata yang aku memang tengah dalam mood sedih dan serabut. Semua benda yang aku buat, semua salah. Apa aku buat, semua tak kena. Makan tak kena, nak call orang takda mood, nak keluar lagi lah! Ape tah lagi nak suruh aku berjumpa dengan orang. Ish, aku rasa sekarang ni, aku ada sorang-sorang kat tengah laut. Dah takda siapa nak tolong selamatkan aku lagi. Lemas dengan tangisan sepanjang hari. Lemas dengan tipu dunia. Lemas dengan benda-benda yang tak sepatutnya datang dalam hidup aku. Setiap kali aku online, aku menangis. Menangis sebab rindu kan semua orang. Tapi dalam hati aku menangis hanya untuk dia sahaja. Rindu kan dia. Kenapa aku dah lain ni? Aku bukan Nina yang dulu lagi. Tolongg! Aku nak cari balik kemanisan Iman tu, aku nak cari kebahagian tu balik. Aku nak cari segalanya. Untuk aku terus berjuang demi perempuan dan maruah. Tak lupa jugak untuk agama islam! Jihad fi sabilillah. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. Aku tak nak hanyut lagi. Aku tak nak lemah lagi. Tolong lah! Semua orang ada masalah tersendiri. Semua orang nak cari jalan keluarkan? Tapi aku? Gelap. Ya Allah, berikan lah hamba mu ini pertunjuk ke jalan yang benar, ameen. Aku bukan perempuan yang sempurna pada Allah, hamba Nya yang dah banyak buat dosa, setiap kali lepas solat, mesti aku nangis. Sesal dengan benda yang dah aku buat selama ni, aduhai~ Moga Allah ampunkan dosa hamba-hamba Nya.

Bila anak itik itu nak belajar berjalan, mesti dia cuba dan cuba dan terus cuba. Lepas dia dah pandai, dia berjalan dengan bersungguh. Dia sabar bila dia asyik jatuh. Bila dia jatuh, dia bangun untuk berjuang demi diri dia. Dia bangkit dari kegagalan. Dan akhirnya binatang itu berjaya. Aku nak jadi macam tu. Bangkit dari kegagalan. Kegagalan itu berpuluh-puluh kali, tak bermakna semuanya hancur bila gagal itu sekali, kan? Kita cuba banyak-banyak kali biar kita belajar dari kesilapan. Tak lupa jugak, pengalaman itu mengajar kita erti kedewasaan dan kematangan pada fikiran dan jiwa. Pengalaman itu jugak sebuah kenangan yang sukar kita lupakan kerana di mana ada suka, di situ ada duka. Langit kejap ada mendung, kejap ada cerah. Bila pagi, cerah. Bila petang, gelap. Manusia! Memang sifat manusia ada sedih ada gembira. Bila sedih semua hancur. Bila gembira, kita lalai. Astagfirullah! Semua kena berubah! ni dah 2011! Maut makin dekat. Antara sahabat paling dekat dengan kita ialah MAUT. Maut memanggil kita, tapi sebelum berjumpa dengan Allah, mesti bawa bekalan kan? Ya Allah! sedih bila nak ingat balik semua kejahatan yang kita pernah buat. Baik kecik atau besar, semua akan dipertimbangkan. Allah saja yang akan bantu hamba Nya kalau hamba Nya berusaha.

D - DOA
U - USAHA
I -ISTIQOMAH
T - TAWAKAL

itu lah perkataan yang paling orang suka bila bagi nasihat pada orang lain. Dengan 'Doa', mungkin Allah akan memakbulkan doa kita. Dengan 'Usaha', kita bertambah semangat untuk berjuang habis-habisan. Dengan 'Istiqomah' kita cuba jadi yang terbaik dalam sesuatu kerja. Dan 'Tawakal' pada Allah, kita berserah segalanya dengan Yakin :)

1 comment:

  1. semoga Allah kuatkan kamu, nina :)
    Allah tau apa yang terbaik untuk kamu!
    zikrullah selalu ;)

    ReplyDelete